Salam semua...
hehe..
baru la rai nampak dunia blogger selepas dah lama memeramkan diri cam tapai.
bukan sengaja tapi internet kat sini buat hal pulak!
nak bukak tenet slow cam siput sedut pulang petang tau..
kalau lumba lari ngan siput tu pun.gerenti punya siput tu menang...
haha
serius rasa cam tak bermakna dah kehidupan rai nie tanpa internet...
rasa cam katak berumah kat bawah kuali...
arrrghh.. tension tau.
haha..
camana je raya korang??
apos rai nie. dah basi la kot cite pasal raya..
isk2...
hope korang sume sihat and ceria2 selalu k..
kalau ada masalah.. cuba fikirkan secara positif k...
macam pe yang rai tengah buat sekarang...
uhuk2.
ok lah.nakmo la sedih2.
dah la baru nampak dunia...
tetibe nak sedih2 plak..
tak seronokla kan...
ok. nak cite nie..
ritu kitorang ade buat pot luck/open house kunun2 DEEPARAYA..
hik2..
happy deepavali to my beloved roomate,shalu!!! hehe.
meriah sangat2..
setiap orang kena masak makanan yang best2...
thanx kawan2...
So untuk potluck tu. rai masak AYAM MASAK MERAH dan AGAR2 RAI PINKY. hik2
Bahan2 membuatnya:
1 paket (25g) agar2 tali
1250 ml air
150 ml susu cair/susu segar
1 3/4 cawan gula pasir
2 biji kuning telur
1 tin buahan2 campuran
sedikit sirap
sehelai daun pandan
1. Rebus agar2 bersama air di dalam periuk...
2. Bila agar2 sudah hancur,masukkan gula dan beberapa titik sirap dan daun pandan(untuk mewangikannya)....
3. Biarkan mendidih.
4. Di dalam bekas lain, pukul susu bersama2 kuning telur...
5. Buangkan daun pandan daripada periuk, masukkan campuran susu + telur ke dalam periuk.
6. kacau hingga sebati.
7. Susun buah2 campuran di dasar acuan... Masukkan campuran agar2 ke dalam acuan/bekas.
8. Biarkan sejuk pada suhu bilik (agar2 akan membentuk 2 lapisan dengan sendiri)
9. Setelah sejuk boleh la dimasukkan ke dalam fridge.
10. (makan sejuk2 lagi sedap.hehe.) Biar agar2 keras dan boleh la dipotong mengikut citarasa masing2.
P/s: tak dapat nak masukkan gambar2 masa potluck sebab tenet slow sangat2.. nanti kalau dah ok.. rai masukkan ek...
Thanx yerp sebab sudi singgah...