KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Sunday, July 13, 2014

Resipi Bubur Candil dan Tips menjaga berat badan: Ketahui Visceral Fat (lemak dalaman) anda






Assalamualaikum w.b.t
Hye semua......
Mesti dah start prepare persiapan raya kan...
tahun ni apa warna tema masing2?
Rai belum fikirkan lagi.. kekekeh....
tahun nie agak2 warna apa yang tengah HOT ea?
kekeh..



haha cik rai masa umur 3 tahun....
kemaennn Beg dia love2
nak kutip duit raya...
lepastu muka kemaen sombong...
tak suka senyum.....
asyik mencebik je sampai mama ckp..
"buat la moncong camtu nanti jadi donald duck mama tatau"
haha



den dah lah jenis tak goma sonyum.....
lepastu kena paksa pula amek gambar pegang tangan dengan abang sepupu daku...
lagik hangin laaaa daku...
hahahhaa.....
tgk moncong tu...
leh sangkut hanger okay.
hahahaha




Siapa ada kenangan masa kecil2....
Mak dan ayah selalu beli warna dan kain yg sama untuk adik beradik....
contoh macam Rai dulu dengan kakngah..
abanglang pula dengan abangteh...
memang sejibik sejibon baju raya...
kain sama, warna sama, seluar sama, tshirt pun sama...
kasut dan stokin pun sama!
sebab kalau tak sama mesti Jeles dan gaduh....
kekeh....
jadi mmg sama jelah masing2 punya fesyen....



Samakan baju kaklong and kakngah...
cisss.... tak leh nak glamour sket masa kecik2.
hahaha
suke je dak kakngah menyengih baju sama ngan daku.
kah2



2 orang budak bajet rosalinda ayamor berkunjung ke zoo johor.
kah2
tengok...
sama lagikkkk
dalam gambar ni tatau pesal kakngah garu2 tengkuk..
gatal ke ngah.. hahahahaha



Ni pun sama gak...
eeeeeeeeee.. hahaha
kakngah masa kecik2 comel ok...
orang semua panggil dia Jopun2 (Jepun)
daku masa kecik hitam sket...
Alang pulak kemaen tombam masa kekecik...
bila besar dia kurus....
Masa ni 3 beradik lagi....
then baru ada Abang teh...
then lepastu lama 6 tahun baru dapat Kak uda, abang cik dan last sekali Mimi...
Semua 7 orang...
ramaikan adik beradik rai... hehe




macamana pula dengan ibadah puasa kita semua....
insyallah sambil berpuasa, sambil menghayati tujuan utama kita berpuasa...
dan untuk menyihatkan badan kita....






just sharing info....
pernah tak kita siang ayam...
dan lihat organ dalaman ayam tersebut?



Perhatikan bahagian yang berwarna kuning....
itu adalah lemak visceral...
ni boleh dikatakan normal... sebab ayam makan apa jekan...
jagung, bijirin..
Bayangkan kalau kita rasa kita dah berlebihan berat badan,
dan rasa badan selalu berat, tiada tenaga, cepat letih, sakit tumit,
dan mudah tercungap2...
Lemak terbahagi kepada 2 jenis iaitu lemak bawah kulit dan lemak visceral...
lemak visceral ni lemak pada organ dan juga pada perut kita...
Lemak visceral boleh dibuang dgn menjaga dan mengawal pemakanan kita....






Jika lemak di bahagian ini terlalu tinggi...
ia boleh menjadikan kita berisiko menghidap penyakit kronik
seperti sakit jantung, buah pinggang, diabetes dan juga darah tinggi....
Bayangkan jika lemak visceral ni penuh menyelaputi jantung kita dengan sangat tebal...
sebab itu juga jantung kita berat, terbeban dan perlu lebih tenaga untuk pam darah kita....
Boleh buat analisa kesihatan dengan wellness coach
timbang dan lihat berapa visceral fat anda...
1-4: baik
5-8:sederhana
>8: bahaya dan perlu berjaga2 berisiko menghidap penyakit kronik

semasa berat rai 65kg dulu lemak visceral rai 8...
selepas mengamalkan nutrisi seimbang dan mengamalkan active healthy lifestyle...
dan turun 13kg,
alhamdulillah visceral Rai turun kepada 2...
macam papa rai lemak visceral adalah 18...
bayangkan...
sebab itu juga papa rai mempunyai penyakit darah tinggi...



di salur darah


kadang2 situasi lain,orang yang kurus...
Bila kita timbang visceral fat dia sangat2 tinggi...
Ia sebenarnya boleh menjadi "silent killer".



klik gambar untuk mempebesarkan imej





Oleh kerana itu,
kita sebenarnya memang perlu jaga pemakanan kita..
Lagi satu kenapa org tua2 selalu pesan kalau makan jangan berulam air..
atau mereka pesan supaya kita elakkan ais....


cuba lihat experiment rai buat ini...
kekeeh...
(sempat plak budak ni buat experiment dia)
ni bukan resipi yaa.. hehe



ambil segelas cawan... Masukkan ais




Masukkan lemak ayam ke dalam cawan berisi ais tadi...
(bayangkan ini lemak dan minyak2 yang kita makan selama ni)




Kacau kemudian tunggu beberapa minit...
Apa yang kawan2 nampak?
Lemak tersebut mula membeku betul tak?


Jadi sama juga macam apa yg berlaku dalam perut kita...
Kita dah bantai makan berlemak dan berminyak banyak...
Lepastu kita trus mnum ais... berulang2 dan makan berulamkan air....
Ia juga boleh mengganggu atau melambatkan proses penghadaman perut kita sebenarnya....


takdelah rai cakap tak boleh minum ais/air sejuk langsung...
especially bulan2 puasa ni masa berbuka..
tentu nak legakan tekak kan..
maksud Rai, boleh minum ais...
tapi jangan makan bersulam2 dengan makanan...
means teguk air sejuk/ais, then makan.. lepastu minum air sejuk/ais...
just amalkan ada gap between mnum dan makan tersebut...


Kalau kawan2 nak perut tidak buncit atau nak perut cepat kempis...
Biasakan makan dulu... kemudian 20 minit lepastu baru minum air...
dan amalkan mnum air suam...
atau rai selalu minum teamix suam atau air limau nipis suam untuk detox balik....
cuba lemak tadi kita curah air panas?
apa akan jadi? ia akan cair betul tak..
sebab tu rai suka minum air limau suam/teamix suam selepas makan..
nak potong balik lemak2 kita makan....
Mula2 dulu memang rai tak biasa...
rasa macam nak tercekik je makan tak minum air...
Tapi lama2 nanti serius dah ok...
sebelum makan minum secawan air...
kemudian makan sampai habis...
lepas 20 min baru mnum air suam...
Insyallah kalau perut buncit, lama2 boleh turun sedikit demi sedikit...
dan elakkan dari buncit....
kalau nak cepat lagi... buat sit up 10 kali sebelum tidur...
dan 10 kali selepas bangun tidur....
amalkan.... insyallah


Oklah sampai situ dulu...
sebenarnya harini rai nak share resipi bubur candil...
hehe pernah makan tak?
Bulan puasa ni memang layan kalau pekena bubur atau puding sebagai dessert betul tak...
ok jom kita lihat resipinya:




Bahan2 membuat bubur candil:


350gm tepung pulut
300ml air + secubit garam

santan daripada sebiji kelapa
seketul gula melaka +secawan air
gula pasir secukupnya
 segenggam sagu mata ikan + 2 cawan air





Cara2 membuatnya:


CANDIL



 
 1.Masukkan tepung pulut dalam satu bekas besar (untuk senang menguli)...
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga jadi seperti ini dan adunan
tidak melekat pada tangan. Kalau adunan lembik..campurkan tepung pulut sedikit demi sedikit..
Jika keras pula... tambahkan air sket2


 
 2. Kemudian bahagikan adunan dan warnakan ikut suka kita...
Cara warnakan doh: titiskan setitik 2 pewarna dan uli dan ratakan warna adunan.



 Nie versi yg rai pernah buat dekat Moscow dulu... dah macam plastisin playdoh..
Kalau nak bagi nenek2 atuk2 kita atau org lebih tua makan bubur ni,
tidak digalakkan warna dgn MERIAH sangat..
hahaha
bukan apa... takut diorg nak makan nanti! haha
lagipun tak elok sgt kalau makanan kita terlalu byk pewarna kan...
kalau warna macam kuning, hijau ,merah tu masih ok lagi..
dan warna jangan terlalu pekat dan terang....
Sebab masa tepung ni masak nanti ia akan jadi lebih pekat dr warna asal...




 3. Lepastu tabur sket tepung pulut atas tray (elakkan adunan melekat)
Gentel2kan adunan...ikut suka kita nak buat bentuk macamana..
Kalau rai suka bulat2kan dlu.. then picit tgh2 dia... dah mcm ala2 haemoglobin (sel darah merah)
hahahahha
Ok oleh kerana doh tadi banyak sgt...
haaaaa
korang carikla mangsa untuk menggentelnya sampai habis
contoh terdekat seperti adik2 kecik kita.
hahahaha
sasaran yg paling sesuai untuk diBULI.
kalau takdak gak... buli housemate atau kengkawan..
tapi kalau semua takde...
hang bulilah diri hang sendiri ok..
kah2








 4. Ok kemudian....Panaskan periuk..Simpulkan daun pandan, tunggu sehingga air dah nak menggelegak...
Kecilkan api, masukkan mereka semua ke dalam swimming pool ini...
kekeh.... 




 5. Mula2 akan berada di dasar periuk.. dan bila dah masak, akan timbul di permukaan....



 6. Tangkap menggunakan penapis......






 7. Masukkan ke dalam air sejuk.....
(untuk elakkan dia terlalu lembik dan melekat antara satu sama lain)







8. Ha cantikkan jadi berwarna warni camni....
Boleh la lepasni masukkan dalam akuarium




 

 camni contoh warna purple




yang ni pula rai buat bulat2





 

 yang ni rai inspired dengan bacteria bacillus..
hahahhahahaha
papejelah janji bentukkan ikut suka masing2.. kekeh



ok dah ketepikan sekejap.... sekarang
Kita buat air gula melaka pula...




9.Panaskan secawan air, daun pandan yg disimpulkan sebenarnya dan seketul gula melaka




 10.Oklah sehingga gula melaka tadi hancur dan selepas itu tapis dan ketepikan...




Kemudian SAGU tu pula rai suka masak secara asing...
Sebab dia akan kembang cantik dan tidak effect rasa bubur kita nanti..
tapi ada org terus masukkan ke dalam bubur terus....
jadi terpulang pada masing2 yeap :)


11.Panaskan air dahulu sehingga menggelegak. Baru masukkan sagu...
Biarkan sagu kembang dan kacau2. Kalau dah hampir kering air tapi sagu masih putih2 ..tambahkan air sedikit demi sedikit...



12.Bila dah kembang tu... tapiskan dan ketepikan.....





Sekarang kita buat bahagian Santan pula:



 13.Untuk dapatkan santan.. Rai blend kelapa parut dengan air suam





 14.Ha jadi camni bila kita campur dgn air tadi kemudian blend sampai halus






 15.Masa nak masukkan ke dalam kuali, tapiskan dahulu kemudian perahkan hampas kelapa tersebut...
Simpulkan daun pandan juga..





 16.Masa ni guna api perlahan sahaja dan kena sentiasa kacau bagi elakkan pecah minyak..
Kemudian masukkan secubit garam





 17.Tak payah lama sangat sampai menggelegak..
Cukup dalam 5minit atau nampak wap dah naik...





 18.Masukkan air gula melaka tadi...
Kacau2.. kalau kurang manis... masukkan gula pasir sedikit....




 Kacau sebati... api masih perlahan.. nanti pecah minyak kalau xkacau dan guna api kuat..





 19.Masukkan pula sagu mata ikan tadi..






20.Akhir sekali masukkan tapiskan candil dan masukkan ....
Kacau sekejap2 sahaja.... dah boleh tutup api dan angkat....





 Ok dah siap... rai suka masukkan dalam fridge dlu..
kemudian makan sejuk2...
ada org suka makan masa dia suam2...
Terpulang...
tapi insyallah memang layannnn...
Keh2















 siapa peminat sagu mata ikan macam Rai boleh la letak banyak2.
haha....










Yang bawah ni pula versi Rai buat ketika masih di Moscow dahulu...
Pekat sedikit warnanya....
dan kaya dengan sagu mata ikan...




Nie tatau nak letak nama bubur candil atau
bubur penuh sagu mata ikan...
hahahhaa




 Selamat mencuba :)



take care semua....
jaga diri jaga kesihatan..


P/s: Sebelum menyebarkan sesuatu fitnah, sebelum kita click button "share" dalam apa jua sharing sekalipun... carilah dahulu kebenarannya sehingga habis2an dan bertanyalah kepada sumber yang boleh dipercayai dan bukan sekadar sharing...Jangan lupa paling penting mintalah petunjuk daripada Allah.Kadang2 kita rasa PUAS HATI dan hebat bila dapat share tanpa fikirkan akibat di akhirat nanti....Fitnah akhir zaman semakin berleluasa.... kerana jika kita betul2 menyebarkan fitnah tanpa orang tersebut bersalah, nantikan sahaja hukuman daripada Allah dan mampukah kita untuk mencari orang tersebut di mahsyar nanti untuk meminta maaf? Kalau 3,4,10,20 kali kita memfitnah bagaimana? tanyalah diri.

Allah akan mengkabulkan doa org yang teraniaya...
bersabarlah menghadapi ujian dan dugaan yang Allah berikan...


insyallah next entry rai akan kongsi mengenai skin care dan cara penjagaan kulit muka...
cewahhh...
jumpa lagi...
assalamualaikum....




Sunday, July 6, 2014

Resipi Puding Karamel atau Cream Caramel yang sedap dan tidak berlubang2 insyallah

Asalamualaikummmm...
Apa khabar semuaaa...
Selamat menunaikan ibadah puasa......
Jangan puasa yang yang yok pepagi bukak peti sejuk udahhh yaaa...





macamana ibadah puasa anda semua....
Rai alhamdulillah Awesome mosem...



Nilah sahur ku setiap hari.....


arrr... shake ajeee?
tak makan nasik tak lapar and ketar keeee?
takdelah Rai kata tak lapar langsung....
mestila lapar juga
tapiiiii

insyallah KURANG lapar...
sebab shake rai blend dgn oat dan juga kurma!!
super yummeh
pepetang dalam pkul 5 baru terasa lapar biasa....
sebab rai minum ni sebagai nutrisi
memberikan keperluan vitamin dan mineral setiap hari ke dalam badan....
malah ikut pengalaman rai yang dah masuk kali ketiga berpuasa dengan herbalife...
rai rasa lebih bertenaga dan lebih tahan lapar dari makan nasi..
tak cepat penat
betul..
kalau tak percaya kena cuba...
sebab shake ni memberikan tenaga sepanjang hari...
dia lepaskan slow2 tenaga untuk kita gunakan sepanjang hari..
sebab dia low glycemic index.....
badan pun rasa sihat dan cergas....
family rai juga mengambil nutrisi herbalife ketika bersahur..
dan rai total lost 13KG dengan nutrisi ini.. alhamdulillah
*result tidak tipikal...setiap individu berbeza2...
dan apa rai perasan sejak ambil herbalife nie...
alhamdulillah berat badan dah tak naik mendadak sekaligus bila makan..
yerlah kalau dlu makan banyak sket je cepat sangat naik 1-2kg satu hari...
tp skrg alhamdulillah tidak lagi....


Alhamdulillah.....
Rezeki di bulan Ramadhan....
terima kasih ya Allah...



Alhamdulillah...
Permohonan Rai yang lepas telah diluluskan....
untuk sambung belajar Master...
Course Community nutrition...
di Universiti Kebangsaan Malaysia
insyallah
intake pada September ini....
bermulalah kembali life sebagai student....


alhamdulillah...


ok... 
Amboiii kemaaen lagi tajuk ko kali ni Rai oihhh....
hahaha
Actually kan ada cerita sedih di sebalik
MISTERI PUDING KARAMEL ni....
dah mcm MISTERI NUSANTARA plak!!
Baiklah...


Ceritanya bermula macamni.....
Tekak ini teringin untuk merasa Puding Karamel....
Jadi pergilah beli 2 keping di bazar Nilai....
Tapi ='(
(Kalau tak suka sesuatu makanan... kita harus diam)
tak boleh komplen lebih2....
takpelah mungkin takde rezeki.....


Jadi.....
Cik Rai eyhh Puan Rai ni dah 2 hari Free sangat...
sebenarnya setiap hari pun dia free
teringin lah pula nak buat sendiri..
Kali pertama lah kiranya nie.....
jadi bermulalah aktiviti mengoogle sana sini untuk mencuba resipi seterusnya...
Semangat kemaeeen berkobar2....
ok dah jumpa satu resipi ni..
bahan mcm murah dan tgk cara buat MACAM SENANG lah pulakkan...
(haaaa tulah judge book by its cover... sekeh diri sendiri)
pastu dah siap salin tau tips2 yg diorg bagi...
contoh...
Tak boleh kacau kuat sgt telur tu sampai berbuih
BAIKLAHH!
oklah daku dah take note tu. kekekeh
Maka tak sabar lah den mencuba nyaaa.....

actually daku cuba first resipi ni dari ptg semalam sebelum berbuka lagi...
(bajet2 mcm nak buat untuk berbuka lah kan)
ok lah.. mmg daku try ikut step by step...
siap tapis....
dan kukus
menurut firasatku...
nampak akan jadi macam cun dah kot puding karamelnya nya...
pastu kannnn
Bila dah masak....
Muka anak Encik Kamarudin bertukar menjadi gini:






Air mata mula bergenang sahaja belum melimpah lagi...
Musnah masa depan nak berbuka dgn Puding Karamel....



After kukus dan buka aluminium foil...
Jangan tertipu dengan luaran....


Bila daku terbalikkan pecah...
Puding Karamel lembut tapi jadinya sangattt lah kaya dengan lubang2....
kalau boleh tampal macam tampal gigi berlubang takpe jugak
tapi berlubang seribuuuu yea kawan2....
apatah lagi hatiku yang retak seribu.....
tatau lah org lain kan kalau suka makan yg berlubang2...
daku suka yang nampak mcm smooth and silky tu..
bukan shampoo smooth and silky)
sebab tu den dah tak ambil gambar hasilnya lepastu hahahahha...
tak kose tau tak dengan hati tgh luka.


ok jadi Rai keluar dengan conclusion...
mungkin Rai kocak telur tu kuat sangat.. jadi banyak sgt bubble air kot...
tp rasanya xkocak kuat pun....
sebab dalam resipi kata gitu...
tapiii bukan salah resipi tu yea...
Rai salah kan diri sendiri...
mesti teknik Rai tersilaplah tuuuu...
sebab org tu buat ok jadikkk je plakkk....


Ok takpe2 Rai... biasa lah tu Rai...
buat First time bukan terus jadi....
Chaiyok2.. jommm buat kali kedua....


Manalahhhh silap daku ni... tertanya2....


ok mulalah daku mengoogle...
"kenapa puding karamel berlubang2"
"macamana nak dapatkan puding karamel cantik"
"tips mendapatkan puding karamel cantik"
Kemaeeeen mengoogle mcm nak buat thesis dah...
kenapala takde thesis tajuk puding karamel...
daku volunteer nak buat.. hahahahah


ok pastu ada lah plak satu forum ni cakap...
kalau nak stablekan dia masukkan tepung jagung atau tepung kastard...
oooo macamtu ke...
jadi Rai guna resipi yg sama...
kali ni serious daku just kacau telur tu sangatlah lemah gemalai...
sebab taknak la jadi mcm first tu kan....
mmg lembut gile je....walaupun daku ni tak bape nak lemah lembut...
pastu p bubuh tepung jagung...
dan tapis 2 kaliiiii!
sebab tak nak berketul2 atau ada bendasing yg boleh buat lubang2 magic di puding.

daku pun cuba la tgh2 malam gelita tu....
dahla pi buli husband beli telur lagi kat speedmart sebab dah habis.. haha
Kali ni bajet macam nak kreatif.. bubuhla dalam ramekin...
pikir2 nak tangkap gambaq cantik jugak la nanti kan... hahahahaha
ok kali ni kukus lah jugak...





ni bukan siakap stim tetapi ramekin yg ditutup dgn aluminium foil


ok2 dah xsabar sesangatttt dah nie nak tgk hasilnya....
lepastuuuuu




cuba menyelamatkan keadaan dan ambil gambar tapi apakah mcm gunung berapi berkawah...
nampak sungguh tidak sexy dan masih berlubang2 bila kita post mortem..
ok byeeeee....

muka dah macam ni


Tarik nafas... hembus....
dengan lobang2 hidung ku kembang kempis.
huwaaaaaaaaaaaa.. salah kt mana lagik nieeeeeeee...
pleaselah...
nak meroyan2 jadik kingkong mcm dulu2 xderk lah...
tak matured lah wehh dah besar2 dewasa nie nak marah2 tak tentu pasal ...
dlu zaman2 remaja boleh la nak naik2 angin..kekeh
ok fine!

daku pun cuba kali ketiga....
haaa kali ni daku buat firasat sendiri.. mungkin tak cukup masa mengukus...
jadi daku pun tambahkan masa mengukus daripada 45 minit..
memandai2 sampai 1 jam 15 minit.. kah2
daku bajet2 mesti jadi cm choc moist kukus yang selalu daku buat tu kan...
makin MOISTTTT lagi lama kukus..
Mihmihmihmih....

makaaa jadi puding caramel ku lagu ni...


Yahoooo....
kreatif seyyyyyy!
Jadilah resipi baru oleh anak Encik Kamarudin
"Telur dadar kukus berseri2 Bersama Sos Karamel dibawah nya"
Mimimihmimih....




Baaaa Chak....
Cekci cangat2.. Shuke Shangat Kita tau awakkk...
(panggggg)


adoiiiiiiiii PONING dah kepalo den....
oklah fineeeeeeeeee...
tapi daku takkan putus asa.....
Lepastu solusi yang terakhir,
 daku carik tips kt blog org lain dan
kat youtube pulak wokehhhh!
kali ni bajet2 cam omputih plak..
search
"how to make flan creme caramel"
"how to make Creme caramel"
"Cream Caramel Step by step"

ni memang percubaan ke -4 dan TERAKHIR kalau tak jadi...
maka daku REDHOO sekiranya puding karamel bukan ditakdirkan untukku...

sambil nyanyi lagu Papinka
"Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya woooo wooo huuu"

*ayat kecewa habis mcm org frust bercinta..
muka pun dah sememeh sebab sedih.....


Mengikut Tips 2 sumber ini:
Youtube: Click SINI
(terima kasih kakak Vietnam bersuara comel... daku sangat berterima kasih kepadamu.. kamu memang sangat awesome mosem)
dan Blog INI(Mdm Nisa Homey.. awesomelah!)
Thank you... Thank you... Credit kepada mereka berdua...


Rai pun buat conclusion sendiri....
siap study mcm nak ambil exam final medical.hahaha

yang berlubang2 tu disebabkan....
1. Gula tak sebati betul2 dengan telur.... jadi bila ada butir2 gula tu.. rai dok bayangkan..
gula tu akan mencair ketika kukus... jadi sebab tu jadi lubang2... (imaginasi daku sahaja)

2. Menurut Mdm Nisa Homey.. tak boleh guna api yg kuat untuk mengukus... kena slow je.... dan tak boleh lebih masa mengukus... confirm puding akan berketul2...cantik kalau 20-30 min sahaja...
(jadi rai buat kesimpulan mungkin puding rai tak jadi sebab api kukus kuat sangat... dan agak leceh if nak guna kukus nie....)

3. Jadi kali ni rai nak try cara bakar dalam oven (water bath) seperti kakak vietnam tu buat....
sebab dok bayang... mcm smooth ala2 cheese cake kan.. lagipun rai tak berapa confident pula bila tgk api pengukus rai walaupun dah kecilkan tapi still mcm kuat sgt.....menggelegak2 air bawah kukus tu....jadi rai decide better cuba guna oven jelah....lagipun 3 kali tak jadi tu rai gunakan kukus... oven tak pernah cuba lagi..why not cuba kan.. hahaha

4.Daku nak try cara Mdm nisa tu... guna Blender je satukan bahan.... walaupunnnn masa blend tu muka daku bertukar kale hijau sebab cuak buih banyak sangat mcm sabun nak basuh baju....yerlah kan tips2 before this diorg ckp pkul lembut2 je sebab taknak berbuih2....
 tetapi daku percaya dgn mdm nisa sebab gambar puding karamel beliau seksi sangat...




ok jadi rai gabungkan 2 sumber ni dan buat ikut resipi di bawah:

Bahan2 membuatnya:

untuk caramel:
6 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

untuk puding:
5 biji telur (gred B)
5 sudu besar gula castor (gula halus bukan gula icing yaa)
400 ml susu sejat/susu cair/ fresh milk
1sudu kecil esen vanilla (nak buang bau hanyir telur)



loyang saiz 6" atau 7 "
atau if suka nak letak dlm bekas kecik2 pun boleh



Cara2 membuat caramel:



1. Tips nak senang... gunakanlah nonstick frying pan untuk memudahkan kerja...
satukan gula dan air...kacau bagi rata je



2. ok kemudian bagi dia self service mem "brown" kan diri nya.. kekeh..
ikut kita nak sampai colour mcmanaa.. bila dia dah berbuih2.. baru kacau....
then dah dapat warna yg diidamkan terus angkat.... Jangan biarkan.. nanti dia jadi warna hitam dan pahit
*berhati2 ketika buat caramel. sebab panas sgt dan meruap



 



3. Pastu terus masukkan ke dalam loyang... kemudian biar suam2 then sejukkan sekejap dalam fridge
sementara tnggu buat puding


ok puding dia plak senang caranya...
kita guna blender ajaaaa....
jangan risau dgn buih2 yg terhasil


cara2 membuat puding:


1. Satukan telur, gula dan esen vanilla



2. Blend bahan tadi sampai sebati 1 minit sahaja.. set masa kat handphone.haha



3. ok buka penutup.. nampak tak buih yang kaya.. haha mula daku cuak gak..
tapi daku redho je dan yakin resipi ni akan jadik...



4. Ok lepastu terus masukkan susu cair setin tadi...selalu daku guna Tajuk susu tin tu IDEAL.. tapi ni husband daku beli plak tajuk Dairi Champ.. jadi daku layankan saje.. janji susu cair.. hahaha....
 (daku tak panaskan pun mcm resipi yg lain2.. sebab ikut resipi Mdm Nisa itu....) Ok lepastu tutup dan blend lagi seminit sahaja wokehh..



5. Keluarkan loyang ada caramel tadi..Balut bawah dia sahaja dgn aluminium foil. then sediakan penapis




6. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.. Mula2 daku scary awat jadik tinggi gile...
dah macam rainbow cake pula.. tapi takpe Redho jelah....




7. Ok masukkan loyang tadi dalam tray.... then tuangkan air panas sampai lebih kurang parat tray tu...
Bakar dengan suhu 180 celsius 45 minit....


 8. Jangan cuak tgk jadi cmni... tgh2 dia akan goyang2 sket... takpe...dia bukan kering atau keras... mungkin sebab buih2 tu tadi...
 Ok dah masak tu keluarkan dia.. bagi dia sejuk suhu bilik dulu..... lepastu...rai suggest terus keluarkan dia bila dah sejuk suhu bilik tu.. jangan masuk fridge dlu..sebab nnti takut caramel bawah tu melekat dan keras.. satgy tak leh keluar pulak atau terpisah dua....
Jadi....
nak keluarkan dia... guna pisau nipis JANJI BUKAN PARANG
Hahah..
 hati2 loosekan bahagian tepi2 dia...



 9. Pastu tangkupkan atas pinggan cpt2 macam buat magic.. haha jangan lenggang kangkung satgy puding pecah...




10. Ok tak nak happy sangat..jangan lompat bintang dlu....
sebab tatau dalam dia camana lagi.... ok jom potong....
kalau dah keluarkan camni.. dah boleh la masuk fridge.....




 Huwaaaa nak nanges tak???
sebab akhirnya menjadi selepas 4 kali percubaan!!
Dont give up!
kalau xberjaya cuba sekali..
cuba lagi lagi lagi dan lagi...
(wocheh tetiba semangat laaa tu sebab menjadi)

kalau xmenjadi memang daku print gambar tu besaq2 pastu tampal dalam bilik daku
mcm ala2 posterr..and satu lagi buh bawah bantal
biaq mimpi ngeri...
adeyhhh

ok tak percaya dia tidak berlubang2 ?

meh kita close up sekeping...


yang seketoi dua jerawat tu biaq je lah.
kalau xnak jerawat pi bubuh oxy.. hahaha... ilang jerawat... kui2




 Fuh alhamdulillah....
alhamdulillah...
rezeki berbuka hari ni....




 smooth and silky yaaaa bedabeduuuuu
guna jari punnn bolehhh...



Kalau puding cantik kemaeen lagi kan nak ambik gambar banyak2...
kalau tak jadik.. haram sekeping je dak Rai ni pi bubuh...
kah2...





haaa lepastu nak hiaskan macamni pun boleh....








baru lahh gini berbunga2 cinta...
alhamdulillah




keh2.. oklah sekian dulu entry ini....
ini hanyalah sharing daripada pengalamanku membuat puding karamel..
bukan bertujuan untuk mengajar atau memandai2....
sebab daku bukan chef atau pakar memasak...
cuma sekadar seorang yang baru mencuba2 resipi....
insyallah kawan2 pun boleh buat juga yaaa !
dah panjang berjela2 dah mcm novel semata2 nak share kisah xjadi buat puding caramel....
hahahhhaah



P/s:kawan2... rai dah start buat sharing class deco dan baking...
kepada sesiapa yang berminat mengikutinya....
untuk info dan jadual...
boleh click di SINI




Antara kelas2 yang rai buat....


Fondant Doll Cake



Cheese tart



Basketweave cake




Fondant and buttercream cupcakes






Antara yang anda akan belajar di dalam Sweet vanilla class



Kalau kepada sesiapa yang berminat contact rai nanti
011-27272469



termuntah plak anda semua membaca celoteh ku....
jumpa lagi di lain entry
tata titi tutu