KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Wednesday, February 25, 2015

Kehidupanku kini dan cara mengira tarikh subur

Assalamualaikum wbt...
Salam Sejahtera....
Hik2.. harap semua ceria2 selalu....


haaaa apa nak cerita ni....
huhu mesti ada yang tertanya Rai buat apa yea skrg.....
hurmmm dari mana nak ku ceritakan ni.....



I am happy to say that everyone that I have met in my life, 
I have gained something from them,
it has enforced and reinforced my life in some aspect.


Sebenarnya sekarang
Rai sedang meneruskan pengajian di peringkat Sarjana (Master)
di Universiti Kebangsaan Malaysia,
Fakulti Sains Kesihatan kampus Kuala Lumpur..



Mula2 Rai ambil course Community Nutrition (Pemakanan Komuniti)...
Tapi selepas meminta nasihat dan pandangan daripada beberapa Pensyarah
dan Pensyarah Medical Doctor
serta dengan background Medical Degree,
Rai decide menukar course
kepada Clinical Nutrition (Pemakanan Klinikal) ....





Alhamdulillah keputusan Final Exam yang lepas
Rai dapat meneruskan pengajian ke Sem 2 yg akan bermula Isnin hadapan (2 March 2015)...
Cuak ok sebab kalau tak pass 3.0 pointer tak boleh teruskan pengajian....
Huwaaaa...
Ambil course apa tu kat sana?
Rai ambil course Clinical Nutrition (Pemakanan Klinikal)...
Kalau ikutkan 3 sem..... Kalau thesis semua ok,
Insyallah dijangka habis awal tahun depan(2016).....
Senang ke susah ambil Master?
FUHHHHHH...
tu Rai kena cerita entry lain.






Lepastu nak jadi apa pulak?
 Hahahaha.... 
Wallahua'lam.
Kalau diizinkan Allah, Rai ingin menyambung pelajaran ke peringkat PHD.....
dan menjadi seorang Pensyarah Prof. Dr yang berjaya suatu hari nanti...
Tapi Rai tahu perjalanan sehingga PHD bukan mudah....
Banyak liku2 cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi....
Apa2pun kita cuba berusaha dan doakan yang terbaik yaa ;)



.
.
.
.
.
.


Dan.....
Alhamdulillah, syukur kepada Allah....
Rai sedang mengandung 28weeks (lebih kurang 7 bulan)....
ni pun panjang ceritanya....
kekekeh....








Hurm jujur cakap setahun yang pertama kami "planning".
tapi takdela sampai makan pil perancang, atau tanam implan..
just natural planning la...
haha yang dah kahwin mesti faham kan...
den segan nak cerita details.
muehehe
Salah satu sebab fikir tengah sambung belajar, jadi mestilah risaukan...
Dok fikir macamana nak uruskan diri, nak pergi kelas,
takut bersalin masa tengah2 sem... nanti kena extend pulak....
tapi selepas ditegur dgn beberapa orang tua.....
"tak baik rancang2, lebih lagi anak pertama nanti masa betul2 nak anak, tak dapat macamana?"
cam nak nangis je dengar.....
Lama2 kami sedar yang setiap anak itu dah didatangkan rezekinya...
Jangan bimbang...
dan kurang baik jika planning
(melainkan sebab kesihatan, anak dekat2, caesar atau faktor2 lain)
Sepanjang setahun lebih tu jangan cakaplah berapa ramai yang dok tanya...

"Eh belum ada isi lagi ke?"
"Ada apa2 masalah ke untuk mengandung"
"Dalam perut tu dah ada belum?"
"Tengah meengandung ke ni, perut cam dah ada?"


haaaa soklan last sekali tu....tak leh blah sebab apa???


Sebab dia tatau perut daku tengah membuncit
sebab mengandungkan nasi minyak ayam masak merah
 + sirap ais 3 gelas rumah kenduri kahwin time tu.
 Gemuk2 badan gebum gebum gebum bak kata
Faizdickievp 
hahahahhaha.....
Sentap gak deknon.


ngeee jangan cepat melatah....



Jangan marah2 bila orang bertanya demikian
walaupun isi hati kita tipulah tak dicarik2....
nak2 perempuan weiii soalan ni sensitif weyyyy
apa yang rai buat just senyum dan jawab...
psiko dia balik hahaha.

"Doakanlah Allah bagi rezeki pada aku k"
"Insyallah, makcik doakan la untuk saya tau ;)"
"Jika diizinkan Allah insyallah"


Dah settle dah masalah. Senyapla dia lepastu haha
Kalau dok benci2 sakit hati.. sampai ke mana nanti tu..
Nanti jadi bertambah2 melarat...
Emosi tak stabil. Tekanan perasaan.
Betul tak...
Sebab percayalah yang memberikan rezeki itu hanyalah Allah...
Bukan orang lain yang menentukan.
Percayalah dengan setiap ketentuaNYA..
kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita... 
dan bila masa yang sesuai semua Allah dah aturkan...
Mungkin belum rezeki 
sebab kewangan kita masih belum stabil, keadaan kesihatan kita,
ataupun faktor2 lain hanya Allah yang tahu...
Yang penting kita jangan cepat berputus asa...


Lepas yang kitorg rasa bersalah sebab planning tu....
Memang ada lah cubakan... 
Tapi memang sedih la setiap kali lambat datang period,
 celup UPT
(urine pregnancy test) tu semua negatif....
ada sekali tu line kedua tu cm samar2 atau perasaan nak sedapkan hati ku sahaja....
tapi lepastu period datang lah pulakkk..
haa apalagi terus la daku melantak 2 bijik burger ramly
sebab stress bebenor hahaha...
Sambil2 makan burger tu....
Mulalah dok fikir negatif hurmm ni mesti sebab aku planning dulu ke...
Rasa nak nangis pun ada....
Lepastu serius daku dah tak letakkan harapan yg tinggi cam awal2 ni....
Apa yang Rai buat lepastu banyakkan membaca mengenai pregnancy
dan start kira tarikh subur.... Mesti ambil berat part ni...
Kadang2 mungkin kita rasa kita dah berusaha habis untuk bersama...
Tetapi mungkin sebab masa tu tak kena.. maybe kita bersama tapi tengah tak subur ke...
sebab jangka hayat ovum sangat singkat lebih kurang 36-48jam...
tapi nanti mesti ada yang cakap...

"ala saya tak pernah kira pun waktu subur saya selama ni tapi ok je boleh pregnant"


Alhamdulillah kalau camtu =)
Tapi kadang2 setiap orang berbeza...
Kita tak tahu apa org lain alami....
Apa masalah yang orang lain hadapi....
Jadi bagi Rai tak salah kalau kita mencuba ambil berat pasal diri....
Terpulang pada masing2....


Macamana nak kira tarikh subur ni....
Kalau search google.. "OVULATION CALCULATOR"
Banyak je calculator yang tolong kirakan terus....
lagi senang kan....
Tapi Rai cuba kira simple macamni....
Period normal 3-7 hari kan....
Selalunya waktu subur adalah hari ke-12 hingga16 
daripada hari pertama period kita...
Contoh la ea... kalau period hari pertama 10 haribulan Ogos....
Mark dekat calendar atau diari peribadi ke....
kemudian tambahkan 11 hari dari tarikh period hari pertama tu..
Jadi 21 haribulan kan....
so 21,22,23,24 Ogos tu kira kemungkinan besar waktu subur kita...









Cuba bersama dari hari pertama kita subur tu...
sebab sperma juga ada jangka hayat dia.
dan paling penting ovum mempunyai jangka hayat 36-48 jam sahaja....
cuba jangan tunggu sampai hari last2 subur...
Yang penting jangan stress.... Just buat2 biasa je...
Jangan letakkan harapan masa tu sebab takut kita yang kecewa nanti...
Berdoa dan serahkan semua pada Allah....





Ada banyak lagi cara nak tengok waktu subur kita...
Tapi pada pendapat rai tarikh subur adalah yang paling senang....
yang lain2 cam complicated dan confuse nak lihat mcamana....


Tapi antara yang penting kita kena jaga pemakanan kita....
Start makan makanan yang berkhasiat...
yang kaya dengan protein, zat besi, kalsium....
Daging, bayam, sayuran dan buah2an
Start rajinkan diri minum susu 2 gelas sehari....
Nak2 kita orang perempuan senang dapat osteoporosis dengan usia yang meningkat..
Boleh mula ambil asid folik juga...
Boleh beli dari farmasi...
Elakkan fast food,makanan yang banyak msg,berlemak dan berminyak...
Kalau boleh dapatkan nutrisi lengkap seperti vitamin dan mineral ni...
daripada pemakanan kita dahulu...
Kalau tak cukup... baru start ambil supplement...


Tapi bagi yang rasa mempunyai masalah seperti kitar haid tak teratur....
tak normal
atau jarang datang haid dan dah cuba macam2 cara....
Rai advice boleh cuba buat appointment dengan pakar gynae....
Walau apapun jangan berputus asa, 
banyakkan berdoa dan semoga Allah permudahkan perjalanan kita semua....
Insyallah yakinlah kepadaNYA...


Rasanya sampai sini dahulu...
Kang panjang bebenor dah cam  Esei SPM..
Boringlah pulakkan.... haha




nahh Rai belanja gambar red velvet =) hik2





Insyallah jumpa lagi di entry akan datang...
Pengalaman mengandung ketika belajar dan
apa itu Gestational Diabetes Mellitus......
Jaga diri semua...
Doakan Rai dan baby sihat yaaa
Insyallah...


wassalam.


Im back!!!! haha lepas 7 bulan menyepi!

Assalamualaikum.....
Rindunyaa blog ni...
Lama dah tak mengomel....
hik2..
Last entry pada 17 Julai 2014..
Hampir 7 bulan menyepi fuh....
Lain ooo kitaran kehidupan skrg selepas bergelar isteri hahaha.
Macam2 yang berlaku sepanjang 7 bulan ni....
Jeng2.... haha...
Tak ada apa pun sebenarnya... hanyalah cerita2 bosanku. kui2
Insyallah akan kembali semula berblog selepas ini...
dengan semangat baru.. dan dengan azam baru! wocheh.
Jumpa nanti next entry insyallah...


Salam sayang.