KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Thursday, January 2, 2014

Selamat datang 2014...Selamat Tinggal 2013...




Assalamualaikum semua....

Selamat Tahun Baru 2014....
Pejam Celik Pejam Celik sekejap je masa berlalu kan....


2013 banyak memberikan erti kepada Rai...
Tahun habis belajar selama 6 tahun, tahun Graduate,
Tahun status bertukar menjadi seorang isteri.....
pelbagai kenangan manis dan pahit silih berganti...
Alhamdulillah...
alhamdulillah...



semoga tahun 2014
memberikan lebih keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua....


Seperti biasa mesti kita semua mempunyai azam baru kan di tahun baru..


Rai juga mempunyai azam pada tahun 2014 ini....


1.Ingin mula bersenam, menjadi sihat dan lebih Fit
2.Menjadi Isteri yang solehah dan taat pada suami
3.Ingin menjadi seorang Ibu
4.Ingin membahagiakan kedua ibu bapa dan adik2.
5.Nak bangun awal setiap pagi
6.Aktif Berblogging semula
7.Peka dengan waktu Solat
8.Mempelajari Al-Quran
9.Mencapai Pin Millionaire Team Member & President Team Herbalife
10.Menjadi usahawan Muslim yang berjaya di dalam bidang baking...



Bercakap mengenai azam no. 10 tersebut....
Insyallah start pada bulan January ini Rai akan mula
mengambil tempahan kek, cheese tart, macarons dan dessert yg lain...
Kawan2 semua boleh lah menghubungi rai untuk tempahan ^_^...
011-27272469
dan jemput singgah ke instagram @sweetvanillabakery yang baru rai buat =)





dan juga personal instagram rai @dr_raihannavanilla






Sebelum rai mengakhiri entry ni...Rai nak share sedikit tips minum air kepada kawan2 semua....


Ok kenapa kita kena minum air...
orait... cuba bayangkan sebatang pokok....
kalau kita tak siram air atau ia berada di tempat yg kering kontang....
adakah pokok tersebut akan kelihatan segar?
daunnya hijau atau kekeringan?
bolehkah pokok tersbut mengeluarkan bunga yang cantik ataupun buah yang manis?


Haaaa begitu jugalah dengan badan kita....
Badan kita terdiri daripada trillion sel..
sel ni unit asas dalam badan manusia...
Setiap sel kita memerlukan air.... dan badan manusia juga terdiri daripada 70% air kan...



Cuba scratch kulit kita skrg?
haaa kalau ada putih2 cm kelemumur tu he2..
maknanya badan kita kekurangan air...
kalau ckup air kulit akan sentiasa kelihatan lembap....


Bila sel kita dapat air secukupnya.. ia akan jadi seperti pelincir...
ia juga melindungi dan mengawal suhu badan kita, melancarkan pencernaan,
peredaran darah, sistem metabolisma, pemeliharaan kulit dan pelunas sendi....

kalau sel kita tak dapat air secukupnya... ia akan layulah mcm pokok yang tak disiram air...
metabolisma pun akan menjadi rendah....







Selepas bangun daripada tidur.... tak payah gosok gigi..
teruskan mnum air masak.....
Kalau leh kumur2 then terus telan...
bila minum air masak pagi2 nie juga sunnah nabi kan......
patutlah ada hikmahnya kan...
sebab rupa2nya membantu menggiatkan organ dalaman kita....
cam start enjin kereta jugalah kan....


Apa yang terjadi apabila kita kekurangan air??

Nak tahu rahsia turunkan berat badan tak.....
haa kita perlu mnum air mengikut berat badan...

kalau

25kg:1 liter
50kg: 2 liter
75kg: 3 liter
100kg: 4 liter

contoh kalau berat kita 60 kg.. kita perlu minum air paling bagus 2.5 liter sehari.....
Kalau tak cukup..
memang susah untuk kita lost weight...
minum air ni bukan gogok terus 2.5 liter in 1 shot...
jangan buat mcmtu...
kita akan memberi tekanan kepada buah pinggang...
caranya adalah kita minum berkala...
iaitu minum sedikit2 tapi kerap...
macamtu tak mengapa...
habiskan dalam masa sehari...
kalau kita jumpa doktor pun...
doktor suggest 7 gelas air sehari...
7 gelas air:7x 400ml:2.8 liter sebenarnya...


nak senang mnum air??
sediakan botol mineral water 500ml di sisi selepas setiap kali solat...
jadikan habit...
5 kali solat sehari...
5x500ml:2.5 liter..
haaa dah settle pun 2.5 liter air sehari dgn sangat2 mudah!!!

Ha kalau sesiapa tak ckup lagi minum air.....
Mulakan mnum air secukupnya daripada harini!!!!
Tahun baru Azam Baru!!




oklah sampai di sini dahulu...
insyallah next entry rai akan kongsikan mengenai majlis resepsi perkahwinan Rai....


Jumpa lagi...
assalamualaikum....