KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Wednesday, November 13, 2013

Convocation day dan hari bersejarah =)

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Hye kawan2...
Alhamdulillah...
Rai dapat kekuatan untuk menulis blog kembali =)
Last entry adalah pada May 17...
6 bulan rai menyepi...
banyak benda yang terjadi sepanjang 6 bulan ini....
Antara sebabnya busy dengan tahun akhir ketika itu dan kelam kabut dengan persiapan grad semua...


Nie classmate rai, group 66...



Kalau2 ada yang masih ingat....
Rai pernah tulis dalam satu entry 26 February 2013


Rai berazam masa ni nak kumpul duit untuk salah seorang Papa atau Mama
dpt bersama2 di majlis graduasi Rai di Moscow...



tahu sebab apa?
sebab dari Rai 1st year...
Jujur cakap Rai tak pernah mengimpikan parents Rai akan dpt bersama2 ngan Rai
masa detik2 bersejarah dan manis tersebut...
Sampai 5th year la juga..
kalau ada kawan2 dok bercerita parents akan dtg ke Moscow
ke majlis graduasi diorg... dah cari2 ticket flight,
kt mana nak bawa parents stay..
kat mana nak bawa parents makan nanti..
nak bawa mereka jalan2 pusing2 Moscow...
Kalau ada duit banyak,
apa2 pun semua boleh buatkan, bestnya...


selalunya rai akan tunduk je,temenung
tanpa mengeluarkan sepatah kata sebab..
tapi seronokla dgr kawan2 bercerita....
mereka mampu dan sebab parents mereka mmg ramai dr golongan berada....
Rai sedar dan tahu masa tu untuk Rai bawa mereka mmg mcm mustahil..
Kos penerbangan lagi..
Kos tempat tinggal lagi...
kalau dekat Moscow satu malam hotel biasa pun sampai RM400/malam..
sebab living cost sgt2 la tinggi...
Makan lagi kan..
sebab keadaan kewangan...
tapi kalau kami susah, sebenarnya ada org lain yg lebih susah dr kami...


kalau sesiapa yang mengenali dari rai daripada dlu..
tahu bagaimana rai struggle mencari duit di Moscow...
dengan membuat catering untuk 60 org la...
ambil tempahan cake la..
jual mcm2 nasi lemak la..
nasi minyak la...dari rai 2nd year-5th year...
alah bisa tegal biasa...
yg penting kita perlulah berusaha...
antara2 entry2 rai di Moscow...
CLICK SINI
CLICK SINI




tapi rai berazam, hati rai bertekad..
walau apa yg terjadi aku akan cuba...
cuba sedaya upaya kumpul duit...
"aku nak papa n mama dtg Moscow rasa saat2 tu bersama2 aku"
Bila lagi diorg dapat rasa jejakkan kaki dekat Moscow tu...


Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Rai berjaya habiskan pengajian Ijazah Perubatan Rai pada Hujung Bulan Mei 2013...
dan majlis graduasi telah ditetapkan pada 23 June 2013...
Rai kerja kuat2 pada bulan March,April dan Mei untuk kumpul duit tersebut...
Dengan izin Allah dan income HL Nutrition...
satu impian daku selama ni telah tercapai....
Ya Allah.. saat itu daku rasa sebak sangat2 masa transfer kepada Papa duit untuk beli ticket ke Moscow...
Papa beli di Emirates Airways 2 ticket... Mama pun dapat datang sekali =')
dan penginapan papa dan mama di Moscow semua Alhamdulillah rai dapat cari =')
Indahnya perasaan ketika itu...
sebab bila call mama, mama ckp..
"mama tak pernah mengimpikan dapat jejakkan kaki ke Moscow.. best tak naik kapal terbang?"
ni adalah kali pertama mama rai menaiki penerbangan jauh....
SubhanAllah... kuasa Allah....
kemudian Adik rai abanglang yang sedang belajar di Korea
pun membeli ticket untuk hadir bersama2 majlis graduasi Rai...
Perasaan Rai bercampur2...
Rai rasa gembira, rasa sebak, rasa terharu...
kemudian rai dah siap book semua penginapan iaitu 7 hari 8 malam ketika itu....


Rai cuma nak pesan...
kepada kawan2 dan semua...
tak mengapa kalau kita berimpian dan berangan2 setinggi langit pun..

Tapi kita hanya perlu berusaha dan percaya, serta berdoa kepada Allah....
Tiada apa yang mustahil..
Rai bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan Hl...
Sebenarnya mcm2 income Hl dah bantu rai selama ini...
Insyallah rai akan kongsikan di entry lain...









Apa perasaan kita sebagai seorang anak bila melihat kedua ibu bapa kita begini?
bermaknakan...



1st time mama travel =')
Mama rai makin slim kan??




Papa, Mama dan Alang tiba di  Moscow Airport
hari yg berlainan =')


Papa dan Mama sampai Moscow awal...
pada 20 June...
Alang pula sampai dari Korea pada 22 June..
tapi rai punya hari konvo pada 27 June... ada masa lagi 4 hari lebih kurang cmtu...
kemudian...
jeng jeng jeng....
Rai buat satu surprise untuk mereka!!!!!!
sebenarnya rai beli ticket 2 minggu sebelum mama dan papa dtg....
Rai tak beritahu mereka pun...
sehinggalah malam tu.. rai minta diorg berkemas2...
papa dan mama dah pelik..
nak pergi mana pula...
nak pindah ke.....
dan rai tunjukkan satu electronic ticket untuk 4 orang =)
"kita akan ke Cyprus esok papa dan mama,
hadiah untuk papa, mama dan alang..
Papa dan mama boleh la honeymoon sekali =')"
Ya Allah mama dan papa terkejut sangat2 dan menangis ketika itu....
Banyak kali mama tanya.. "kita naik kapal terbang lagi ke long?"
"ha a mama.. mama suka tak?"
Cyprus ni adalah kepulauan ke 3 terbesar di Mediterranean,
berdekatan Greece, Turkey,Syria dan Lebanon...
terkenal dengan buah2an citrus,
dan paling best negara ni terkenal dengan pantai dan laut yg sangat2 cantik dan crystal clear..
satu tempat yang menenangkan fikiran....


Moscow- Paphos(Cyprus)




 Park Beach Hotel Cyprus




Bila lihat semula picture nie... Rai takk pernah sangka Rai dpt berikan semua ni =')
SubhanAllah



Pemandangan dari bilik...
Menghadap pantai Limassol



Apartment Hotel Kami....













Masa ni kami on da way dengan Jeep Safari ke Aphrodite's Rock




Papa, Mama dan alang di Limassol Beach




Pantai kat sini jernih sangat2... air dia sejuk!!



 Subhanallah..
dapat bawa mama dan papa
melihat dan menyaksikan kekuasaan ciptaan Allah di Cyprus.







di bawah pokok olive yang berusia beratus tahun....



kemudian selepas 4 hari 3 malam...
kami bercuti menghabiskan masa bersama2 di Cyprus..
kemudian kami fly semula ke Moscow untuk graduasi Rai...


Hari convocation rai dibuat di Dom uchennix di line Metro merah...



kalau tak dalam picture nie gambar rai sorang2 ='(





Alhamdulillah selepas 6 tahun (27 June 2013)
Dr. Raihana Binti Kamarudin...
Terima kasih kepada kedua mama dan papa rai yang telah banyak berkorban
untuk rai selama ini....
adik2 rai, saudara mara yang sentiasa memberikan semangat...
Terima kasih semua warga pendidik yang pernah mengajar rai dari
Sek Rendah,Sek Menengah, Matrix dan juga RSMU..
Terima kasih atas segalanya




Alhamdulillah.... terima kasih Allah....



papa & mama






Hari Graduasi Rai 27 June 2013



 
Apa yang anda semua boleh gambarkan bila melihat sekeping gambar ini =')

Happykan rasa bila tengok picture ni =)
Rai hanya membayangkan selama ini... 
rai akan keseorangan tanpa ada sesiapa di sisi ketika majlis graduasi...
Tapi Alhamdulillah... Alhamdulillah....
Terima kasih Allah =')



kawan baik rai 6 tahun...
susah senang kami selalu bersama2...
walaupun kami berlainan bangsa dan agama....
tapi kak tetap boleh berkawan baik =)


lepastu lagi 3 hari rai bawa mama papa alang jalan2 Moscow!!!


Papa dan Mama Jalan2 di Red Square..
di hadapan St. Basil Cathedral





surprise untuk mereka lagi...
jom naik Limousine jalan2 Moscow...





dalam Limo...




hari kedua rai bawa mereka menaiki Cruise di sepanjang Moscow River
menikmati makan malam bersama...
boleh lihat ekspresi mereka ketika ini =')




Pemandangan di sepanjang Moscow River di waktu malam



 Jalan2 di Arbat Street melihat aktiviti rakyat Moscow =)



dihadapan Bibiloteka Imeni Lenina....


Pastu bawa papa dan mama pergi ke Herbalife MOSCOW!!!!
di sinilah kaklong selalu angkat barang herbalife 15-25 kg satu masa.....




Pastu belanja papa dan mama makan Sushi & makanan russian kt Moscow...
Sushi kt sana sedap dan berlainan...



 Jom makan ^_^







sempat gak rai memasak untuk diorg di sana.. hehe..
tekak kita org Melayu kan =)
bubur kacang dan cekodok bilis..
dan teamix herbalife...



banyak lagi gambar2 yang memberikan makna pada Rai...
tapi ini sudah cukup untuk menggambarkan perasaan kedua ibu bapa rai di sana =)


Nanti rai akan cerita kepada anda semua...
apa yang terjadi selepas rai balik ke Malaysia di next entry...
JODOH ITU RAHSIA ALLAH....
Alhamdulillah 15 Sept 2013 adalah detik yang tidak akan dilupakan dalam hidup Rai...
Rai sudahpun bergelar isteri kepada Dr. Mohd Faizal Daud....
Kami kenal setahun lebih dan suami rai merupakan senior rai ketika belajar di RSMU.
Majlis pernikahan kami berlangsung dengan sederhana di Masjid Besi Putrajaya
dan diwali nikahkan oleh papa rai sendiri....



Make up oleh Nuex Rosli



antara family Herbalife kami yg hadir...
terima kasih President Team Tuan Hj. Allen Peter dan isteri Puan Hjh Asriah Saad
President Team Maryam Izzati dan Tuan Hafiz
dan team kesayangan kami semua =)



Alhamdulillah,
Kami mengambil masa hanya sebulan untuk mengumpul duit majlis pernikahan ini..
termasuklah hantaran, catering,wang hantaran dan kos2 lain....
alhamdulillah, terima kasih Allah, terima kasih Herbalife....
Insyallah Majlis Resepsi akan diadakan pada 29.12 di Nilai
dan 02.02 di Kampung kelahiran rai Batang Melaka, Gemencheh, N. Sembilan
dijemput kawan2 hadir dengan mmberikan alamat,rai akan poskan kepada anda kad =)
Siapa sini anak2 muda yang ingin tahu bagaimana prosedur perkahwinan dari awal hingga akhir....
dan juga cara kami mengumpulkan duit kahwin di usia muda....
Rai akan share kan lebih lanjut di next entry.....insyallah...
dan juga gambar2 hari pernikahan kami...
Tunggu resipi2 menarik daripada rai juga ^_^
dan skrg rai dah addicted dengan instagram:
instagram rai: DR_RAIHANNAVANILLA


Masjid Besi Putrajaya




Jumpa lagi ni entry yang lain....
Tiada apa yang mustahil di dunia ini...
insyallah mari kita berusaha dan percaya diri kita sendiri...
dan jangan lupa berdoa kepada Allah =)
salam sayang...


bersama husband tersyg =)

22 budak2 comel:

Cik Eka said...

Sebak rasanya eka baca entry rai yang ni.

Eka lama jugak follow blog rai. Nampak la camne rai meniaga macam2 makanan tu.

Sampai eka rasa kuatnya rai.

Memang nampak kegembiraan mak ayah rai masa ni. Bertuah mak ayah rai.

Tahniah Dr Raihana.

Selamat pengantin baru juga. :)

pnsusu said...

tahniah Dr. Raihana ,,,,

terharu dan kagum dgn semangat rai :-)

Anonymous said...

tahniah Rai!!
start bace blog rai mse search ttg carrot cake, sblom tlibat ngn herbalife lg. skrg w/pn sll promote herbalife, rai xlupe selitkn kisah hdup yg pnuh tauladan. t.kasih krn beri kami inspirasi dgn kisah2 hdup rai. salam sayang~ ;)

p/s: suami Rai org yg sama Rai g ajar memasak kat rumah mak dia tu ke?

KUKUMALU said...

Dr Raihana.. U re so awesome!

♥♥ eija ♥♥ said...

Dah lama akak tunggu entry rai...
Dah lama akak follow blog rai rasa de kot 6/5 tahun... dari akak bujang sampai de anak sorang....
Ape2 akak ucap congrata laa rai dah masuk alam perkahwinan...

Anonymous said...

tahniah rai seronok baca kisah rai semalam tengok masih lagi entry lama..wah hari ni dah ada entry baru welcome back dear!!!!

Bbwana adienia said...

salam raihanna..

tahniah sebab dapat title Dr.Raihanna dan sudah jadi isteri orang.moga tidak terlambat untuk ucap selamat pengantin baru dan bahagia hingga ke akhirnya..

deelira@deeliraz said...

saya sangat kagum dgn RAI. orgnya kecil je.. tp semangat nya besar. tiada apa yg lebih bernilai dari melihat ibu bapa tersenyum sebegitu.. tahniah rai :)

shiela said...

congrats Dr Raihana..i'm proud of you..hihi..
terharu lak baca entry ni..dah lama baca blog rai..tetibe entry dah convo n kahwin..best2..

Anonymous said...

betul2 terharu ... dah lama baca blog ni..suke sgt...keep up the good work

Amija Firdaus said...

Hai Rai,

First of all, congratulation to u n ur hubby. Dh selamat dh Rai kn. Dh lama x jenguk blog Rai, tau2 Rai dh kahwin. Sok2 plak dgr2 Rai dh mabuk. Ekekeke...! Apepn, best of luck to u Dr Raihanna. Semoga menjadi isteri dan doktor yg terbaekk. Amin...

Princess of Sun said...

Rai.. double.. triple congratulation.. i'm really proud of you.. n you deserve the cherish moment with your mom n dad and also with your lovely husband..

Dr. Rai.. teringin nak jumpa rai..

ratna said...

Besar pahala awak rai...

Anonymous said...

sy mmg ternanti2 rai update blog...bnyk kali juga tgk blog rai masih x update..upe2nye bnyk surprise yer utk entry kali ni...tahniah dr rai...n slmt pngantin br...plg syahdu bler rai sgp bersusah demi mgembirakn mama papa rai... tahniah dr raihana

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Dah lama tak buka blog ni..tetiba Rai dah convo dan kahwin.. :)

Rai...beruntung sgt parents Rai dapat anak seperti Rai...Semoga Allah sentiasa rahmati, berkati hidup Rai sekeluarga...

Dan usaha keras Rai, it's really inspiring...

♥♥♥

syaddad syarha said...

barakallahulakuma to k rai n hubby..sy sgt mngkagumi smngt k rai..

Nur-nba said...

Bangga kedua-dua ibu bapa Rai dapat anak yg pandai berdikari dan berusaha keras utk membalas jasa mereka.. Sebak dan terharu baca entri ni.. Tahniah ye kerana dah bergelar isteri... Moga jadi isteri yg solehah..

Dhiya Syazana said...

Barakallah... anak solehah.

Anonymous said...

assalamualaikum,

firstly mmg sebak! akak mmg dr dulu follow blog n kisah awak. BTW, past is past and Im happy to c u now...congrats dah jd dr.raihanna n jugak dah jd wife to ur Mr. Right! betul Jodoh itu rahsia Allah...akak doakan awak bahagia till Jannah

aizu's life said...

assalamualaikum DR RAI...
honestly, mmg rs sebak sgt2 bc n3 ni.. indahnya rasa kalo dpt bahgiakan mak ayah kitekan? TAHNIAH3 utk semuanya.. tp mmg sebak sgt2 bile bc pengorbanan mama papa, tmasuk la dr rai sndri.. congratz dear!!

Fyra Farisya said...

Terharu.sebak&gembira&kagum bila baca entri rai psl graduation ni.Study kat overseas mmg best tp in the same time kne struggle utk hidup kat sana..Fyra bangga dgn rai,sbb even rai kecik molek tp semangat rai sgt2 besar.Congratulationsfor ur wedding&graduation even dah setahun lebih rai graduate,mmg perasaan tu happy sgt bila kte dpt banggakan parents kte dgn our graduation day.My mum pun nangis mse i graduate last year,seronok tgk dia happy..I pn struggle jgk mase kat Uni dulu smpai buat bisnes menjahit.

cinet said...

Assalam Rai...kita kahwin tahun sama rupanye...hehe kagum dgn rai yg berusaha cari income masa study..teringat dulu masa study mmg selalu x cukup duit....btw..muka rai sgt mcm budak2..awet muda gitu...salam kenal dr rai...