KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Monday, March 7, 2011

PERASAAN MALAM NIE BERKECAMUK.


sekarang kat sini pukul 1.00 pagi
tapi rai masih tak dapat melelapkan mata...
macam2 perasaan kacau bilau dalam diri ni..
kenapa la banyak sangat dugaan yang rai dapat minggu nie....
='(


kenapa orang senang2 menilai diri kita tanpa kenal diri kita yg sebenar.
korang takkan boleh faham rai...
takde sape pun yang boleh faham.
rai cuba menjadi sekuat yg mungkin sedangkan rai sebenarnya tak kuat mana pun.
just because i'm not crying,doesn't mean i'm okay.
setiap malam..sebelum tidur...
rai akan fikirkan macam2,
sehingga terlelap..


ada benda yg korang tak tahu pasal diri ini.
life rai mmg korang nampak best,indah2 belaka kan...
tak semua benda kita boleh ceritakan kat orang.
minta simpati lagi la jauh sekali.
tapi rai takkan give up ok...
rai akan cari jalan. rai akan cuba sehingga camana pun.
putus asa tu bukan rai.


hati rai nie dah keras.dah mcm batu pun.
kadang2 macam takde perasaan pun ada.
sebab apa?
sebab dari kecil dah macam2 rai tempuhi..
korang tak tahu apa yg rai pernah lalui.
tak cukup air mata kalau nak ceritakan semula.
tapi tak perlu la rai nak ceritakan kisah2 tu kat sini.
cukup rai simpan seorang.
tak penting pun untuk org lain tahu.



sebabkan masa2 lalu tu,
mungkin sebab tu raihana nie ada perangai baran/keras kepala/degil.
rai tahu sifat nie buruk.
tapi, jujur rai cakap..
rai cepat panas/naik angin.
bila dah naik angin.. mmg cam naik hantu.
muka merah cm udang kena bakar..
satu badan rai akan panas....
tangan dan kaki sampai sejuk2.
then mesti rasa menggigil sebab tahaaaaaaan marah!
nie benda betul.tak tipu.
lepas tu, rai rasa cam tak sedar marah2...
menjerit2, and macam histeria pun ada.
pernah rasa mcm nak bunuh orang pun de.
kadang2 lepas gak geram penumbuk tu kat dinding.
arghhhhhhh~
kalau tak tahan marah,rai akan selubung bawah selimut...
genggam penumbuk sampai betul2 ketat ,kerut dahi and ketap gigi
dan lepas tu akan menangis~
sebab terlalu geram tapi xleh nak lepaskan.
what the fish.perangai apa nie rai????
kadang2 rai benci dengan diri sendiri la.


rai pun tak tahu kenapa perangai nie susah nak buang..
but rai cuba kadang2 tahan...
rai cuba,bukan rai tak pernah cuba..
bila rai marah,sakit tu sampai naik kat kepala...
rasa kepala cam nak pecahhhh.
berdenyut2...
then mesti bengkak kat kepala tu.
urat kat leher plak akan timbul.
kadang2 rasa macam semut2 satu muka.
rai pernah tanya mama, nape muka rasa cm semut2 nie..
then mama kata.. aik,selalu org darah tinggi je cmtu.




hurmm.
kalau rai marah2 tu.. actually untuk lepas geram aje.
mulut rai nie je jahat.laser.
tapi dalam hati still ada perasaan serba salah..



contoh nya mcm ada org kata nak makan something...
rai plak saje je akan cakap.
"ala..malasla nak masak..."
buat2 tidur.
tapi lepas tu percayala..
rai akan bangun,gi beli brg,masakkan apa yg org tu teringin.
rai cuba penuhi setiap permintaan walaupun mulut rai kata NO....


rai bukan suka2 nak marah2 sesiapa.
rai akan cuba bersabar mula2...
sebab tu rai akan simpan je semua dlu..
simpan2 sampai lama2 sebab tu boleh meletup..
rai takkan marah tanpa sebab.
dan rai juga jenis cepat sejuk...
kalau once rai dah lepaskan sume tu..
so maknanya sampai situ je..
dah cukup,habis.enough.
rai pun takkan dendam pape dah.
sebab benda tu tamat kat situ je..



kalau takde angin masakan pohon bergoyang.
orang gila je akan marah tak bersebab..
kalau kita buat perangai tak betul pun,
sure kena marah ngan mak/ayah kan..
ada ke mak ayah yg marah je 24 jam.
xdekan..
tapi rai tahu cara rai tak kena~
cara rai salah.
rai tak patut buat cmtu.
layankan perasaan sgt.


setiap org berlainan.
rai tak boleh jadi org lain..
sebab semua orang unik.
semua orang ada kelemahan..
semua orang ada cara tersendiri.
mungkin cara rai tak betul.
tapi..
rai pun kadang2 bingung ar dengan diri sendiri..
kenapa rai camni ar?
perlu ke jumpa pakar psychology?
arghhhh.
kenapa saya camni?


sebenarnya...
kalau korang nak tahu..
rai sentiasa berfikir mengenai benda nie..
rai cuba nak berubah,tapi bukan senang..
rai cuba...RAI CUBAAAAAAAAAAAAAAA!!!
kadang2 bila nak marah tu..
sometime rai cakap kat diri sendiri...
sabar rai...sabar...
and then..rai kena minum air.
baru sejuk.takpun gi mandi.
lepas mandi cubalak gi solat/baca quran..
then baru rai ok sket.
serius...
arghhhhh
kenapa camni?
kenapa susah sangat rai nak control marah?
kadang2 korang ingat rai tak sesal ke bila lepas marah??..
rai mesti akan menangis lepas tu.
menangis semahu2nya.
sebab benci ada perangai camtu.
susahhhhhhhhnya nak kawal...


rai teringin nak menjadi penyabar cm org lain..
jadi lemah lembut cm perempuan2 lain..
tapi kenapa susah sangat nak berubah....
tension la rai camni...
mesti korang tengok muka rai,
sure tak caya perangai rai cmtu kan..
tapi ini adalah benda betul.


hurmm..
rasanya nie la 1st entry rai meluahkan perasaan yg terbuku kat hati..
setiap hari rai akan berfikir dan cuba cari jalan untuk mengubah perangai tak baik nie...
tapi.... rai tak tahu macamana.
rai tahu salah rai.tak patut rai bila marah2 nak jerit2 kt org..
tapi,
rai keliru.

kalau rai salah,rai minta maaf byk2..
rai betul2 minta maaf.
rai tahu perangai rai buruk..
tapi percayalah rai tak bermaksud pun nak lukakan hati sape2.
kalau la korang tahu apa yg rai pernah lalui masa kecik dulu,
apa kesan yang sampai skrg masih ada dalam hati rai,
apa yang rai simpan,
apa yang rai trauma sampai skrg,
mungkin korang akan faham kenapa rai jadi macam ni.


insyallah rai akan cuba walaupun mmg susah!


P/s: entry nie rai tak tujukan pada sesiapa pun... nie cuma luahan kesal tentang perangai buruk rai selama rai hidup kt dunia ni. kesalahan yg pernah rai buat kat semua org. rai tak spesifik kan pada mana2 individu.dan rai salahkan diri rai sendiri sebab de perangai buruk cmni dan tak pernah salahkan orang lain. harap faham maksud sebenar rai,sebab beberapa minit after entry nie publish,ada je plak batu api yg nak mengapi2kan keadaan dgn memberikan private msg kt facebook.. sedangkan nie takde kena mengena pun. terkejut je rai baca pe dia beritahu rai.nie hanya sekadar umum.takpe,rai sabar je skrg. biar allah je membalas manusia2 yang busuk hati yang suka mengeruhkan lagi keadaan and memporak perandakan lagi antara manusia.. after this maybe i'll private my blog. coz rai serius dah malas nk layan benda2 cmni and taknak kawan talam dua muka.penat ah.

16 budak2 comel:

Anna Mohamed Amin said...

cuba rai zikir sket bila rasa nak marah tu.. try baca lailahailallah byk2 kali, xpun try "ya aiyuhallazi na a manus biru wasso biru warro bitu wattakullah hala al lakum tuflihuuuun" baca 3 kali sambil doa dalam hati "ya Allah sejukkanlah dan lembutkan hati aku seperti lembutnya lidah ku berkata-kata" tarik nafas, yakin dan InsyaAllah, hati rai terus rasa sejuk.. ayat ni mama anna bagi..

mmg susah nak jadi penyabar, anna pon jenis mcm rai jugak, tak caya tny ipan.. tp anna slalu sgt zikir biar hati jadi lembut.. skarang dah takde baling2 pinggan kalau gadoh dgn ipan.. huhuhuhu.. ;P

Zaharah said...

Stuasi rai same ngan situasi yg sy hadapi skang ni.. dengan kwn baik pulak tu..mcm rai ckp
"simpan2 sampai lama2 sebab tu boleh meletup..
rai takkan marah tanpa sebab.
dan rai juga jenis cepat sejuk...
kalau once rai dah lepaskan sume tu..
so maknanya sampai situ je..
dah cukup,habis.enough.
tak payah nak initiate lagi kemarahan rai ngan ngata2 kat belakang."

kite simpan ape yg kite kecik ati coz xnak bergaduh & tak nak besarkan cerita bukan?? Tapi kalo lame2 nak jaga ati orang lain sampai ati sendiri yang sakit sampai bila boleh tahan?? Then bila dah lepaskan yang terbuku kat ati, tak boleh terima & cakap belakang kat orang lain pasal diri kite yg slh..

Zaharah said...

Stuasi rai same ngan situasi yg sy hadapi skang ni.. dengan kwn baik pulak tu..mcm rai ckp
"simpan2 sampai lama2 sebab tu boleh meletup..
rai takkan marah tanpa sebab.
dan rai juga jenis cepat sejuk...
kalau once rai dah lepaskan sume tu..
so maknanya sampai situ je..
dah cukup,habis.enough.
tak payah nak initiate lagi kemarahan rai ngan ngata2 kat belakang."

kite simpan ape yg kite kecik ati coz xnak bergaduh & tak nak besarkan cerita bukan?? Tapi kalo lame2 nak jaga ati orang lain sampai ati sendiri yang sakit sampai bila boleh tahan?? Then bila dah lepaskan yang terbuku kat ati, tak boleh terima & cakap belakang kat orang lain pasal diri kite yg slh..

kemma said...

td akk sedih sbb tak dapt baca entry rai..tp skung ni lagi sedih sbb rai tgh bersedih..
rai..
sume org ada perangai buruk..akk pon..rse nak share dgn rai sesuatu..but xpela..yg penting rai kembali cool..:)

HanaBella said...

U know what rai, we have a same habit and amazing is our name also same. God, macam tak percaya.

Bila baca luahan hati rai ni, Hana rasa rai ni umpama cermin hana. Apa yang rai rasa, hana pun pernah rasa. Rai banyakkan bersabar je. Lama-lama kan, rai akan rasa bangga dengan diri rai sebab rai tak perlu bersusah payah bazirkan tenaga dan masa untuk marah pada benda yang tak penting.

Memang susah nak bersabarkan tapi percayalah, bila kita luahkan kemarahan kita, lagi teruk keadaannya daripada kita diam je. Hana tau rai boleh buat. Percayalah orang yang buatkan rai marah tu mesti ketawa riang sebab agenda dia berjaya untuk menganggu ketenteraman hidup rai.

Let's fight 'em! ^_^

alia iman said...

rai,,

try to use behavior therapy..mmg dr segi rohani perlu utk zikir dan alquran..

it is also helpful if rai guna behavioral therapy cuz it much related to take out any behavior yg kite wish tuk reduce in our self..

apepun dear..i sokong u sampai mati..yeeehaaa...


heart
alia iman

Li3y4n4 said...

Hi!Rai...anyway, i am your silent reader...lalala, lama dah i follow u actually...especially tgk recipies u, yg mmg tip top plus u and ur boyfriend...believe me, i baca siap sengeh sorang2 tahu!!!walhal, i am i the office...tawakal ja kalo bos nampak...

my comment bout ur entry nih...
hmm, tuh mungkin kekurangan you...tapi, u tahu tak berapa byk kelebihan u???derrr, nak i list out??byk okey!!!!and kelebihan u tuh, i think dah melebihi pon, keburukan u tuh....!!
u bukan nya gila, kan tetiba nak marah2?.......so, no worry laa dear.....slowly, doa n try cool kan diri, n selalu engat...u comeyyy.....

ahakx, ...
jgn nak ngada2 nak privatekan blog anda ek.....dah tuh penat dah daku ngikut mu.....
syian kat daku tau...

take care dear!!
nice knowing u tau!!!

:::EIZA::: said...

Assalamualaikum...
kak rai, xde org yg sempurna pon dlm dunia ne..setiap org mesti silapnye kan... hopefully kak rai xmyalahkan diri sendiri... hakikatnya memg ramai org yg xpuas hati tgk khidupan org lain..
ape2 pon,byk2 kan bersabar dan doa pada Allah..
semoga kak rai sentiasa tabah menempuhi ujian hidup ne..
amin....

ween said...

rai, jgn la private :( ween suka baca cerita rai.

setiap kali lepas solat, jgn lupa minta supaya Allah jauhkan hati kita drpd segala peyakit hati termasuk iri, hasad, dan marah. hari2 minta insyaAllah Dia akan perkenankan. take care rai..

Lee Shauran said...

Rai. Janganlah private blog. Sy suka bc blog rai ni dan tengok resipi2 sedap rai tu. Btw, kita sama senang marah dan senang sejuk. Apa kata kalau rai rasa macam panas hati nak marah tu, terus cepat2 amik wuduk. mesti x jd nak marah sebab syaitan dah jauh2.

Kita semua tak perfect kan. So, normal lah tu kalau nak marah sekali sekala.

Be positive and cheer up okay!

Good luck in your study.

nienadia said...

Assalamualaikum, hi Rai. I'm ur silent reader. 1st, Rai jgn la private blog ni. Kalau private tak dpt la sy nk tengok ur cake yg cantik2 tu ^_^

Rai, walaupun saya hnya baca ur blog, knl Rai melalui blog ni je, tp saya dpt rasakan Rai seorang yg baik. Tentang perangai tu, semua org ada kelemahan. Sekurang-kurangnya, Rai tahu kan itu kelemahan Rai dan cuba atasinya. So, good luck dear.

::..wAwA aPpLe..:: said...

Assalamualaikum kak rai...=))
bt0l ckp li3y4n4 tu kak rai
kak rai pn de byk kelebhn mgatasi kekurgan
actually wani pn slalu rse dri ni byk sgt2 kekurgan n kdg2 rse x smgt nk truskn id0p
but ble fikr2 blk, dlm tiap2 perkara sabar tu plng pntg
mmg payah nk sabar tp lepas kte tempuh dugaan tu kte akn rse bangga dgn dri kte sbb berjaya bersabar
bkn sume org mampu bersabar
sabar ye kak rai
snyum slalu smpi nmpk lesung pipi tu!!(>_~)

sarah mohamad said...

cool dear :)
memang susah untuk sabar tapi boleh try. :)

me n him said...

raii.... jangan private blog... please.....

nooraina mz said...

hye Rai..just nak ckp..
this post sebijik cam ape yg aina rasa~seyesly! people tak paham~they see me as a flat face,garang n so whatever d label they wanna say. im not fun,tak open mcm dorg..tp,aina tak penah pun tolak if they need my help (walau dalam hati hanya Allah swt yg taw..sedey sgt2.geram die subhanallah~) selalu nangis sorg2 dlm blk.lgpun xde spe pun yg perasan..so,aina pun harap Rai kuat keyh.insyaallah,Allah sentiasa brsama dgn umatnya~

norhasniza said...

sabar banyak2 ye rai...kami semua sentiasa berada di belakang rai..sokong rai..walaupun kita tak kenal antara satu sama lain..sama2 kita berdoa agar sifat marah itu akan dikurangi oleh Allah SWT...amin