KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Showing posts with label Agar-agar. Show all posts
Showing posts with label Agar-agar. Show all posts

Monday, July 12, 2010

PUDING KASTARD JAGUNG. 5 steps sahaja. Pasti jadi punya!!!. hehe.



Tetiba background blog rai hilang. putih je. adeyh..
bila buka website layout rai tu..dia kata dah tak available.
haih.
isk2..
so rai tukar layout colour brown nie.
walaupun tak puas hati...
tapi boleh la colour nie kot..
susah rai nak padankan ngan font entry yang sedia ada...
janji boleh baca la ek..
hehe


Kejapnya 2 hari cuti.
tak puas. hari ni dah start practical semula.
Hope minggu nie berlalu dengan sangat pantas.
Apa yer rai buat 2 hari nie?
hehe...
Sabtu takde buat apa2 pun.
Semalam lak kitorang berpicnic sakan kat Park depan hostel...
Masak2.Makan2.
hihi.
Then balik2 terus Rai tidur. Keletihan.
Ni pun bangun kejap. nak update blog.
hehe.


Oklah,kali ni tak nak cerita panjang2.
Pot luck semalam rai buat puding kastard jagung dengan Kek Marjerin.


Kek Marjerin yand dimarblekan.hehe. before masuk oven



Kek marjerin selepas dibakar 45 min.


Rai nak bagi resepi Puding Kastard Jagung.
Memang senang sangat2 nak buat dia k..
Siapa je yang tak suka makan pencuci mulut ni kan?
Rasa lembut,manis and aroma jagung dia memang ummpphh la.



Bahan2 membuatnya:

Bahan A:

250 ml susu cair (sini takde jual.rai gantikan dengan susu segar 6%)




130gm tepung kastard




Bahan B:

750 ml susu cair (rai gantikan dengan susu segar 6%)



150gm gula pasir (sape suka manis sikit leh tambahkan lagi)



1 tin jagung



Cara2 membuatnya:

1.Bancuhkan bahan A. Kacau sebati sehingga tidak berketul.




2. Didihkan 750 ml susu dan gula di atas dapur.Jangan tinggalkan. Kacau selalu untuk elakkan dia meruap.



3. Masukkan jagung. Kacau rata.




4. Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Mula2 adunan akan menjadi cair.. Lama kelamaan dia akan menjadi pekat.







5. Kacau hingga likat dan masukkan ke dalam loyang. Sejukkan pada suhu bilik. kastard akan mengeras sendiri. Kalau nak lagi sedap,masukkan ke dalam peti sejuk.




kali nie rai tak sempat nak snap picture kastard kat atas ni versi yang dah potongnya. dah habis kena ngap. keh2... Nie ada pic kastard jagung yang lama rai buat....





Dah cam cheese Tom and Jerry plak dah nie..












Jemput makan...


Selamat mencuba... dijamin jadi punya... hik2..



Salam sayang, Raihanna


Saturday, July 10, 2010

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur dan Tanpa Kukus!!!!

Puding Karamel


Sebelum nak bagi resepi kali nie.... ni picture choc banana cake yang rai dah siapkan 2 hari lepas.... order daripada seorang senior rai yang dah 6th year sempena birthday ayahnya... =) family akak tu datang moscow~ sweet kan.... bestnye dah graduate.... family datang tengok lagi saat2 bermakna tu... wah2... lagi 3 tahun la nampaknya insyallah rai leh berangan2 rasa semua tu =)

Rai hias cake nie simple je... sebab taknak buttercream tu memuakkan cake nie...


Dalam dia choc chiffon cake with choc cream + banana filling.


topping pula... choc ganache....


cake box yang cantik nie.. rai dapat dari elyn.hehe. thanx blockmate ku... =)


sape2 minat nak order...
leh click satu lagi blog rai....

http://www.sweet-vanilla-bakery.blogspot.com


+++++++++++++++++


Korang suka makan puding karamel?
Rai kurang suka...
sebab selalu kalau beli...
bau telur dia kuat sungguh..


mcm allergic juga kalau bau hanyir camtu kan...
takkan nak makan sambil tutup2 hidung kan...
hehe.
tapi tak semua macam tu...
ada juga yang pandai buat puding karamel nie tanpa bau telur pun...


dah lama juga rai cuba buat puding karamel nie...
sebab masa tengah study2 pasal resipi kat website..( erkk..study la sangat kan!!)
rai tertarik untuk mencuba satu resipi...
tajuk resepi menarik..
PUDING KARAMEL TANPA TELUR...
lepastu pe yang lagi seronok... resipi nie tak perlu nak KUKUS2 ok...
cuma masak atas dapur... then terus bubuh dalam acuan...
masuk dalam peti sejuk... hehe..mudahkan??
Rasa dia pun sedap...

untuk pengetahuan semua..rai ambil resepi nie kat www.myresipi.com
oleh kerana website tu tak boleh buka sekarang... rai pun tak tahu kenapa...
so maafla yer rai tak ingat sape empunya tuan resipi nie...
harap dihalalkan yerp.
tapi rai ada try search juga sesiapa yang pernah cuba resipi nie...
and rai jumpa satu blog yang sgt2 bagus siap dah tukarkan sukatan yang lebih tepat untuk resipi nie...
so credit kat tuan punya blog nie yer..
DAPUR DI RIYADH
nanti dah boleh buka semula myresipi.com... rai akan bagi credit kat tuan punya resipi...
rindu sangat2 ok ngan website tu...
kenapa ek sekarang dah tak available...


oklah, jom tengok bahan2 untuk membuat nya... bahan sangat mudah didapati and cara buat pun senang!


BAHAN UNTUK KARAMEL
3/4 cawan gula Pasir
3 sudu besar air


BAHAN A:

1 bungkus agar2 serbuk pastikan warna nya adalah CLEAR (7gm)


4 cawan air


130 gm gula pasir



BAHAN B:

1 tin susu cair(lebih kurang 400gm)


2 sudu besar tepung kastard


1 sudu kecil esen vanilla


(campur sebati semua bahan B dalam satu bekas)








Cara2 membuatnya:

1. Untuk membuat karamel,hanguskan gula dalam kuali... Bila dah kesemua hampir larut/berwarna emas.. tuangkan sedikit air perlahan2. (masa ni kena berhati2 sebab sangat2 mudah meruap). Tuangkan ke dalam acuan.















2. Dalam periuk didihkan bahan A.. Kecilkan api kemudian masukkan bahan B. Kacau lebih kurang 3 minit atau sehingga adunan sedikit likat dan pekat.Matikan api.











3. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang berisi karamel tadi.




4. Sejukkan sebentar dan boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk dan bolehla potong dan dihidangkan... (sejuk2 lagi best ok)

fulamak.meleleh tu karamel dia... keh2..


yummy2...


ha... cepat2 potong...


slurrrppp.. cepat2 rasa...


Lembut.... sedap masuk mulut sejuk2.. hihi


+++++++++++++