peritnya kan bila kita mengetahui something tapi pada masa yg sama kita tak boleh buat apa2..
Don't trust TOO much, Don't hope TOO much, Don't love TOO much, because that TOO much, ..can hurt SO much.
saya betol2 dah serik dengan semua nie..
Ya allah, kau lebih mengetahui apa yg terbaik untukku..
aku redha dengan ketentuanmu padaku...
15 budak2 comel:
Raihana,
Mungkin akak bukan yang terbaik untuk memberi nasihat sebegini tetapi semenjak dua menjak beberapa bulan kebelakangan ini akak dapat rasakan Raihana cuba menyembunyikan kesedihan dan kelukaan melalui bait-bait kata di sini. Bila akak lihat Raihana sudah menyembunyikan beberapa widget yang menjadi kegembiraan dan denyut nadi kamu selama ini di side bar blog kamu, itu membuat kan hati akak semakin pasti kamu sedang bergelut dengan sesuatu yang sulit dan menyakitkan.
Cuma satu pesan akak, biar sekuat mana dan dalamnya kelukaan kamu.. jangan biar ia mengatasi kekuatan kamu meneruskan pelajaran dan kehidupan demi kedua ibu bapa kamu khususnya. Percaya pada ujian serta dugaan Allah itu turun kepada kamu kerana DIA yakin kamu boleh melalui semua ini dengan tabah.DIA tahu kamu punya kekuatan sepertimana akak baca ketabahan kamu di negara orang mencari rezeki sambil belajar demi membantu kedua ibu bapa kamu. Itu sangat memberi inspirasi kepada ramai pembaca blog kamu. Dan kepada akak juga yang sekian lama membaca catatan hati kamu meskipun tidak selalu memberi komen.
Dan percaya juga.. tiada sesiapa yang deserved untuk menyayangi kamu melainkan orang itu juga punya kasih sayang sepertimana kamu. Jadikan kisah semalam itu sebagai penguat kehidupan kamu tapi jangan pula menghukum masa depan hanya kerana kelukaan masa silam. Pasti ada yang terbaik menanti kamu Raihana.Setidak-tidaknya ada keluarga yang tidak jemu-jemu mengasihi dan mendorong kamu
Akak bercakap melalui pengalaman hidup dan selalulah pujuk hati kamu bahawa Allah mengambil sedikit dari kamu sekarang kerana dia akan beri hikmah yang lebih besar dari ini.
** Akak tidak meminta kamu publishkan komen ini
hai rai takmorler dah sedey2 nie...isyaAllah akan ade yg terbaik yang Allah dah tetapkan untuk rai...aminnn...jgn luper jom jenguk2 blog akak..hehehehe
rai........................
terus berusaha....lebih baik rai tau sifat orang "itu" sekarang sebelum lagi jauh ranjau kehidupan yang akan rai lalui nnt.....
insyaALLAH..orang baik seperti rai akan jumpa yg lg baik...amin
rai........................
terus berusaha....lebih baik rai tau sifat orang "itu" sekarang sebelum lagi jauh ranjau kehidupan yang akan rai lalui nnt.....
insyaALLAH..orang baik seperti rai akan jumpa yg lg baik...amin
Rai...apa yg penting ALLAH ada dekat ngan kita...insyaalah
salam....
lama dah zie suke bace entry raihana...selama nie raihana sangat kuat semangat....zie tahu raihana pun leh hadapi setiap masalah yang dihadapi dengan tenang....sesungguhnya Allah akan jumpakan dengan org yang salah sebelum jumpa org yang sebenar kerana ingin menguji kite....zie juga penah alami ape yang raihana alami.....setiap saat isi kan masa dengan baik dan enjoy dengan kawan-kawan...bzkan diri dengan pelajaran ye.....sayang kamu...
askm rai.....akak doakan rai menjadi seorang yang sgt tabah ok....
setuju!
sabar yer rai..apa yang terjadi pasti ada hikmahnya..hope rai kuat :)
berbalik kepada-Nya..
Mungkin yg terjadi kerana kita lupa atas Nikmat-Nya.. Dugaan-Nya utk mendekatkan diri kita kepada-Nya.. La ila ha illa anta sub ha na ka inni kun tu mi noz zolimin..
Rai...bersabarlah yer. Mush juga sedang melalui saat2 tu. 'Badak' Mush dah tak der. Dia dah pergi. Ada org yg bawa pergi.
Memang amat sakit, amat susah. Rasa mahu mati. Kerana dia telah jadi sebahagian hidup kita, sebahagian hari dan diri kita. Segalanya ada dia.
Its ok kita down buat seketika. Kalau tak down bukan bercintalah namanyakan.
1 hari, Rai akan terjaga dari tidur dan bagaikan tersedar dr mimpi Rai akan OK semula. Saat itu berkatalah pada diri sendiri utk dia "Pergilah. Kau aku lepaskan dari hati dan hidup ini..PERGILAH"..Insyaallah akan lega dan semuanya akan mula OK kembali....
*Ini adalah pengalaman sendiri...
di sebalik satu masalah yang menimpa, Allah mahu menguji kita, mahu kita mendekati Dia.. dan percayalah, pasti ada hikmah yang tersirat~
Salam Adk Raihanna...
As a silent reader selama nie akak muncul utk entry kali nie. Ur situation da ramai yg penah lalui tp dgn cara yg berbeza. Ini DUGAAN KEHIDUPAN utk adk. Allah akan sentiasa menguji kita tak kira dlm bentuk apa pun dugaan tu. Samada bentuk wang, keluarga, pelajaran mahupun cinta. Dan Allah takkan uji sesuatu yg tak mampu hambaNYA tempuh. DIA tau adk rai boleh tempuh dugaan nie tu sebab dia bg dugaan nie.
Bangkit dr kesedihan, REDHA dgn segalanya baru hati kembali tenang. Tak perlu dilayan sedih hanya kerana CINTA yg tak kekal. Tapi bersedihlah menangislah dalam merindui CINTA YANG KEKAL iaitu Dia Yang Satu. Allah tahu apa yg dia arahkan dalam layar kehidupan hamba2Nya.
Akak pernah mengalami situasi yg sgt2 menyakitkan dlm kehidupan sehingga maruah hampir tercalar namun dsebalik semua dugaan ini ada hikmahnya. Yang penting sabarrrr!!! Sebab bila tiba masanya hadiah dr kesabaran kita cukup cukup indah!!! Kalu tak tahan sgt dgn keperitan dugaan yg adk hadapi skang, bersujud la mengadu pada Dia. Insyaallah akan dtenangkan hati yg remuk hati yg celaru hati yg sedih. Allah lebih mengetahui segalanya.
JODOH ITU RAHSIA ALLAH!!!
ku minta pada ALLAH
setangkai bunga segar
ia berikan kaktus yang berduri
ku minta pula kupu-kupu
ia berikan ulat
ku sungguh kecewa dan bersedih
namun tak lama kemudian
kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang sangat cantik
kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari,
DIA datangkan hujan petir & kilat
kita bersedih dan tertanya-tanya,
ke mana menghilangnya matahari
rupa-rupanya,
ALLAH nak hadiahkan kita
pelangi yang sungguh indah
Setiap dugaan yg kita tempuh dlm kehidupan sedar tak sedar akan mematangkan kehidupan kita utk masa mendatang. Senyum wlpn kita sedang sakit, senyum dalam apa situasi pun. Senyum penawar kedukaan. Insyaallah.
sabar yer sis rai... akak ni silent reader... tp bila baca posting2 sis rai yg sedih terasa nk komen..
semoga di berkati allah slalu..
-kak zai-
sabar ye sis,,,
sama la kita...saya pun rasa ape y sis rasa..Tapi dengan membusykan diri saya boleh lupakan apa yang jadi even tak boleh nak sepenuhnya lupa...tapi life must go on sis..
1 je saya pk..buat apa kita nak sedey sedangkan owg yang buat kita sedey tu tgh hepi..maybe dia tengah hepi ngan owg len or maybe die hepi sbb tgk kita sedey..jgn tunjuk kelemahan kita sis..
Allah tahu apa yang terbaik tuk kita..tc sis
Post a Comment