KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Thursday, September 23, 2010

Resipi ASAM PEDAS IKAN PARI meleleh air liur.

asam pedas ikan pari ku...


hurmmm
rindu nya nak update blog tiap2 hari macam cuti summer haritu.
tapi apa kan daya...
rai dah busy dengan class + siapkan order cake.
hehe.
semalam rai dah beli cake board + cake box + disposable icing bag..
so insyallah nak betul2 serius kali ni jual cake.
dulu rai jual suka2 je. hehe.


kalau nak beli cake board + cake box sahaja pun boleh..
rai jual sekeping cake board 20 rouble.
cake box yang kecil 50 rouble.
dan cake box besar 60 rouble.
ym rai kalau minat nak beli.
rihanna_cayang

k la. kali nie rai nak bagi resipi asam pedas ikan pari..
sumber resipi: mama rai
style johor.
hehe.
kat moscow takde jual ikan pari.
so rai selalu buat asam pedas letak terung je kalau kat sini.
sebenarnya gambar2 yang rai snap nie dah lama sangat rai peram...
selak2 folder lama terjumpa pula...
rai masak nie masa cuti winter kat rumah dulu.
memang rai suka sangat2 makan asam pedas.
tak kira la asam pedas melaka or johor..
makan bertambah2 selalunya..
nak lagi power goreng telur dadar,ikan masin..
perghhhhhhhhhhhh...
kecur air liur.
sebenarnya rai takde sukatan nak masak asam pedas nie...
selalu main campak2 hentam je.haha.
so nie rai agak2 jela ek..
=)


Jom tengok.

bahan2 membuatnya:


*1 mangkuk cili kering.
di rendam dengan air panas sehingga lembut kemudian basuh bersih2.



*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*sedikit halia
* sedikit belacan



ikan pari yang dicuci bersih.
kalau tak suka ikan pari leh ganti dengan ikan kesukaan anda



2 biji terung.
boleh digantikan dengan bendi



beberapa tangkai daun kesum
sebatang bunga kantan (rai lupa snap gambar.haha)



air asam jawa secukupnya
(kalau suka kuah banyak bubuh lebih)



minyak masak untuk menumis
memang guna banyak minyak...

sedikit garam



Cara2 membuatnya:


1.Kisar semua bahan2 bertanda * dengan sedikit air..



2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar...



3. Tumis sehingga naik bau dan terbit minyak. bukan terbit matahari.kih2..
tak suka minyak banyak and nak diet? buangkan minyak yang ada sebelum masukkan air asam jawa...



4. Bila bahan tumis dah garing, masukkan air asam jawa. Kacau sebati.



5. Biarkan ia menggelegak



6. Kemudian masukkan ikan pari.




7. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Biarkan menggelegak lagi.



8. Kemudian masukkan terung. Jangan lupa bubuh garam secukupnya.



9. Biarkan terung empuk dan kacau sekali sekala.



10. Tutup api dan boleh la dihidangkan panas2..



wooohoo... rindu nya nak makan ikan pari.















selamat mencuba.




take care semua. senyum selalu.