KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Friday, July 16, 2010

PUDING PERMATA SAGU GULA MELAKA.sekali makan tak boleh berhenti.hehe


Puding Permata Sagu Gula Melaka



isk2... panas nya cuaca kat sini....
tak sangka pula summer kat sini panas membahang sangat2...
tekak pula rasa nak sesuatu yang sejuk...
air sejuk dah minum berliter2...


haih2...
kelmarin kemaskan kotak barang2 rai..
terjumpa sagu yang rai bawa dari malaysia...
then ada pula gula melaka... senior 6th year yang dah grad bagi....
macam nak buat something sebab expired date barang2 ni dah dekat plak...
so rai pun bercadang nak buat puding sagu gula melaka....
pergh...
kalau dapat makan masa cuaca panas2....
pastu bila makan.. dah tak boleh berhenti plak..
haha...


so semalam rai semangat gila pergi beli cawan kaca...
hehe...
nak letak puding sagu dalam cawan tu..
keh2...
sanggup tu!
obsess punya pasal nak amek gambar makanan...
kih2...


oklah.. jom kita tengok resepi kali nie yer...

Align Center Bahan2 membuatnya:


SAGU MERAH:


1 cawan sagu


3 cawan air


1/2 cawan gula pasir


5 titik sirap ros


SAGU HIJAU:


1 cawan sagu


3 cawan air

1/2 cawan gula pasir

sedikit pewarna hijau

setitik perisa pandan/pes pandan


tak lupa juga acuan kuih


rai guna acuan puteri ayu je.hehe



SANTAN LEMAK MANIS:

3 cawan santan (leh guna dalam kotak juga)
sedikit garam
sedikit daun pandan



SIRAP GULA MELAKA:


2 ketul gula melaka


1 cawan air


sedikit daun pandan



Cara2 membuatnya:


SAGU MERAH:



1. Masak sagu bersama2 air hingga mendidih..



2. Bubuh sedikit sirap dan kacau.



3. Kacau hingga sagu kembang dan hilang semua putih2nya.... (sagu menjadi jernih.... proses ini memang mengambil sedikit masa...Setengah jam pun rasanya boleh sampai... so bersabar tau!!! ) Masukkan gula hanya bila semua sagu tingal sket2 putihnya (kalau korang masukkan gula awal2 pe yang rai perasan... nanti sagu tu lambat nak jadi jernih)...Kacau sebati.Jika sagu masih belum kembang dan air nya telah kering, tambahkan air sedikit demi sedikit... jangan tambah air sekali banyak...


SAGU HIJAU:



1. Masak sagu bersama2 air hingga mendidih..



2. Titikkan sedikit pewarna hijau, perisa pandan dan kacau.



3. Kacau hingga sagu kembang dan hilang semua putih2nya.... (sagu menjadi jernih.... proses ini memang mengambil sedikit masa...Setengah jam pun rasanya boleh sampai... so bersabar tau!!! ) Masukkan gula hanya bila semua sagu dah tinggal sket2 putihnya(kalau korang masukkan gula awal2 pe yang rai perasan... nanti sagu tu lambat nak jadi jernih)...kemudian, kacau sebati.Jika sagu masih belum kembang dan air nya telah kering, tambahkan air sedikit demi sedikit...jangan letak air sekali banyak k.





Masukkan kedua2 sagu tadi ke dalam acuan/bekas.. biarkan ia sejuk dan mengeras.


SANTAN LEMAK MANIS:



1. Didihkan santan. masukkan sedikit daun pandan + garam. kacau sentiasa bagi mengelakkan ia meruap dan berketul2..


2. Tutup api. Tapis, dan sejukkan santan pada suhu bilik.Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.



SIRAP GULA MELAKA:




1. Didihkan gula melaka bersama2 air.. Masukkan Daun Pandan. Biarkan semua gula tadi larut dan sedikit likat.


2. Tutup api ,tapis ke dalam bekas lain dan sejukkan pada suhu bilik. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.



sirap gula melaka dan santan



haha. masak kat common kitchen semuanya... ok...
semua dah siapkan.. rai letak dalam tupperware sebab acuan ada 2 je.haha...



kemudian boleh la potong sagu tersebut... hias mengikut kreativiti masing2...
sedap2 di ngap masa sejuk2 wokeh....


Rai potong sagu bentuk dadu



Tuang Sirap Gula Melaka



Pastu tuangkan Pati Santan


leh juga dimasukkan ke dalam bekas2 kecil camni... senang nak makan.


wokeh.. inila cawan kaca yang Rai beria2 sangat nak beli semalam.hahaha. semangat tau tak.haha.. ni versi dalam cawan la...


selepas dituang sirap gula melaka



Tuangkan santan yang putih melepak



dah boleh dihidangkan....



Nie versi dalam acuan lak...



Jemput makan... siyes bila dah makan tak boleh berhenti.. rasa dia ala2 cendol...


selamat mencuba..
kalau bagi suami/bf rasa... sure bertambah2 sayang.. kih2....
gurau je...


salam sayang, Raihanna


8 budak2 comel:

oshinz said...

nasib baik tengok ni time da buka poser. kalo tak.. mesti dah tak larat nak poser lagi dah. haha.

cik ira said...

nyummy...sedap nyer..nak copy resepi ni yer rai...nti nk cuba wat dekat ayah ira..smua resepi best nak try..thx rai

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

sedap mmm..salu buat xde warna..hehe..dasar pemalas!

saya_arief said...

saya curik gambar sirap rose kat cni..
jangan marah ha..
curik dulu baru mintak..
:D

manjalaracollections said...

Rai, akak salin resepi2 Rai.. semua akak suka.. tiap2 hari akak nak cuba satu resepi.. tq rai :)

nora said...

Santan kotak tu terus tuang atau kena dipanaskan dulu?

norsadira said...

Terima kasih atas resepi..sedap 2 dan boleh cuba..jemput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

Unknown said...

Sagu tu xpayah rendam dulu ke