KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Monday, July 19, 2010

Jom Tukar selera. Resepi Bihun Lada Sulah. Putih bukan sebarang putih.


Bihun Lada Sulah


salam. hye semua.
hehe. oleh kerana rai tersangat free sekarang...
so nak update selagi boleh kat blog yang rai sayang sangat2 nie.
hehe.
Rai tak kisah pun kalau orang cakap rai syok sendiri ke ape ke tulis2 resepi camni.. sebab dah berpuluh2 kali rai cakap..
ini adalah hobi rai and untuk rujukan rai juga di masa akan datang..

kalau tak suka... JANGAN LA BACA AND MASUK BLOG NIE.
senang je.. hidup ni tak susah.
cuma manusia je suka susahkan diri sendiri...
chef2 yang selalu pot2 pet2 nampak muka kat tv citer pasal masak tu pun ok je..
takde pun orang nak benci2...


nanti kalau dah busy start sem, daku biar je blog bersawang2 berbulan2.
spiderman pun siap tanya kot2 kalau leh sewa nak buat sarang.
kua2.


oklah tiap2 hari sekarang dah kena masak..
kalau dulu ada class jejauh kat sepital, balik dah letih kadang2 makan ala kadar je.
masak ikut pe yang larat.
tapi sekarang tiap2 hari nak kena fikir masak apa.
sebab kang dok menung2 takde kerja nak buat.
tangan ni rasa cam gatal je nak masak.
baru lah rai faham camana perasaan Mama.
kalau kat rumah,mama mesti minta pendapat. nak masak apa sampai pening2..
tol tak.. mesti ibu2 korang pun camtu gakkan...


untuk pengetahuan korang.. kami student2 kat sini..
memang kena masak untuk diri sendiri..
nak survive!!
leh dikatakan semua orang reti masak.
ha... budak lelaki pun pandai masak tau!!!!!
so kalau sesiapa nak cari jodoh..
student2 lelaki kat sini boleh la yer dijadikan calon suami mithali/calon menantu terhebat di abad ini..

jangan memain.
tiap2 hari mereka buatkan candle light dinner + masak best2 untuk korang..
ha... amacam terharu ikan haruan tak.
keh2...


kadang2 share la makan ramai2....
ikut turn...
Kat sini takde macam restoran2 kat malaysia..
kat malaysia heaven kot... macam2 makanan leh pilih
sini cafe pun takde.
maksud rai cafe macam kat uni2/kolej negara kita.
kalau ada pun banyak yang tak halal and makanan mahal gila.
sekali makan sampai hampir rm100.
perghh.. rabak poket!!!
baik masak sendiri.
lagi banyak dapat and puas hati kenyang.
memang betul pun orang cakap,
HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG,
HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,

LEBIH BAIK DI NEGERI SENDIRI.
tipu la kalau kata tak rindu masakan malaysia..
serius rindu..
nak2 masakan mama.


Pe lak yang rai membebel2 cam nenek kebayan nie..
haha. rindu la tu kat malaysia kan..
hehe...
rindu weyh.
malam tadi siap layan jiwang tengok picture2 kenangan lama..
tetiba rasa sedih.
haha. takpela...
RAI!! SILA TABAH... kamu kan tough.kih2
tough mendenye..kadang2 benyek gak nangis dalam selimut..
cover nangis takut roomate dengar.. keh2...
muka daku nie je garang tau.. hati ada kebun bunga...kih2


oklah.. kali nie rai nak bagi resepi bihun Lada Sulah...
pe kata sekali sekala kita tukar selera pulak k...
sebab bihun selalu guna cili kering and colour die merah kan....
ha.. bihun lada sulah ni lain....
colour dia memang nampak pucat...
simple dan putih...
No No.. Don't Judge a book by its cover wokeh..
belum cuba belum tahu.keh2
ayat dah macam nak jual produk slimming.keh2


apa yang buatkan bihun ni terasa sedap even colour tak menarik? ha... udang kering tu...
udang kering kan memang bahan perasa dalam banyak makanan kan....
tapi serius sedap tau. ( masuk bakul tak terangkat2 nampak)
haha.. bukan camtu... Mama Rai paling suka makan bihun nie...
kalau rai balik selalu nak manja2 suruh rai masakkan...
hehehe...
Mama kurang suka sket bihun yang guna cili kering...


Tapi kalau korang nak tahu...
cik abang daku Idzmi tu ar....

Tak suka langsung makan segala tok nenek BIHUN...

serius nih. tak kisah la.. bihun sup ke. bihun goreng ke...
ha... dia tak suka..
rai belajar sket2 la pasal dia.. keh2
apa yang Rai tahu, dia tak suka makan kacang panjang, kacang buncis, kacang botol..
rasanya mesti dia pernah nightmare ngan segala kacang nie.kua2.
Sawi, Pajeri nenas, Durian (ha.. yang nie sama ngan daku), kailan..
tu sume dia tak makan..
senang cakap.kurang sket sayur2 nie..
eeeee.. macam2 la...
nanti rai mogok masak air je kang baru tau.
kua2..


Bihun nie... takde jual kat moscow...
so Rai bawak stok bihun kering dari Malaysia..
tapi tak banyak la..sebab besar kan pek dia...
so kitorang kat sini memang craving gila2 kat bihun.
haha...
kesian2 kitorang kan...


haha... ok ar... (ni dah bape banyak kali ok baru nak bagi resipi)
Jom tengok cmne nak buat bihun nie...

Bahan2 membuatnya:


*6 sudu besar udang kering, 1 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih



Kisar semua bahan2 * di atas


1 Paket Bihun (direndam dalam air biasa sampai kembang, kalau boleh semalaman)
nak rendam dalam air panas pun leh .tapi rai tak suggestkan..nanti bihun anda goreng terlalu lembik. kalau nak kurangkan jadi 1/2 paket pun leh k..sebab kalau 1 paket tu.. dapat banyak sangat2 penuh satu kuali cam nak buat kenduri lak.. keh2.tapi kalau nak makan 1 family, ok je..



4 genggam udang yang telah dibuang kulit



1/2 paket Mix Vege, 3 genggam Taugeh dan sedikit crabstick (dihiris nipis).
Leh ganti/tambah dengan daging atau dada ayam


telur dadar yang potong nipis.


3 sudu besar sos tiram

2 sudu besar cuka


lada sulah dan lada hitam secukupnya


sedikit air
garam

Bahan2 untuk menghias: Cili hidup yang dihiris nipis dan bawang goreng

Jika suka,boleh tabur daun bawang,daun sup atau daun kucai.



Cara2 membuatnya:


1. Tumis bahan kisar tadi hingga garing.



2. Masukkan sos tiram,cuka lada sulah,lada hitam mix vege,crabstick dan udang...




3. Bila dah naik bau, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan semua bihun tadi. Akhir sekali masukkan Taugeh. Kacau rata. Rasa dan tambah lagi serbuk sos tiram/lada hitam/lada sulah/garam/cuka jika perlu. Tutup api dan boleh la dihidangkan panas2.



Hias dengan hirisan telur, cili hijau/merah dan juga bawang goreng




Jom Breakfast dengan air teh/air kopi panas.. meletoppp.. kebabooom.


hehe...


selamat mencuba....



salam sayang, raihanna


6 budak2 comel:

ardinihumaira said...

pandai rai masak ;)

♥♥ eija ♥♥ said...

ermmm

menyelerakan laa adik rai :)

Unknown said...

rai....nak!nak!nak!nak! suka sangat bihun tuh..

hstel kat msia nih plik lak..ta bg bwk periuk belanga apetah ag dapur..rice cooker pon die ta bg bwk..arituh ad foreigner student ta puas ati ngan rule kat ostel nih..

hik2..kan dh berjgkit membebel cam nenek kebayan kat sini..ngeeee

Chilabaey's Spot 2 said...

Pasti saya akan ikut resepi ini kelak... Tunggu... nanti pasti ada entry khas utk Rai... :)

Mcjust said...

bagusnyee pandai masak.. rajin pulak tu.. walaupun bakal doc tp rai tetap rajin n pandai bahagi masa... nak jadi mcm rai jgk lah! ;))

Publiroid said...

Greatt read