KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Sunday, July 13, 2014

Resipi Bubur Candil dan Tips menjaga berat badan: Ketahui Visceral Fat (lemak dalaman) anda






Assalamualaikum w.b.t
Hye semua......
Mesti dah start prepare persiapan raya kan...
tahun ni apa warna tema masing2?
Rai belum fikirkan lagi.. kekekeh....
tahun nie agak2 warna apa yang tengah HOT ea?
kekeh..



haha cik rai masa umur 3 tahun....
kemaennn Beg dia love2
nak kutip duit raya...
lepastu muka kemaen sombong...
tak suka senyum.....
asyik mencebik je sampai mama ckp..
"buat la moncong camtu nanti jadi donald duck mama tatau"
haha



den dah lah jenis tak goma sonyum.....
lepastu kena paksa pula amek gambar pegang tangan dengan abang sepupu daku...
lagik hangin laaaa daku...
hahahhaa.....
tgk moncong tu...
leh sangkut hanger okay.
hahahaha




Siapa ada kenangan masa kecil2....
Mak dan ayah selalu beli warna dan kain yg sama untuk adik beradik....
contoh macam Rai dulu dengan kakngah..
abanglang pula dengan abangteh...
memang sejibik sejibon baju raya...
kain sama, warna sama, seluar sama, tshirt pun sama...
kasut dan stokin pun sama!
sebab kalau tak sama mesti Jeles dan gaduh....
kekeh....
jadi mmg sama jelah masing2 punya fesyen....



Samakan baju kaklong and kakngah...
cisss.... tak leh nak glamour sket masa kecik2.
hahaha
suke je dak kakngah menyengih baju sama ngan daku.
kah2



2 orang budak bajet rosalinda ayamor berkunjung ke zoo johor.
kah2
tengok...
sama lagikkkk
dalam gambar ni tatau pesal kakngah garu2 tengkuk..
gatal ke ngah.. hahahahaha



Ni pun sama gak...
eeeeeeeeee.. hahaha
kakngah masa kecik2 comel ok...
orang semua panggil dia Jopun2 (Jepun)
daku masa kecik hitam sket...
Alang pulak kemaen tombam masa kekecik...
bila besar dia kurus....
Masa ni 3 beradik lagi....
then baru ada Abang teh...
then lepastu lama 6 tahun baru dapat Kak uda, abang cik dan last sekali Mimi...
Semua 7 orang...
ramaikan adik beradik rai... hehe




macamana pula dengan ibadah puasa kita semua....
insyallah sambil berpuasa, sambil menghayati tujuan utama kita berpuasa...
dan untuk menyihatkan badan kita....






just sharing info....
pernah tak kita siang ayam...
dan lihat organ dalaman ayam tersebut?



Perhatikan bahagian yang berwarna kuning....
itu adalah lemak visceral...
ni boleh dikatakan normal... sebab ayam makan apa jekan...
jagung, bijirin..
Bayangkan kalau kita rasa kita dah berlebihan berat badan,
dan rasa badan selalu berat, tiada tenaga, cepat letih, sakit tumit,
dan mudah tercungap2...
Lemak terbahagi kepada 2 jenis iaitu lemak bawah kulit dan lemak visceral...
lemak visceral ni lemak pada organ dan juga pada perut kita...
Lemak visceral boleh dibuang dgn menjaga dan mengawal pemakanan kita....






Jika lemak di bahagian ini terlalu tinggi...
ia boleh menjadikan kita berisiko menghidap penyakit kronik
seperti sakit jantung, buah pinggang, diabetes dan juga darah tinggi....
Bayangkan jika lemak visceral ni penuh menyelaputi jantung kita dengan sangat tebal...
sebab itu juga jantung kita berat, terbeban dan perlu lebih tenaga untuk pam darah kita....
Boleh buat analisa kesihatan dengan wellness coach
timbang dan lihat berapa visceral fat anda...
1-4: baik
5-8:sederhana
>8: bahaya dan perlu berjaga2 berisiko menghidap penyakit kronik

semasa berat rai 65kg dulu lemak visceral rai 8...
selepas mengamalkan nutrisi seimbang dan mengamalkan active healthy lifestyle...
dan turun 13kg,
alhamdulillah visceral Rai turun kepada 2...
macam papa rai lemak visceral adalah 18...
bayangkan...
sebab itu juga papa rai mempunyai penyakit darah tinggi...



di salur darah


kadang2 situasi lain,orang yang kurus...
Bila kita timbang visceral fat dia sangat2 tinggi...
Ia sebenarnya boleh menjadi "silent killer".



klik gambar untuk mempebesarkan imej





Oleh kerana itu,
kita sebenarnya memang perlu jaga pemakanan kita..
Lagi satu kenapa org tua2 selalu pesan kalau makan jangan berulam air..
atau mereka pesan supaya kita elakkan ais....


cuba lihat experiment rai buat ini...
kekeeh...
(sempat plak budak ni buat experiment dia)
ni bukan resipi yaa.. hehe



ambil segelas cawan... Masukkan ais




Masukkan lemak ayam ke dalam cawan berisi ais tadi...
(bayangkan ini lemak dan minyak2 yang kita makan selama ni)




Kacau kemudian tunggu beberapa minit...
Apa yang kawan2 nampak?
Lemak tersebut mula membeku betul tak?


Jadi sama juga macam apa yg berlaku dalam perut kita...
Kita dah bantai makan berlemak dan berminyak banyak...
Lepastu kita trus mnum ais... berulang2 dan makan berulamkan air....
Ia juga boleh mengganggu atau melambatkan proses penghadaman perut kita sebenarnya....


takdelah rai cakap tak boleh minum ais/air sejuk langsung...
especially bulan2 puasa ni masa berbuka..
tentu nak legakan tekak kan..
maksud Rai, boleh minum ais...
tapi jangan makan bersulam2 dengan makanan...
means teguk air sejuk/ais, then makan.. lepastu minum air sejuk/ais...
just amalkan ada gap between mnum dan makan tersebut...


Kalau kawan2 nak perut tidak buncit atau nak perut cepat kempis...
Biasakan makan dulu... kemudian 20 minit lepastu baru minum air...
dan amalkan mnum air suam...
atau rai selalu minum teamix suam atau air limau nipis suam untuk detox balik....
cuba lemak tadi kita curah air panas?
apa akan jadi? ia akan cair betul tak..
sebab tu rai suka minum air limau suam/teamix suam selepas makan..
nak potong balik lemak2 kita makan....
Mula2 dulu memang rai tak biasa...
rasa macam nak tercekik je makan tak minum air...
Tapi lama2 nanti serius dah ok...
sebelum makan minum secawan air...
kemudian makan sampai habis...
lepas 20 min baru mnum air suam...
Insyallah kalau perut buncit, lama2 boleh turun sedikit demi sedikit...
dan elakkan dari buncit....
kalau nak cepat lagi... buat sit up 10 kali sebelum tidur...
dan 10 kali selepas bangun tidur....
amalkan.... insyallah


Oklah sampai situ dulu...
sebenarnya harini rai nak share resipi bubur candil...
hehe pernah makan tak?
Bulan puasa ni memang layan kalau pekena bubur atau puding sebagai dessert betul tak...
ok jom kita lihat resipinya:




Bahan2 membuat bubur candil:


350gm tepung pulut
300ml air + secubit garam

santan daripada sebiji kelapa
seketul gula melaka +secawan air
gula pasir secukupnya
 segenggam sagu mata ikan + 2 cawan air





Cara2 membuatnya:


CANDIL



 
 1.Masukkan tepung pulut dalam satu bekas besar (untuk senang menguli)...
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga jadi seperti ini dan adunan
tidak melekat pada tangan. Kalau adunan lembik..campurkan tepung pulut sedikit demi sedikit..
Jika keras pula... tambahkan air sket2


 
 2. Kemudian bahagikan adunan dan warnakan ikut suka kita...
Cara warnakan doh: titiskan setitik 2 pewarna dan uli dan ratakan warna adunan.



 Nie versi yg rai pernah buat dekat Moscow dulu... dah macam plastisin playdoh..
Kalau nak bagi nenek2 atuk2 kita atau org lebih tua makan bubur ni,
tidak digalakkan warna dgn MERIAH sangat..
hahaha
bukan apa... takut diorg nak makan nanti! haha
lagipun tak elok sgt kalau makanan kita terlalu byk pewarna kan...
kalau warna macam kuning, hijau ,merah tu masih ok lagi..
dan warna jangan terlalu pekat dan terang....
Sebab masa tepung ni masak nanti ia akan jadi lebih pekat dr warna asal...




 3. Lepastu tabur sket tepung pulut atas tray (elakkan adunan melekat)
Gentel2kan adunan...ikut suka kita nak buat bentuk macamana..
Kalau rai suka bulat2kan dlu.. then picit tgh2 dia... dah mcm ala2 haemoglobin (sel darah merah)
hahahahha
Ok oleh kerana doh tadi banyak sgt...
haaaaa
korang carikla mangsa untuk menggentelnya sampai habis
contoh terdekat seperti adik2 kecik kita.
hahahaha
sasaran yg paling sesuai untuk diBULI.
kalau takdak gak... buli housemate atau kengkawan..
tapi kalau semua takde...
hang bulilah diri hang sendiri ok..
kah2








 4. Ok kemudian....Panaskan periuk..Simpulkan daun pandan, tunggu sehingga air dah nak menggelegak...
Kecilkan api, masukkan mereka semua ke dalam swimming pool ini...
kekeh.... 




 5. Mula2 akan berada di dasar periuk.. dan bila dah masak, akan timbul di permukaan....



 6. Tangkap menggunakan penapis......






 7. Masukkan ke dalam air sejuk.....
(untuk elakkan dia terlalu lembik dan melekat antara satu sama lain)







8. Ha cantikkan jadi berwarna warni camni....
Boleh la lepasni masukkan dalam akuarium




 

 camni contoh warna purple




yang ni pula rai buat bulat2





 

 yang ni rai inspired dengan bacteria bacillus..
hahahhahahaha
papejelah janji bentukkan ikut suka masing2.. kekeh



ok dah ketepikan sekejap.... sekarang
Kita buat air gula melaka pula...




9.Panaskan secawan air, daun pandan yg disimpulkan sebenarnya dan seketul gula melaka




 10.Oklah sehingga gula melaka tadi hancur dan selepas itu tapis dan ketepikan...




Kemudian SAGU tu pula rai suka masak secara asing...
Sebab dia akan kembang cantik dan tidak effect rasa bubur kita nanti..
tapi ada org terus masukkan ke dalam bubur terus....
jadi terpulang pada masing2 yeap :)


11.Panaskan air dahulu sehingga menggelegak. Baru masukkan sagu...
Biarkan sagu kembang dan kacau2. Kalau dah hampir kering air tapi sagu masih putih2 ..tambahkan air sedikit demi sedikit...



12.Bila dah kembang tu... tapiskan dan ketepikan.....





Sekarang kita buat bahagian Santan pula:



 13.Untuk dapatkan santan.. Rai blend kelapa parut dengan air suam





 14.Ha jadi camni bila kita campur dgn air tadi kemudian blend sampai halus






 15.Masa nak masukkan ke dalam kuali, tapiskan dahulu kemudian perahkan hampas kelapa tersebut...
Simpulkan daun pandan juga..





 16.Masa ni guna api perlahan sahaja dan kena sentiasa kacau bagi elakkan pecah minyak..
Kemudian masukkan secubit garam





 17.Tak payah lama sangat sampai menggelegak..
Cukup dalam 5minit atau nampak wap dah naik...





 18.Masukkan air gula melaka tadi...
Kacau2.. kalau kurang manis... masukkan gula pasir sedikit....




 Kacau sebati... api masih perlahan.. nanti pecah minyak kalau xkacau dan guna api kuat..





 19.Masukkan pula sagu mata ikan tadi..






20.Akhir sekali masukkan tapiskan candil dan masukkan ....
Kacau sekejap2 sahaja.... dah boleh tutup api dan angkat....





 Ok dah siap... rai suka masukkan dalam fridge dlu..
kemudian makan sejuk2...
ada org suka makan masa dia suam2...
Terpulang...
tapi insyallah memang layannnn...
Keh2















 siapa peminat sagu mata ikan macam Rai boleh la letak banyak2.
haha....










Yang bawah ni pula versi Rai buat ketika masih di Moscow dahulu...
Pekat sedikit warnanya....
dan kaya dengan sagu mata ikan...




Nie tatau nak letak nama bubur candil atau
bubur penuh sagu mata ikan...
hahahhaa




 Selamat mencuba :)



take care semua....
jaga diri jaga kesihatan..


P/s: Sebelum menyebarkan sesuatu fitnah, sebelum kita click button "share" dalam apa jua sharing sekalipun... carilah dahulu kebenarannya sehingga habis2an dan bertanyalah kepada sumber yang boleh dipercayai dan bukan sekadar sharing...Jangan lupa paling penting mintalah petunjuk daripada Allah.Kadang2 kita rasa PUAS HATI dan hebat bila dapat share tanpa fikirkan akibat di akhirat nanti....Fitnah akhir zaman semakin berleluasa.... kerana jika kita betul2 menyebarkan fitnah tanpa orang tersebut bersalah, nantikan sahaja hukuman daripada Allah dan mampukah kita untuk mencari orang tersebut di mahsyar nanti untuk meminta maaf? Kalau 3,4,10,20 kali kita memfitnah bagaimana? tanyalah diri.

Allah akan mengkabulkan doa org yang teraniaya...
bersabarlah menghadapi ujian dan dugaan yang Allah berikan...


insyallah next entry rai akan kongsi mengenai skin care dan cara penjagaan kulit muka...
cewahhh...
jumpa lagi...
assalamualaikum....




4 budak2 comel:

adda syuhada said...

saya amik resepi rai yer... nak cuba...

adda syuhada said...

saya amik resepi rai yer... nak cuba...

cheq da said...

Yg ptg simple dan sedap..kalu xbaca yg rai tulis..tentu duk pulung minum ais jea ni

Raihanna said...

@adda syuhada
boleh dear.... no prob..kalau jadi nanti share dengan rai yeap


@cheq da
hik2 insyallah cheq da... nnti cheq da cuba ya tips tersebut... :)