KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Dulu dan kini.. Anda juga boleh melakukannya!

Pages

Boleh RAI bantu anda?

Nama:
Email :
Nama panggilan:
Tempat Tinggal/Lokasi:
Umur:
Pekerjaan:
Pernah menggunakan produk Herbalife? Ya
Tidak
Sudahkah anda mempunyai coach? Ya
Tidak
Ketinggian:
Berat Terkini:
Berikan Rai No Phone anda:
Adakah anda mempunyai whatsapp/wechat? Ya
Tidak
Anda berminat untuk: Lost Weight
Gain Weight
Improved Health
Side Income
Improved Skin
Bolehkah rai menghubungi No phone anda untuk terangkan lebih terperinci mengenai produk? Ya
Tidak

Get your own free form like this one.

Baking Class Form

Nama penuh:
Email Address:
No.phone:
Class yg ingin diikuti:
Tarikh yang dipilih:
Nota tambahan:

Put a website form like this on your site.

Friday, March 8, 2013

Resipi Kek Coklat Lapis Cheese Kukus/ Choc Moist cake kukus


  Happy Women's Day...
Terima kasih kawanku, Anaand..






SALAM ZERO 2 HERO dan salam EXTRAVAGANZA!!!!






siapa kata makan herbalife tak leh enjoy makan?
kena la dalam kuantiti terkawal..
mcm makan cake ke dessert ke..
kalau leh makan sekeping/satu slice sahaja..
kemudian yg lain bagila kawan2.. hahahah
seminggu sekali.. ambil satu CHEAT DAY..
makan la dessert or cake 1 slice..
jangan cm sempit sangat rasa alaa.semua tak boleh semua tak boleh..
memang la boring...
jadi pandai2 kawal...


sekali tak pe..
kalau tiap2 ari CHEAT DAY..
bye2
tak dapek den nak nolong .huwaaaaaa


lepas daripada makan berlemak dan berminyak..
rai akan detox semula dengan aloe,tea dan omega..
jadi lemak tepu tu akan diblock daripada serap ke dalam badan kita..





hehehe...
hari ni International Women's Day....
8 MARCH 2013..
jadi rai nak ucapkan Happy Women's day kepada semua wanita....
Wanita ni sangat istimewa kan2....
WOCHEH..
hehehe...
jadi kepada husband ke anak lelaki ke... kawan2 lelaki ke..
boleh la berikan sumtin yang sweet kepada wanita yang dilahirkan dan dijadikan sangat2 istimewa ni...
keh2...
tanda ingatan tu lebih penting kan....


 sebelum tu..
meh jemput makan Kek Coklat Lapis Cheese Kukus yang rai wat semalam nie..
Siap ada strawberry choc....kih2..





tak tahu dah berapa banyak strawberry yang ku telan semasa make up cake nie..
hahahahaa.....
kejap2 celup choc ganache..
pastu ngap222.. hahhaa
tengok2 box stoberi tu dah tinggal cenonet...
ok dah2 stop2.. hahaha..



haaaa lupa nak cakap...
ok before nie
kalau perasan rai ada share resipi brownies lapis cheese kukus yg pernah rai cuba betul tak?



Brownies Lapis Cheese Kukus





click bawah ini untuk ke
RESIPI BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS
struktur brownies memang padat dan mcm kelihatan bantat..
mmg brownies mcmtu yaaa..
kalau tengok dalam resipi tu kalau perasan tak guna langsung baking powder ke..soda ke...
dats why dia tak boleh naik pun.. hehe
sebab tu bila kita makan kt secret recipe ke..
dia akan masuk semula ke dalam microwave dan hidangkan suam2..



tapi resipi kali nie sebenarnya adalah gabungan choc moist cake kukus + lapisan cheese....
dan dia guna baking soda..
sebab tu dia boleh naik menggebu2....
sebenarnya resipi choc moist cake kukus ni guna dah lama dari dlu...
cuma rai belum pernah buat entry...
resipi nie sebenarnya....
rai banyak gunakan untuk tempahan choc moist cake yang rai jual selama ni.... hehe..
maknanya rahsia dah terbongkar la ni. keh2....
takpe.. rai share supaya nnti korang pun boleh buat sendiri untuk suami/family makan atau jual ke..
insyallah sedap...
rai ambil resipi ni daripada buku catatan resipi mama rai..
dan banyak kali guna resipi ni..
sebab bagi rai..
resipi ni adalah resipi choc moist cake the best yang rai pernah cuba...
lagi satu dia kukus..
senang wokeh..
takde risau terbakar2 ke pape ke..hahhahaa...
dan sangat2 moist..
nnti rai share camana nak bagi dia moist dan rasa lebih sedap...
rai ingat sangat2 resipi nie ..
sebab rai selalu panggil 8 beradik..
sebab ada 8 benda yang mmg asas kena bubuh dan mudah ingat...
pastu tak payah ayak2...
so kalau sesiapa nak buat plain choc moist cake kukus pun leh guna resipi nie..




ok bahan2 dia...



Bahan2 CHOC MOIST CAKE KUKUS
kepada yang guna gm... convertkan 1 cawan=180gm

2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking soda
1 cawan serbuk koko
1 cawan serbuk milo
1 1/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
2 cawan fresh milk + 1 sudu kecil nescafe (dididihkan)
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil choc emulco




Bahan2 Lapisan Cheese:
(lapisan cheese ni rai guna resipi daripada mrsdayat myresipi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/2159
tapi rai gandakan resipinya.. credit to mrsdayat...)


400gm Cream cheese
(kalau dekat malaysia cari jenama philadelphia atau tartura)
100gm gula castor
40 ml air
2 biji telur gred A




Bahan2 untuk CHOC GANACHE
(mesti buat semalaman dan simpan di luar sahaja..
baru dia akan dapat struktur mcm nutella dan bukan cair)

400gm choc masakan
300gm whipping cream
1 sudu besar butter



so kita buat awal ea...
cara buat choc ganache


1. Didihkan whipping cream + choc masakkan dengan kaedah double boiler cam atas nie...
kena kacau sentiasa bagi dia sebati cantik..
dah cair semua.. masukkan butter..
2.Biarkan dia sejuk pada suhu bilik..Lepas dia sejuk,wrapkan dengan cling plastic atau tutup..
letakkan di luar semalaman..
kira cam perap la..


Jom kita tengok cara2 membuatnya pula yea =)papepun...
TOLONG PANASKAN AIR KUKUSAN ANDA DAHULU....
AIR MESTI BETUL
2 PANAS sebelum anda kukus adunan cake anda..


Buat choc moist cake punya lapisan dahulu...


1. Satukan semua bahan2 kering




2. Kemudian masukkan semua bahan2 cecair kecuali susu panas..




3. tak payah guna mixer... Guna Whisk untuk sebatikan dia...




4. Didihkan fresh milk + 1sudu kecil nescafe tadi




5. Akhir sekali masukkan susu panas tadi...





6. Kena kacau kuat2 tau dengan whisk untuk sebatikan dia..
sehingga dapat struktur camni...Ketepikan sekejap...



ok lepas tu buat lapisan cheese



1. Satukan semua bahan2 untuk membuat lapisan cheese kecuali telur





2. Putar guna mixer sehingga kembang



3. Masukkan telur... dan tak perlu putar lama lepastu..ckup sekadar telur dah sebati dalam adunan..


ok ..
kita dah ready nak melapis ...

sediakan loyang bulat saiz 26 cm atau
mcm rai guna loyang aluminum foil nie...





sebab rai nak bentuk segi empat ni sebenarnya...
dan mudah buang.bahahahahah.. bocor rahsia malas nak basuh.kui2..




make sure gris loyang/aluminium foil ni dengan butter/marjerin..
sebb xnak bagi lekat..
kalau guna loyang... alaskan bawah dia ngan baking paper then griskan keliling dia gak.




1. masukkan lapisan choc.. buh sedikit je tau adunan.. jangan bubuh tebal..
sebab confirm dia akan naik 2 kali ganda..



2.Tutup kukus
(sebab ada orang tanya rai ..rai tak tutup ke tutup pengukus masa kukus cake nie?)...
maybe tengok gambar camni kot..so confuse juga kan..
rai amek gambar camni supaya nak tunjuk camana sebenarnya bila dia dah masak...
yang loyang atau aluminium foil ni tak payah tutup dengan apa2....
cuma PENGUKUS mmg kena TUTUP ngan PENUTUP PENGUKUS yaaa kalau nak kukus apa2 pun..
supaya wap panas tu leh masakkan keseluruhan cake...
then  Kukus 15-20 minit.. atau make sure atas dia ni dah kering camni...




3. Pastu tuang pulak lapisan cheese atas lapisan choc tadi..





4.Kukus lagi 15-20 minit atau sehingga atas dia nampak kering...
Jangan tak kering lagi pastu p bubuh lapisan ea.. nnti rosak lapisan dia..
atau nak bg make sure cucukkan lidi.. dan check..
Ikut korang nak lapiskan 1 atau 2 layer..
kalau nak lapiskan 1 layer je cheese + 2 layer choc cake.. tuang je semua lapisan cheese tu
(especially yang nak guna loyang bulat)
Kalau nak buat 2 layer cheese.. then bahagikan 2 bahagian cheese + 3 bahagian cake.....




5. Buat sampai habis dan make sure atas sekali lapisan choc...




6. Kukus 15-20 minit lagi atau sehingga lapisan betul2 masak..
check guna lidi... kalau kering means dah masak.. haaa dah naik menggebu dah..




7.Kalau ada adunan lebih atau nak letak dalam bekas kecik2 yang tahan cmni pun boleh..
lebih comel dan mudah makan...
nak jual pun boleh guna bekas cmni...



TIPS

ok.. tips untuk dapatkan choc moist cake sedapp dan moist...
sejukkan cake nie betul2 pada suhu bilik....
kemudian...
wrapkan dengan cling plastic....
masukkan dalam fridge biarkan semalaman dalam peti sejuk..
kalau cake choc moist kukus biasa tanpa lapisan cheese..
ckup after dah wrap tu.. letak je kat luar.. tak payah letak dalam fridge..
yang ada lapisan cheese kena letak dalam fridge.. sebab cheese akan rosak kalau letak di luar sahaja..



Guna bekas camni lagi senang simpan...
leh tutup kan aja.. then letak dalam fridge..







pastu... esok tu baru la kita make up kan cake kita dengan choc ganache..
hasil dia cake akan lebih moist dan jadi sedap...
sapukan aja choc ganache seluruh cake atau leh sapu kat bahagian atas je..
tabur dengan choc rice..simple.. tapi akan nampak menarik...
lepastu leh masuk dalam fridge kejap bagi choc ganache tu set..



cake yang dah diperapkan semalaman...
kemudian buka aluminium foil tu...




 
sapukan choc ganache keliling dia.. lepastu tabur choc rice...





nie kalau satu layer





Nie kalau versi cake guna loyang bulat....








Nie kalau 2 layer..
rai suka buat layer cheese nipis supaya tak rasa muak..









 OM NOM NOM NOM NOM....








Selamat mencuba =)

siapa yang dah cuba...
boleh berikan rai gambar cake choc lapis cheese yang anda buat untuk kita berkongsi bersama..

hantarkan ke:
raihannavanilla@yahoo.com =)



Last but not least:





P/s: ONE BY ONE, I'll PROVE you WRONG!

21 budak2 comel:

Cik Pipah said...

salam..
sy nk tnya,susu pekat manis dlm kek tu x pyh + air ey?

Hana Soffelia said...

Tq rai bg resepi. Nanti hana cuba.

btw, nama kita pun raihana. tp pggl hana. hehehe

Ameh Wahab said...

sdapnye kek...huhuhuhu...

nanie said...

Salam raihanna..mmg sdp resepi choc moist ni..aunty sgt brterima ksh ngn rai sbb syer resepi ni..aunty buat jualan dlm bekas plastik guna resepi ni..diorg suke sgt..tm ksh rai..bsr pahala anda dpt insyaAllah..amiiin


nanie said...
This comment has been removed by the author.
acik mano said...

mudahnya...kalu acik buat kek & nak hias, punya le bepiuh-piuh ...ni simple tul..tq Dr. Rai hehehe (boleh ya)

Anonymous said...

Tq for sharing... Yummy

Anonymous said...

Tq..sgt mudah & sedap!!!!

cik hani said...

Sedapnyaaa..suka.

Ira Syarifah said...

Kalau guna mixer blh tk? Tkda effect apa2 kan?

Anonymous said...

Resipi choc moist paling trbaik yg penah sy buat.thanks a lot,lot,lot to raihana..

Anonymous said...

salam rai...tumpang tny,awk kukus kek xpyh ttup eh bks kek tu? tq =) -yda-

Nadhira Izzati said...

tq so much rai sbb sahre recipe ni... ptg ni nak buat cake ni utk family berbuka puasa :)

hetty said...

salam... sy buat x jadi..:( mcm jd terlalu padat n muak sikit. agak2 kenapa yea?

Anonymous said...

pasti ku cuba.. tq coz share..;-)

miminourmi nourmi said...

Slm...Raihana...thanks for they resepi...kak dah try mlm tadi for my en.hubby birthday...mmg wala....mcm ne nak share gambar ye??? Thanks once again..

haidaNi said...

Rai,akak blajar resepi lbh kurang mcm ni. Tp pelik rai x tutup bekas kek tu ketika kukus. Rai cuma tutup petiuk kukus tu je . Air wap x jatuh ke atas kek ke?

lilieyz said...

alahai sedapnya..haritu i buat guna teknik bake sbb rumah xde periuk kukus.

Gadis Kampung said...

lama akak tak masuk blog rai..rai dah abis study?dah jadi doctor ke sekarang...akak dok cari resepi ni la..tak sangka jumpa kat belog rai..akak jenguk satu blog ke satublog..ada blogger ni dia credit nama blog rai...terus akak terjah dik...rai makin kurus...cute..

Fazliana Jamil said...

Resepi menarik. Lama rasanya x buat kek coklat cheese ni. kihkihkih. oh ye nanti ada masa singgah2 lah blog saya ye http://www.mamafisya.com/

fazliana said...

sedap sgt kek nie..sy suke..nk cuba buat sendri la pasni..tq sharing=)