KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Thursday, July 22, 2010

Puding Kastard Fruit Cocktail


3 hari lepas camtu rai buat Puding Kastard Fruit Cocktail...
Rai ambil resepi seperti biasa dari blog kak wan..
credit to kak wan...
serius sedap sangat2 puding nie...
yang buat puding nie mahal..rai rasa sos kastard nyer.
bukan mahal dari segi wang ringgit...
tapi mahal dari segi rasanya!!!!
memang sedap yang amat...
hihi...
Link asal resepi kak wan.

dapat puding nie masa cuaca panas2 camni...
memang heaven.


acuan puding tu pun rai semangat gila p beli kat ashan city.haha...
tak kisah kalau takde duit makan.
tapi kalau nak beli2 benda cam acuan kuih ke,barang2 bakery ke...
tak makan pun rai SANGGUP!
hahaha.


oklah..


Bahan2 membuat Sos Kastard:



400ml susu sejat Ideal ( rai ganti dengan 400 ml susu segar 5.5%)



200ml air



200ml sirap cocktail (air fruit cocktail)



200gm gula




1 biji kuning telur



1 sudu teh esen vanilla



2 sudu besar tepung kastard





1 tin fruit cocktail asingkan sirapnya.
(rai guna 3 tin sebab susah nak cari kat sini yang mix punya)



Cara2 membuat sos kastard:


1. Satukan semua bahan2 di atas (kecuali fruit cocktail). Kacau hingga gula larut. Tapiskan.



2. Kemudian masukkan fruit cocktail. kacau sebati



3. Masakkan di atas api sederhana.kacau hingga ia menjadi pekat



4. Bila dah likat macam nie, tutup api... sejukkan pada suhu bilik kemudian masukkan ke dalam peti sejuk



Bahan2 membuat Puding Kastard:


140gm tepung kastard @ 1 cwn
1/2 tsp garam halus
1200ml air
2 tbsp gula/2 tbsp susu pekat manis


Cara2 membuatnya:


1. Masukkan semua bahan2 tadi ke dalam periuk. Kacau hingga semua nya sebati dan larut. Tapiskan dan kemudian masak di atas api sederhana.



2. Kacau sehingga ia pekat dan berkilat seperti gambar di atas. Tutup api. Tuangkan ke dalam acuan ketika ia masih panas.



3. Potong kecil2 fruit cocktail



4. Basahkan acuan dengan sedikit air. Ini sangat penting untuk mengelakkan ianya melekat dan memudahkan proses mengeluarkan puding setelah ianya sejuk.




5. Susun fruit cocktail tadi dengan kreativiti masing2...




6. Kemudian tuangkan adunan puding kastard tadi ke dalam acuan. biarkan pada suhu bilik..... masukkan ke dalam peti sejuk.



nie rai letak buah kiwi pula.. hehe...




hidangkan puding bersama2 sos kastard.... sedia untuk dimakan....




setelah dikeluarkan daripada acuannya.




Fuh..sedap masuk mulut.










salam sayang, Raihanna.


4 budak2 comel:

iqafi said...

nak try..nak try..
thanz cik Rai..:-)

NOR NADIA said...

salam akak, saya baru try resipi ni ari tu...uhu! mmg sedap, ramai yg puji! nak minta izin letak dkt blog saya blh?

Anonymous said...

subhanaAllah.. nmpk sdp nyer.. terliur sgt tgk nie.. sok jugak nk buat! yeah..

SuzlenaZulaihaJusoh said...

As salam,Rai... nk cubalah resepi ni... cam CANTIK jer... cam SEDAP jer... ;-), thanks.