KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Saturday, July 31, 2010

Kuih CUCUR ORANGE HYPO (CUCUR BADAK) la plak. haha... rai, ko free sangat kan? haha.


Kuih cucur blue Orange hypo .
haha. memandai jerk.



woah.... hari ni hari pahlawan ...
selamat hari pahlawan, perwiraku..
kua2.... (eh2 tahan2..jangan muntah sini)
keh2..
ada ke idzmi request lagu pahlawan dari rai malam tadi....
soh rai nyanyi lak tu...
hahaha..
takdo makno.
nak romantik2 la tu.kua2



den buek2 tatau jo. kua2...
jahat sey awek cmni..xdela..
takkan tetibe daku nak nyanyi..dah ar sore tak sedap..
kang halilintar membelah bumi kang baru tau...
pastu dia msg semalam.. minta kejutkan pukul 6.30 pagi malaysia...
sebab kena bangun awal iring dato' untuk sambutan hari pahlawan hari ni...



sekali rai terlelap semalam..tak larat menunggu... masa kita berbeza 4 jam...
so rai terbangun kol 8 pagi moscow (12 tengahari malaysia)..hahahah
alamak..daku terlupa kejutkan dia macam selalu...hahaha
hope si dia terbangun la pagi tadi...



hahaha...
sekarang asyik buat kuih ngan masak2 nampak...
ko free sangat rai kan???
hahahhahahhah.....
serius tatau nak buat apa dalam bilik...
bosan yang amat..
cuti sampai september kot!!!
esok roomate rai,shalu balik malaysia...
huwaaaaaaaaaaaa...
lagila rai sunyi takde kawan nak berbual....
isk2...
alahai nasib.



kali nie rai buat kuih cucur badak...
ha....
asal nama nya badak?
tak dapek la den nak nolong...
maybe struktur badannya yang gebu ala2 badak...
keh2...



Resipi rai ambil dari Quinnie Myresipi.com..
buat masa nie myresipi.com tak boleh diakses...
maybe sebab ramai orang nak buat kuih raya kot...
haha.. sibuk cari resipi..
sampai traffic website tu pun sesak...



buat daku kecewa patah hati sebab tak dapat nak masuk website kesayangan..
hohoho....serius tak main2...
sehari tak dapat masuk website tu..
rai termenung cam burung hantu rindukan tikus tau.....
haihhh...
orang dah la ngah bosan...
tu jela pengubat... isk2.. cepat2 la baiki website tu~~
='(



hahaha..rai siap ada satu buku nota...
khas untuk menyalin resipi2 yang rai rasa menarik..
siap ada tulis tarikh misi/plan ingin mencuba... hahahaha...
setiap hari dok mengadap buku tu sambil baca berulang2 kali..
dah macam study untuk final year pun ada...
kadang2 before tidur, baca buku tu lagi....
macam bedtime story plak...
wakakakkakaka.....
nanti de masa rai tunjuk k buku tu...
obsess betul tak leh buat pe dah.haha


jom tengok cmne nak buat kuih ni:


Bahan2 membuat inti:


*8 tangkai cili kering
(rai suka pedas.. kalau tak suka.kurangkan k)



*1 cawan udang kering



*2 biji bawang besar, *1 sudu kecil serbuk kunyit, *1 sudu besar minyak masak, *5 batang serai (rai ganti serai yang dikeringkan sebab sini tade jual), *sedikit gula *sedikit garam


1/2 biji kelapa parut
(rai guna kelapa kering.sebab takde jual gak kelapa parut)


Cara2 membuat Inti:

1. Kisar sampai halus semua bahan2 bertanda * dengan sedikit air.



2. Bila dah halus, masukkan kelapa parut... cukup sekadar kisar sekejap.




3. Masak di atas dapur tanpa minyak dengan api yang perlahan, sehingga ia masak dan kering.




4. Bila dah kering.tutup api.ketepikan seketika.


Bahan2 untuk membuat doh:
mengikut resipi asal dari Quinnie Myresipi:

500gram keledek
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kanji


Rai suggest resipi kat atas sebab ini adalah resipi orang berniaga....
kalau dia dah buat meniaga.. mestila sedap kan..
lagipun unik ada tepung kanji. mesti lagi senang nak membentuknya....
tapi sayangnya rai kat sini takde tepung kanji...
so rai ganti je dengan tepung gandum melengkapkan 1 cawan...
so rai guna macam kat bawah nie:


500 gram keledek



100 gram tepung gandum (lebih kurang 1 cawan)

sedikit garam

Cara2 membuatnya:


1. Kupas keledek dan potong kecil2 supaya mudah masak




2. Rebus keledek tadi.. tapi kalau boleh jangan ikut macam kat atas nie yerp airnya.. sebab rai baru terbaca tips kat satu website nie.. kalau kita nak kuih cucur badak senang dibentuk tanpa lembik dan banyak tepung... cukup sekadar merebusnya dengan air yang sedikit.. Kemudian rebus tu tak payah sampai empuk sangat2 sampai lembik. nanti kuih cucur badak anda keras sebab kena tambah banyak tepung masa menguli.so agak2 bila dia dah lembut je, terus angkat.



3. Toskan keledek tadi




4. Lenyek ketika ia masih panas untuk memudahkan kerja.




5. Masukkan tepung...




6. Gaul rata. masukkan sedikit garam....jangan risau. memang akan lembik sedikit dan doh memang akan melekat2 kat tangan.




7. Nak tau tips memudahkan membentuknya tanpa melekat kat tangan???? Sediakan piring kecil berisi minyak masak... bubuh sedikit minyak kat kedua2 tapak tangan.ratakan... insyallah adunan takkan melekat lagi semasa membentuknya.... So buat bentuk melengkung kemudian masukkan inti tadi... kemudian tutup rapat2 dan kemas...bulatkan dia kembali...




8. Ratakan sedikit tepung pada permukaan loyang untuk mengelakkan ianya melekat... Minyak yang kat tangan kita tu sebenarnya membantu juga melicinkan permukaan kuih ini... seronokkan?




9. Goreng dalam minyak yang betul2 panas..
Kalau tak panas, nanti kuih anda akan menyerap banyak minyak! balik2 kan dia selalu supaya masak sekata dan tidak hangus.




10. Toskan kuih tadi menggunakan penapis....




Dah siap pun... lehla dihidangkan untuk keluarga tersayang~




cucur badak ...cucur badak.... 3= rm1... haha..


inti banyak baru sedap.. hehe. =)


selamat mencuba.


P/s: Rai dapat award dari sorang blogger.... Thanx ann.... esok rai akan post award tu... =)

Friday, July 30, 2010

SUMMER di MOSCOW dan Jom UBAH SELERA. RESEPI AYAM MASAK HALIA...

AYAM MASAK HALIA


cuaca kat moscow bertambah panas.
macam nie rupanya rasa summer...
sebab sepanjang 3 tahun nie..
rai tak pernah rasa summer..
tiap2 tahun masa cuti summer daku akan cabut balik awal ke malaysia.
haha...
so tahun nie.. merasa la sebab tak balik.


tidur mesti berpeluh melekit2 cam mandi ngan air gula...
muka lak berminyak2..
kalau perah minyak kat muka...
dah leh lepas goreng 2 ekor ikan.
dalam bilik,dalam bas macam ayam panggang dalam oven.
lagi panas dari malaysia...



isk2...
time2 macamnila tetiba rasa appreciate musim winter...
kalau tak dulu,asyik mengeluh je tak sukakan musim sejuk.
rupa2nya musim panas lagi dasyat....
hope hujung august nie dah masuk musim autumn.
kesian kat feefee(kucing yang rai jaga)..
terkangkang2 dia tidur...
mesti dia pun panas...
rai selalu bagi dia minum air...
takut dia dahaga ke apa ke.....



oklah... hari nie rai tak nak bagi resepi kuih muih/ puding....

korang dah bosan makan ayam masak merah,ayam masak kari, ayam masak cili padi, ayam masak kicap,ayam goreng????
ha... takde idea nak masak apa untuk ayam???
Jom try resipi yang mudah nie....
walaupun simple,tapi anda mesti berpuas hati dengan rasa nya yang sedap....



Bahan2 membuatnya:


1 ekor ayam yang dibasuh bersih2,dan ditoskan airnya.



*1 biji bawang besar, *4 ulas bawang putih, *4cm halia, *8 biji cili api ditumbuk...
kalau sukakan pedas,tambah lagi cili api nye yerp....



sebatang carrot.. dipotong mengikut citarasa masing2




sebiji tomato




4 tangkai cili hidup yang dibuang biji.




4 sudu besar sos tiram




3 cawan air.
rai suka banyak kuah. kalau korang tak suka leh kurangkan k...



Cara2 membuatnya:



1. Tumis semua bahan2 bertanda * hingga garing dan naik bau....




2. Bila bahan tumis dah garing, masukkan ayam tadi...
Gaul sebati.. dan biarkan ayam kecut.




3. Bila ayam dah nampak kecut, masukkan sos tiram




4.Kemudian masukkan air.




5. Bila kuah dah menggelegak, masukkan carrot.




6. Kacau rata...Masukkan garam jika perlu.
Jangan masuk banyak sangat garam sebab sos tiram dah sedia masin.




7. Masukkan cili hidup




8. Akhir sekali masukkan tomato...
Biarkan mendidih sekejap dan pastikan cili tadi dah lembut...
Tutup api dan boleh la dihidangkan...




dah jadi ayam masak halia...



Best makan ngan nasi panas2...




sekali-sekala ubah selera... hehe


Selamat mencuba....



P/s: selalu waktu2 camni...rai dah ada kat malaysia bergembira di samping family and insan tersayang.... tersenyum2 baca entry lama kenangan tahun lepas masa rai balik.... hehe... click SINI untuk ke entry tersebut... RINDU~~~


Thursday, July 29, 2010

RESEPI BURGER MALAYSIA/PAU SAMBAL YANG GEBU~ sedappppp.


Pau sambal/Burger Malaysia


huhuhu... kalau pergi pasar ramadhan/malam, kuih nie memang best kan..
nak2 kalau sambal dia sedap dan banyak....
ha.. so pekata kita try buat pula...
leh dapat banyak...
makan pun puas....
leh letak sambal banyak mane pun yang kita nak
hehehe. =)



Jom tengok camana nak buat kuih nie....


Bahan2 Membuat Sambal Goreng:



2 biji bawang besar (sebiji untuk dikisar,sebiji lagi dihiris), 3 ulas bawang putih, sedikit belacan (rai ada belacan serbuk je)..




Kisar semua bahan2 di atas




ikan bilis secukupnya(rai cuci bersih2)




15 tangkai cili kering.direndam dan dikisar halus. (kalau tak suka pedas kurangkan)



2 sudu besar air asam jawa

sedikit garam

sedikit gula



Cara2 membuatnya:



1. Tumis bahan2 kisar tadi hingga garing dan naik bau.



2. Bila dah garing, masukkan cili.




3. Masukkan bawang besar yang telah dihiris.




4. Bila dah terbit minyak, masukkan ikan bilis. Kecilkan api. Masukkan air asam jawa.
Masukkan garam + gula secukup rasa.
Tumis sehingga sambal garing + kering.




5. Sejukkan.



Untuk dohnya pula...rai ambil dari resipi Yani kat myresipi.com
Buat masa ni website tu tak leh buka... so bila dah leh buka rai akan link kan k...



Bahan2 untuk membuat Doh(8 biji):
bergantung juga pada saiz yang anda buat



*200g tepung gandum
*140ml susu/ air (guna air/susu pada suhu bilik)
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam


*2 sudu kecil dry yeast (rai guna mauripan)


minyak untuk menggoreng
timun (dihiris)


Cara2 membuatnya:



1. Satukan bahan2 yang bertanda *. Satukan sekali tau. Jangan tambah air/susu sket2 sampai habis.Nanti kuih keras. So,masuk je semua bahan * tu sekaligus.. Kemudian uli sampai sebati dan adunan tidak melekat pada tangan. kalau lembik, tambahkan sedikit tepung. Buat bulat besar camni.




2. Tutup besen tadi ngan kain lembap (supaya doh tak kering)
dan biarkan doh naik 2 kali ganda




3. Ha.. tadi tak penuh kan permukaan besen nie..
sekarang dah penuh. maknanya doh dah naik.




4. Kemudian tumbuk2 doh tadi untuk keluarkan angin. jangan la korang bertinju cam sapok biki sukan komanwel pula tau.. hehe. cukup tumbuk sket2...




5. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian.Buat bentuk bulat..




6. Pastikan buat bulat tu kan, mesti kemas.. nak2 permukaan dia.. kalau leh licinkan masa gentel tu. nanti kalau tak kemas, korang nye kuih leh ternganga/pecah permukaan dia dan tak jadi bulat lawa. Biarkan bulat2 ni naik 2 kali ganda lagi.




7. Ha... leh juga buat camni... bulatkan then tekan ngan garfu. lepas goreng golek2kan kat atas gula... Jadi macam donat yang org cucuk kat lidi macam jual kat bakery tu...sedap juga tau!




8. Goreng doh tadi dalam minyak yang betul2 panas... sebab kalau minyak anda kurang panas.. kuih akan meresap banyak minyak.... Bila makan nanti tak sedap macam rasa muak2....tapi pastikan selalu balik2kan dia.. nanti hangus pula...



Tolong hati2 yer masa menggoreng. kalau tak jadi macam daku.
abeh dah melecur tangan sebab cuai.



9. Tos dan ketepikan kuih tadi.... Bila dah sejuk, belah 2 macam ala2 batu belah batu bertangkup.... tapi jangan putus tau.....letak sambal tadi... kemudian letak pula timun...



ha... dah siap pun.. boleh la dimakan =)







Selamat mencuba....