KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Monday, September 6, 2010

Resipi Biskut Mazola/Biskut Kacang yang mudah

Erk...
Rai baru je lepas buat Post Mortem terhadap 2 biji Nenas...
Sape pandai cuba teka Rai nak buat apa dengan Nenas tu???
Jeng2...
hehehe. Rahsia..
Nanti esok rai post entry k.
keh2..


oklah..
ni nak bagi resipi Biskut Mazola..


tapi rai tak guna minyak mazola.sebab sini takde jual.so rai guna minyak jagung cap apa entah kat sini.. hehehe.. sama je sebenarnya....
sumber resipi :Mama Rai.
keh2...
Kalau buat kuih raya nie kat rumah...
memang setiap orang ada tugas masing2...
Mama tolong goreng kacang.hahahaha
sebab rai malas nak goreng kacang. kih2.
Rai part menguli and menerap.
adik2 Rai lak.. tolong letakkan kacang + sapu kuning telur + membakar dan menjaga oven. hahahaha....
adik2 yang lebih kecik... TOLONG TENGOK dan TOLONG MAKAN sahaja.
hihihihi..
nie yang untung kalau adik beradik ramai..
kih2.


Nie resipi nyer.. mudah sahaja. Gaul je~


Bahan2 membuatnya:

400gm kacang tanah yang telah digoreng(tanpa minyak),dibuang kulit dan dikisar kering
400gm tepung gandum
200gm gula pasir (dikisar kering)
1 botol minyak mazola/minyak jagung yang kecil (tapi tak guna semua)
3 biji Kuning telur untuk disapu pada biskut
kacang goreng(hias)


Cara2 membuatnya:

1.Gaul rata tepung + gula + kacang.



2. Masukkan minyak mazola/minyak jagung sedikit demi sedikit... jangan tuang sekali. agak2.




3. Gaul dan uli hingga menjadi doh yang boleh diterap.. kalau masih belum melekat,tambah kan minyak lagi sedikit demi sedikit.. kalau terlembik pula.. jangan panik,tambah sahaja tepung sedikit demi sedikit...



4. Terap menggunakan acuan yang disukai.


5. Bubuh kacang di tengah2 biskut



6. Sapu kuning telur.


7. Bakar pada suhu 180 celsius selama 10-15 minit.













yeay.dapat sebalang!!!


selamat mencuba

Friday, September 3, 2010

Resipi Biskut Mama Carries. Rasa macam susu.


salam...
hye semua...
dah banyak kuih raya yang korang buat?
mesti dah berbalang2 dan bersusun2 atas rak kan....
Rai buat sket je kuih raya...
Nanti korang hulur2 la sket kat rai sini yerk!!!
ala boleh la....


sebelum tu rai nak berterima kasih kepada kawan2 yang sudi meninggalkan komen anda di entry rai..
Rai nak minta maaf bebanyak sebab tak sempat membalasnya...
Rai dah mula class....
So Rai agak kesuntukan masa...
Maaf tau!
Papepun rai hargai setiap komen2 yang diberikan...
Sayang korang sangat2!!!


update ringkas hari ni daripada Rai yer....
nanti lain kali rai citer macam2 ok....
sebab sekarang masa rai post entry nie dah pukul 5 pagi!!!!...
kua2..sebab pe rai tak tidur lagi???
sebab....
baru siap buat kuih raya yang ke-4!!!!
KUIH MAZOLA!!!!
Bagusla tu. pukul 8.10 ada class.
2 jam je tidur!!
wahahaha..
amboi meriah sakan yer tahun nie buat kuih raya...
hee hee..
berlumba2 lak dengan mama rai kat rumah tu..
kih2...
tapi mama rai dah buat kuih mazola lama dah.
Rai baru nak buat hari nie..
isk. tak ci la mama ni.
Mama sms pagi tadi...
Mama cakap camni...

"Kaklong, Mimi ni asyik duk menjinjing balang kuih mazola mama ke sana ke mari long..bubuh dalam bakul basikal dia la... Tak sempat raya la nie... kan kadang2 ada kuih yang hitam2 sket tu kan.. mama asingkan la satu bekas... pastu mama try bagi dia yang tu... pastu dia jawab, eeeeeiiii mama... Nie kuih itam bakar. Mimi nakmo nie. tak dap(sedap)~"


hehe.sangat comel kan?? hahahaha.... yerla.. dulu dia baby. mane reti nak makan kuih raya... tahun nie habisla.. dia dah pandai makan.... keh2.. mama dah risau dah... nak buat almond london..lagila menarik perhatian dia kang.... keh3.... MIMI... MIMI.. rindu kaklong ngan keletah adik.... hee hee...


tapi kali nie rai nak bagi resipi MAMA CARRIES...
rai pun tatau la asal nama dia cenggitu...
masa kecik2... rai suka makan....
pendek kata semua benda la rai suka makan!!!
hahahahahaha.
Rai ambil resipi dari SINI
Credit kepada tuan resipi...
alhamdulillah kawan2 rai semua kata sedap kuih nie =)



Bahan2 membuatnya:


untuk biskut:

400 gram tepung gandum
300 gram butter
(Kalau boleh guna butter yang berkualiti.sebab butter nie la sebenarnya menentukan rasanya)
2 sudu makan tepung jagung
100 gram gula aising
1 sudu kecil esen vanilla


Untuk Lapisan Gula:

2 biji putih telur
150 gram gula aising
1 sudu kecil membumbung tepung jagung
sedikit serbuk coklat/coklat emulco/warna pilihan


Cara2 membuatnya:

Untuk biskut:

1. Pukul butter + gula aising + esen vanilla sehingga kembang.



2. Kemudian masukkan tepung gandum + tepung jagung sedikit demi sedikit.



3. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan.



4. Canaikan doh mengikut ketebalan yang sesuai dan terap menggunakan acuan yang disukai.
Tapi selalunya mama carries ni bentuk LOVE.ala2 cinta gitu. keh2..



5. Alaskan dulang pembakar/loyang dengan kertas minyak dan letakkan biskut yang telah diterap tadi.


Untuk Lapisan Gula:


Pukul semua bahan2 sehingga kental. Putih telur tu memang ada pantang dia. tak boleh ada sikit pun termasuk air atau termasuk kuning telur. nanti adunan anda takkan kental..jadi cair je kalau ada bahan2 yang tak sepatutnya. Nak jadi kental tu memang mengambil masa yang lama juga. So jangan berputus asa memukul nya yer.. hehee.



Nak pastikan adunan tadi betul2 kental... cuba terbalikkan bekas adunan. Adunan tu takkan jatuh! huhuhu. magic. keh2.


Asingkan dalam 2 sudu besar dari adunan krim tadi. dan warnakan dengan coklat atau pewarna yang disukai.



6. Dengan menggunakan jari, sapu krim tadi di atas permukaan biskut. Sapu tebal2.Jangan risau. adunan tu takkan cair dan meleleh. Ia akan menjadi seperti gam.



7. Lorekkan warna coklat di atas biskut tadi dengan menggunakan pencungkil gigi atau lidi. Hias mengikut kreativiti masing2. haha. Maaf rai punya tangan takde seni.. kih2.. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 celsius selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu biskut sebelum masukkan ke dalam bekas/balang.



hehe.. comel tak? hehe...
rasa dia ala2 susu.. sedap~


ok.dah masuk balang. Kuih raya ke-3 rai. hehe.


selamat mencuba...


Thursday, September 2, 2010

RESIPI BISKUT ALMOND MOSCOW. eyh silap. ALMOND LONDON yang SEDAP!!!


Sape suka makan biskut Almond London???



Pergh... kuih nie antara kegemaran Rai..
Ingat lagi masa zaman kanak2 dulu...
Asal pergi beraya rumah orang je....
Mata ku akan meliar memerhatikan bayang kuih ini!!!!!!
wakakakkakakkakakaka.
dapat je balang kuih tu..
cam takmo lepas dah.
dah jadi bantal peluk sementara
wakakakakakariayamsedapdimakan.


adik beradik Rai dah ar ramaikan....
sekali gi beraya.
habis kitorang membedal kuih ini sehingga licin berkilat balang kuih tu...
keh2...
biasala tuan rumah..
asal kuih habis je.. mesti diorang isi lagi kan....
nie dah nak masuk 3 kali nie tuan rumah tu mengisi kuih almond london tu ar.
mesti dalam hati tuan rumah dah terbakar2 tu...

mesti cakap camni...
"ish budak2 nie.. abeh kat diorang je kuih ni nampaknya"

tapi depan2 mesti senyum manis... cakap..
"ala... takpe.. makan2...seronok tengok budak2 makan..."

huhu..
padahal tanduk dah kuar bercabang2 kan...
aik...
ada yang dah senyum2 baca ayat rai?
hehe.. korang pun pernah mengalaminya ek??
keh2...
Rai pun!!!
wakakkakakakkkkkakaakakkakkakakakakaka.
mama rai dah jeling2 kitorang..
bagi signal traffic light merah melalui pandangan mata yang tajam...
CUKUP2 LA TU WOIIIIIHHHH.
tu kot mama nak sebut.
keh2...


Tapi kali keempat tuan rumah dah pandai...
ganti plak balang tu ngan KUIH BANGKIT ATAU BAHULU~
hohohohoho...
adeyh.
mentang2 budak2 kecik tak suka makan kuih bangkit ngan bahulu...

pi ganti plak dengan kuih tu yer...
ekekekekkekekekeekekke...
terus kami stop makan.
wakakakakkakakkakakariayamsedapdimakan.


hehe.
bila teringat kisah zaman kanak2 dulu...
wat rai tergelak sorang2 la...
wahahahhahhahaahahahaha...
nanti rai sambung cerita lagi k..
kih2.


jom tengok camana nak buat kuih nie....
Resipi rai ambil dari SINI...
terima kasih yer tuan resipi...
sedap sangat2... sebab ada nestum kat dalam adunan~


Bahan2 membuatnya: (140 biji)


250 gm butter
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula aising
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan nestum yang dikisar halus
sebiji kuning telur
badam yang dipanggang secukupnya
hiasan tu terpulang. nak bubuh badam cincang/chocolate rice
papercup secukupnya
(nak cantik guna colour hitam.. kalau comot pun senang nak cover.hahahhaa)


*400gm coklat masakan
*2 sudu besar minyak jagung (untuk mengilatkannya)

Cairkan coklat masakan + minyak jagung dengan menggunakan kaedah double boiler.
contoh double boiler:

gambar contoh sahaja.
Didihkan air dalam periuk bawah tu.. then letak kan bekas berisi coklat kat atas dia.



Cara2 membuatnya:


1. Pukul gula icing + butter hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur. Pukul lagi sehingga rata.



2. Kemudian masukkan tepung gandum + tepung jagung + nestum.



3. Uli adunan menggunakan tangan hingga menjadi doh. Jangan risau kalau doh tu lembik. Cuba teruskan menguli sehingga ia tidak melekat pada tangan.



4. Ambil sedikit doh dan isikan badam ditengah2nya.



5. Tutup dengan kemas. Bentukkan mengikut citarasa anda samaada bujur,bulat atau lonjong. hehe. nak bentukkan heksagon pun boleh kalau anda boleh membuat bentuk sedemikian. hihihi.


6. Alaskan loyang atau dulang pembakar dengan kertas minyak. Kalau guna kertas minyak, memang tak akan melekat... Bakar pada suhu 180 celsius selama 15-20 minit.


5. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik.


kemudian...


6. Celupkan biskut satu persatu... Kemudian terus masukkan ke dalam papercup. Taburkan Badam cincang atau manik hiasan. hehe. Biarkan ia sejuk dan mengeras sendiri.


Ada cara lain kalau tak nak celup keseluruhan permukaan dia... Masukkan biskut ke dalam papercup. Kemudian dengan menggunakan sudu kecil, curahkan coklat tadi ke atas biskut tu... Kiranya nanti coklat tu hanya menutupi setengah biskut tu....


buat kuih raya sakan yer tahun nie.haha



fuh. nie kena sorokkan. kang rai tak sengaja makan habiskan semua.



Jom test makan pulak.... hehe.. nampak tak coklat yang menyelaputi seluruh permukaan biskut... sluurp.



Tak puas hati. meh kuarkan dari baju dia... hahahaha



tak puas hati lagi... so kena masuk perut plak untuk rasa... kih2...


selamat mencuba...



hehe.... and last sekali nak selitkan picture idzmi boleh???
sebab tetiba rasa rindu la sangat2 kat dia.. hehe =)
dah 8 bulan kami berjauhan...
sob2.








Wednesday, September 1, 2010

RESIPI TAUFUFA EXPRESS.. 3 STEPS SAHAJA!!!

Taufufa EXPRESS.


hehehehehehe...
seperti yang rai janjikan semalam....
oleh kerana Taufufa resipi original yang rai beri semalam tu macam sangat2 complicated...
rai akan berikan sedikit idea...
CLICK SINI
jika ingin melihat resipi Taufufa yang asli.



jangan sedih ok...
mungkin boleh cuba cara rai nie pulak?
kita tak payah gunakan serbuk sekko/GDL/gypsum powder....
hanya menggunakan AGAR2..
magic kan.... hehhehehe....
untuk sesiapa yang betul2 teringin makan taufufa...
tetapi tidak cukup bahan
ataupun berada di perantauan susah untuk mendapatkannya.
boleh la cuba cara ekspress/shortcut ni.....


bahan2 yang diperlukan....


untuk taufufa:


1/3 agar2 tali (8gm)



2 liter air kotak kacang soya
(rai perah air soya sendiri..sebab sini takde jual... resipi CLICK SINI)



1 cawan air




sehelai daun pandan


air gula:

2 cawan air
1 cawan gula

Untuk membuat air gula,didihkan gula + air..... jika tak suka manis, kurangkan gula. kalau nak buat gula merah pun boleh..



Cara2 membuatnya:


1. Masak agar2 bersama air sehingga larut kesemuanya...



2. Kecilkan api, masukkan air kacang soya + daun pandan. Kacau rata selama 5 minit.Tutup api.



3. Tapis (untuk menghaluskan tekstur dan mengelakkan ketul2) dan masukkan bancuhan tadi ke dalam acuan/bekas yang sesuai. Buang dengan berhati2 bubble yang terdapat di permukaan.Biarkan ianya mengeras pada suhu bilik. kemudian sejukkan di dalam fridge kalau boleh semalaman untuk rasa yang lebih sedap.



Tadaaaaaaaaaaaaaaa.... haha. cam sama je kan ngan resipi original.betul tak??? taufufa tu jadi cam ala2 dadih kalau guna agar2..



sudukan taufufa tadi ke dalam bekas yang disukai.



boleh dihidangkan dengan air gula merah atau air gula putih..rasa insyallah lebih kurang sama dengan taufufa original recipe yang menggunakan serbuk sekko... =) cuma taufufa asli tu lebih lembut daripada yang ni...



gula merah



atau gula putih... hehehe..


mudahkan....


selamat mencuba....



P/s: hari ni rai dah start class untuk sem baru... yeah~ rai jangan malas!!! hahhahaha...