KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Monday, August 9, 2010

Resepi Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. Makan sekali Diet setahun..ekekeke..

kalau dapat makan camni kat kedai... agak2 tersandar kekenyangan tak?
keh2



hehe..
malam tadi rasa cam saat2 bahagia la plak..
cewah ewah2....ewah bule...
keh2...


bukan pe ek...
actually kelmarin daku merajuk habisla ngan idzmi..
yerla... org dah ar sedih2 dok kat sini..
pastu dia boleh lak nak busy2 ngan sibuk je pasal kereta tak sudah2...
mana daku tak berjauh hati..
terasa la plak kan dia agy banyak spent masa ngan member2 kete dari daku..
apos agy.merajuk la..
buat tatau je satu hari ngan dia...
pastu pandai pula nak pujuk...
hihihi.


So pas dia pujuk tu...
layan daku cam tuan puteri la plak kan...
(eleh. pas baru2 baik layan la cam tuan puteri)
hahahahhahaha....
kemain caring agy siap asyik tanya pasal daku lak..
pastu malam tadi ajak main game online kat ym...
keh.. pastu dia kalah nak majuk2 lak..
rai dah menang 3 kali.wakaakkakaa..
dia tak puas ati la tu..ajak agy maen.
mata dia segar bugar masa tu...
Pastu dia menang tau tak!!! eeeeeee..geram je..
terus masa pas menang tu la mata dia dah jadik garfield nak terlelap2...
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....
hahaha...
malas ar nak gaduh2..



oklah kali nie nak bagi resepi nasi lemak ayam goreng berempah...
ha..
pernah makan tak???
uish.. tak nama orang malaysia la kalau tak pernah makan nasi lemak...
hihihihi...


Bahan2 untuk membuat nasi lemak:


4 cawan beras



sedikit halia dan 2 helai daun pandan disimpul
(tapi kat sini rai guna daun pandan kering yang dibawa dari malaysia)



1 cawan santan



4 cawan air


sedikit garam



Cara2 membuat Nasi Lemak:



1. Basuh beras bersih2. Toskan airnya.




2. Masukkan halia + daun pandan.




3. Masukkan air + santan. Kacau rata.. masukkan garam secukup rasa kemudian "ON" kan rice cooker dan masak seperti nasi biasa.


Sementara nak tunggu nasi masak, kita masak sambal ikan bilis + ayam goreng berempah nya pulak ....


Bahan2 membuat sambal:


1 biji bawang besar



* 1 biji bawang besar, *2 ulas bawang putih, *sedikit belacan
* sedikit ikan bilis



* 15 tangkai cili kering yang direndam dengan air panas sehingga kembang.
kemudian basuh bersih2 toskan.


kisar semua bahan2 yang bertanda * dengan sedikit air



2 sudu besar air asam jawa




ikan bilis


2 sudu besar sos cili


Cara2 membuat sambal:


1. Tumis bawang besar hingga garing dan naik bau




2. Bila bawang dah garing masukkan bahan kisar tadi.




3. Tumis sehingga cili garing dan terbit minyak...
Masukkan ikan bilis



4. Masukkan air asam jawa + sos cili.



5. Kacau sekali sekala sehingga sambal betul2 masak.. tutup api. Sambal dah beres.



Pastu jom goreng ayam lak... kalau makan ayam goreng panas2 baru sedap...



Bahan2 membuat Ayam Goreng berempah Style Rai:


Bahan untuk dikisar dan perap:
sedikit halia
5 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
Kisar semua bahan2 di atas bersama sedikit air


sedikit garam


5 ketul ayam yang dicuci bersih dan ditoskan.




Perap ayam bersama2 bahan tadi + sedikit garam.
lebih sedap kalau sediakan semalaman.





telur



Kocak2 kan telur tadi...


*1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar serbuk lada hitam
* 1 sudu kecil serbuk lada sulah
*1 sudu kecil garam
*1 sudu kecil serbuk cili
*1 sudu kecil serbuk jintan manis
* 1 sudu kecil jintan putih

satukan rata semua bahan *


Cara2 membuat Ayam goreng berempah:


1. Celupkan ayam yang dah diperap bersama2 telur




2. Kemudian celupkan pula dalam tepung




3. Goreng sehingga kuning keemasan....




4. Angkat dan toskan minyaknya.


ok... semua dah siapkan.. leh la makan sekarang... hehe...
selain daripada itu, hidangan nasi lemak tak lengkap tanpa:


telur rebus



ikan bilis goreng



timun dan kacang



apa lagi.... KITA MAKAN DULU!!
ekekekkeke....



Nie kalau makan sepinggan, confirm kena diet berbulan2.haha



amacam? terliur tak?? hihihi




Nasi lemak ku~~





Nasi wangi ngan bau halia + daun pandan... yummy2



Kantoi dah diet. hahaha.



tatau dah nak bubuh caption apa....




selamat menjamu mata & selera...




salam sayang, raihanna.


9 budak2 comel:

umie said...

sedapnya...dah la puasa..terliur lak nak makan nasi lemak ni..

Missy Rara said...

sedapnye nasi lemak k.rai.. kalo xduduk kt kolej ni asenye dah try msk resepi ns.lemak k.rai ni..:)

RaiBakeHouse said...

ish. sodap lak akk tgok nasi lemak sis buat. nk try la sok ni. haha..
p/s : we share same name. haha...

Miss Nina said...

Terima kasih atas resepi nasi ayam ini. Patut cuba! =)

Admin said...

saya terjumpa blog ni ketika sedang mencari gambar nasi lemak ayam berempah..saya baru memulakan bisnes cafe dan ia banyak membantu..tahniah rai..dan izmie awak memang bertuah dapat gadis secantik ini dan pandai masak pulak tu..habis belajar nanti join saya jadi share partner ye?

nur_darrin said...

saya terjumpa blog ni ketika sedang mencari gambar nasi lemak ayam berempah..saya baru memulakan bisnes cafe dan ia banyak membantu..tahniah rai..dan izmie awak memang bertuah dapat gadis secantik ini dan pandai masak pulak tu..habis belajar nanti join saya jadi share partner ye?

Admin said...

HUh....sedappp nyer...dah cuba...dah jadi kot...

Gossip Panas

Artis Malaysia

Anonymous said...

minta izin guna gambar. terima kasih :)

Nur Afrina Nina said...

yumm..mcm sdap..