KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Friday, August 27, 2010

Resepi Nasi Ayam Madu Istimewa

dah 2 hari rai menyepi...
sebab pe tau..
sebab terlebih tidur!!!
wahahahahaha...
adeyh...
nape entah mata nie asyik nak melelap je...


perasan tak lagu kat page rai nie dah bertukar ngan lagu raya!!!
hihihi...
semalam layan perasaan oooo....
tangkap leleh dengar lagu2 sedih semua...
ni adalah raya ke-4 rai tanpa family di sisi...
mencari2 aidilfitri tahun depan untuk beraya bersama2 mereka...
hope so.
tipu la kalau kata tak sedih langsung raya di perantauan...
nak2 bila masa pagi raya tu dengar takbir raya..
memang ada la rasa sayu hati tu...


uihh..dah2.tak nak cakap pasal nie dulu..
pose pun tak habis lagi...
and aktiviti masak memasak rai dah kurangkan...
student2 dah beransur2 balik ke sini...
macam yang rai pernah cakap...
kitorang kena masak kat common kitchen..
common kitchen tu kiranya...sume orang kena masak kat situ la..
segan juga la kalau nak masak pape..
hahaha.. nak2 macam rai nie ar...
takkan nak snap gambar masakan beria2 depan orang kan..
malu ar.. kang org kata pe pulak.. hihihi...
ritu takde orang langsung..sebab semua balik malaysia bercuti kan..
tu yang rai tangkap gambar2 memasak step by step tanpa segan silu..
hihihihi...
and rai nak kena diet balik nie... kih2...
nak balik malaysia tahun depan!!!! huhuhu~
yer2 je semangat.


rai dah jawab soalan2 yang ditanya kat formspring..
kalau de pape nak tanya..
just click sini yer..
http://www.formspring.me/Raidzmi


nasi ayamku...


oklah..actually dah lama juga la picture2 rai tangkap untuk buat nasi ayam nie...
dah banyak kali buat so macam2 rupa picture ada....
actually nie resipi mama rai...
special sikit nasi ayam mama nie sebab menggunakan daun limau purut + serai dan sup bunjut.
makin wangi jadi nasi ayamnya....


tanpa membuang masa lagi.. jom tengok~


First... kita kena buat air rebusan ayam dulu k...
air rebusan nie kita akan gunakan untuk membuat nasi + sup.


bahan2 membuatnya:

1 ekor ayam
2 kiub pati ayam
10 cawan air(air secukupnya..kalau suka banyak kuah tambahkan lagi)
dan sedikit garam


Rebus ayam tadi bersama2 bahan2 di atas sehingga ayam empuk.... kemudian asingkan ayam tadi,toskan airnya.... so kita dah dapat air rebusan ayam.



Kemudian... kita perapkan ayam pula k... kalau nak lagi sedap... perapkan semalaman...



bahan2 yang kita perlukan:

Ayam yang telah direbus tadi
*2 batang serai
*sedikit halia
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
(Bahan2 bertanda * dikisar dengan sedikit air)



2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos barbeque
2 sudu besar kicap
sedikit garam


cara2 membuatnya:


Gaulkan semua bahan2 di atas bersama2 ayam yang telah direbus tadi...



Perapkan 3-4 jam. nak lagi sedap semalaman.



Kemudian, bolehlah kita buat nasi nya pula...


bahan2 nya:

4 helai daun limau purut
3 batang serai
4cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
*1/2 biji bawang besar
*sedikit halia
*3 ulas bawang putih
(bahan2 bertanda* ditumbuk halus)
2 kuntum bunga lawang
sedikit marjerin/mentega
3 cawan beras (cuci bersih dan ditoskan)
4 1/2 cawan air rebusan ayam
1 paket sup bunjut adabi
sedikit garam


cara2 membuatnya:


1. Panaskan marjerin di dalam periuk nasi di atas dapur...



2. Tumis bahan2 tumbuk,serai,daun limau purut,kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga garing dan naik bau.


3. Masukkan sup bunjut



4. Masukkan air rebusan ayam.


5. Masukkan beras.



6. Masukkan garam secukupnya



7. Kacau rata dan biarkan mendidih. Kalau nak nasi cantik, masukkan sedikit pewarna kuning.. Tutup api.



8. Kemudian angkat periuk tadi.. "On" kan periuk nasi dan masak seperti biasa.



Nak tunggu nasi masak.... kita buat sup dia pula yer...



Bahan2 yang diperlukan:

Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil2
air rebusan ayam secukupnya
1 paket sup bunjut
1 kiub pati ayam
*sebiji bawang besar
*sedikit halia
*3 ulas bawang putih
(bahan2 bertanda * dihiris halus/ditumbuk)
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit kulit kayu manis
sebatang carrot dihiris halus
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
garam secukupnya


cara2 membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak sahaja. Tumiskan bahan rempah,bawang putih,bawang besar,halia dan sup bunjut sehingga garing dan naik bau.



2. Bila dah garing,masukkan ayam.biarkan ayam kecut.



3. Masukkan air rebusan ayam.



4. Masukkan kiub pati ayam.



5. akhir sekali masukkan daun sup,daun bawang dan carrot. Biarkan mendidih dan pastikan ayam dan carrot empuk. Tutup api.



sup siap~


dan kita buat sos cili nya..


bahan2 nya:


5 tangkai cili hidup
4 ulas bawang putih
sedikit cuka
sedikit gula
sedikit garam
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar air panas


Kisar semua bahan2 di atas.



dah siap sos cili.


kemudian goreng ayam yang kita dah perap tadi... tak payah goreng lama2..



hidangkan bersama2 salad,timun dan tomato.


hiaskan ikut citarasa masing2



nie rai buat masa berbuka haritu...


Yang gambar2 kat bawah nie pula...
versi masa rai menjual nasi ayam kat sini sem lepas....
tapi rai jual bubuh dalam polistrin...
sebungkus 120 rouble...
nasi dia colour kuning sebab rai bubuh sedikit pewarna....


ayam cekci.keh3




fuh~








before~


after... hehe.








selamat mencuba~

12 budak2 comel:

rara.aira said...

k.rai buat saya ase nk suh mak datang bawa makanan hantar kt kolej saya..hihihi

bulatkocik said...

pttlar lama sgt mghilang..rupanya g buat taik mata..ingat g cari rsipi baru tadi..hoho

izul said...

nampak sedap! arghhhh! >.<

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe~
letak limau purut eks?
nak try gak la gini~

=)

MieZa said...

tang nasi tue pelik sikit...nk try lah nanti =)

saudagar beras said...

patut la daku cari tak jumpa. rupanya baru ditulis resepi ni. daging bakar xde? keh3

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

mai semangkuk!! hahaha

ZianaRazali said...

aisshh..kecur perut poser2 neh rai..he2..

masdila said...

rai pos antr m`sia,,,,hehehe

wan_cikgumuzik said...

yess...!! suka resepi nih..!! pasti blog awk akan saya bookmark..!! hahahaa... bookmark kat bookmark bar laptop woo,,, ingat sket....

iklan sket yerr....

TEMPAH HEADER DI SINI

Norhidayah said...

baru je try after dah lama rai post..btw selame ni jadi silent reader je hari ni tergerak nak post sbb nak puji nasi aym ni mmg sedap!!! thanks for the resepi :)))

Effa said...

Sedappppp dah cubaa hihi tq