KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Tuesday, June 29, 2010

Resepi Air KacaNG sOyA



Kacang soya yang gebu dan tembam cam tuan dia. kua2.


takde pape benda menarik berlaku sejak akhir2 nie.
rasanya banyak tekanan mental dan fizikal..wahaha..
lagi 2 hari exam surgery tapi daku baru terkedek2 ala itik pulang petang baca buku.
so faham2 saja la okay betapa gelabahnya daku....
banyak gila benda kena ingat.
haih. jammed strawberry otak daku dibuatnya.


takpe. gelabah2 tapi masak/buat cake tetap tak tinggal.
wakakakakaka...
takde penyesalan langsung la budak ini..
isk2...

Choc cheese cake.
Base=Lemon cake

Filling:Philadelphia cream cheese

550 rouble.SOLD
Thanx coz order







purple- pinky marble cake.



Blueberry Cheese Cake


Semalam. 40 Cups of Dadih Chocolate + Jagung SOLD.
1=25 rouble.
BELI 4 PERCUMA 1
Thanx coz beli...
Hari Rabu ni ada lagi..
Mango + Strawberry + Jagung flavour.
Jangan lupa buzz rai kat ym kalau nak: rihanna_cayang


+++++++++++++++++++++


Kali ni nak bagi resepi air kacang soya...
siapa suka minum air soya?
sila angkat tangan...
hihihi..


sedap ok... favourite rai.
Kat moscow air soya takde jual.
so kena cari alternatif lain.
isk2. terpaksa r buat sendiri.
actually resepi nie rai dapat masa belajar ngan mummy idzmi masa cuti ritu.
rai belajar buat taufu fa sekali..
tapi resepi taufu fa rai bagi lain kali k...
serius rasa air soya ni sama cam kat kedai. hehe.
senang saje buat dia.. jangan risau,tak susah mana pun.
so kalau nak try buat..
jom tengok camana...



Bahan2 membuatnya:
5 genggam kacang soya
800 ml air

sedikit gula

sedikit daun pandan




Cara2 membuatnya:


1. Rendam Kacang soya selama 3 jam... Bila dah 3 jam ia akan jadi kembang camni.... comel kan.. tembam macam buah pinggang.haha. merepek.




2. Kemudian, masukkan air + kacang soya dalam blender... Blend sampai hancur






3. Then tapis guna penapis kain. atau guna napkin bersih pun boleh. jangan la pergi amek napkin adik2 baby korang dalam bakul yang mak dah siap dok lipat tu.... atau terlalu desperate pergi guna stoking plak. hancus. haha.




4. Then hampas dia jangan buang k... Masukkan dalam peti sejuk.. then boleh buat masker.. untuk melicinkan + menghaluskan + memutihkan kulit. Pakai masa tidur.then dah kering cuci.




5. Masukkan gula agak2.. ikut korang..nak manis macamana..




6. Kemudian letak la daun pandan... kalau leh simpulkan daun pandan tu.. Rai buat camni sebab rai bawa dari malaysia stok daun pandan kering... Tujuan masukkan daun pandan.. supaya bau hanyir soya tadi hilang and boleh mewangikan air soya kita tadi... soya pun pandai pakai parfume nampaknya.




7. Masak atas dapur.. Pastikan dikacau selalu. kalau tak dia boleh hangit and membuak2... Masak selama 30 min camtu... Rasa dulu. Kalau dah ok... baru angkat and sejukkan. Tapi kalau masih rasa tak masak... teruskan didihkan dia..



Tadaaaa.. dah leh bawak bekal pergi uni.hehe...




P/s: sejak akhir2 nie rajin update blog.


9 budak2 comel:

oshinz said...

kek marble tu da macam colour blog ni la rai.. hihihi

Gadis Kampung said...

Hi rai, akak nak bagitau aritu akak salin resepi rai air kacang soya nie then akak menjual kat bazar ramdhan...harap rai halalkan ye..aritu tak sempat nak bagitau..tapi akak ubah sikit resepi rai..

Raihanna said...

oshinz:
ehhehehhe,, tu la pasal.. dah cam warna blog rai kan. kih2

Raihanna said...

nukilan gadis kampung:
Hi kak..
boleh2 je kak..
no problem..
hehhee..
memang kat blog nie tempat rai berkongsi resipi....
moga air soya akak laku.. amin =)

chesakinah said...

yeay!!! bestnye awak ada resepi soya.... saya suka soya... nak cuba buat sendiri la... fobia dah minum kat gerai2 tepi jalan.. huhuhuhu .. T_T

http://chesakinah.blogspot.com/2011/04/peniaga-ludah-dalam-air-soya-sebelum.html?showComment=1302793909005#c1418475929401419978

fifi said...

hai rai..saya ingat nak buat ni nanti..kalau menjadi,nak tulis kat blog..minta izin ye..

Anonymous said...

maafkan saya setahu saya kacang soya x bermata hitam, kalau betul2 kacang soya dia putih, sebab saya dulu pernah buat soya dgn kacang yg rai buat rasa dia x sama, cuba cari kacang soya betul2, hasil dia lagi sedap dan same mcm org jual tu..

Laily Wahab said...

Salam Rai...aunty ambik dan copy resepi air kacang soya Rai dalam blog aunty yek....no hal kan...sbb dah rasa cam teringin sgt nak minum air soya skrg nie....hehehehe...ptg nnt nak gi beli kacang soya kat kedai korea aritu.....tqvm...muaaahhhh!

Anonymous said...

Tq rai