Salam semua....
hee2...
ada yang dah try baju raya nampak..
tak sabar nak raya la tu kan.
tapi rai nak jeleskan kawan2 nie..
hee2..
kitorang kat sini Raya hari KHAMIS....
hee2...
Nanti rai postkan gambar rendang,nasik impit and kuah kacang k masa hari terakhir korang sume berpose..
kih2...
gurau jer...jangan amek hati k...
Insyallah rai akan beraya di embassy malaysia..
tapi tengok dulu la...cikgu bagi cuti ke tak..
kalau tak berkelas sambil beraya la..sob2...
kitorang kat sini tak cuti pun.sedihkan?
so kalau nak minta cuti depends ngan cikgu.
kalau cikgu baik,dia bagila kebenaran bercuti...
tu pun sehari je!!!
sob2..
tumpang lap hingus jap.
shhrrrrooottt~
kih2.

Ala.. raya awal pun tak bermakna sangat la...
family takde pun kat sisi...
nie hari raya ke-4 Rai tanpa family...
insyallah tahun depan dapatla beraya bersama semula..
sebab kemungkinan hari raya dalam summer holiday~
yeay2...
tak sabar tau nak tunggu saat tu...
Dikesempatan ini....
Rai ingin menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua kawan2 + rakan blogger jika rai ada terkasar dan tersilap bahasa...
Harap dimaafkan dan dihalalkan makan minum Rai juga....
Rai juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat mama,papa dan family RAI yang berada di PUCHONG. Angah Napi sekeluarga di Nilai, Nenek + Busu Norra sekeluarga di Melaka, sanak saudara Rai di Negeri Sembilan dan tak lupa kepada Auntie Ina + Uncle Izaham sekeluarga, Nenek Idzmi di Port Dickson,Maklong dan Makcu...
Ops lupa insan tersayang ...
IDZMI HAFIZ IZAHAM...
(sebab daku banyak buat dosa dengan dia.. kena mintak ampun banyak2 ni.. keh2... )
tak lupa juga dengan ucapan.. "abang,kenapa wall facebook abg ada bau2 duit raya... ekekekekkekeke... lebiu)
SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN YANG MULIA.
(herkkk.ucapan dah macam dalam salam perantauan UTUSAN MALAYSIA...wakakaaka)
Jangan lupa yer makan tu ingat2 la org di sini..
Rai rindu nak makan lemang + rendang daging...
Ya allah,sedapnyaaaaaaaaaaaaaa.
oklah... sebenarnya dah rasa nak nangis nie...
cukup2...
jom tengok kuih raya pulak..haha
ni kuih raya rai yang ke-6..
hee2..dan mungkin kuih raya yang terakhir..
maybe...
hee2...
Rai dapat resipi nie dari kawan Rai,Suraya Nordin...
Kelmarin minta resipi dia...
sedap sangat2...
dan mudah untuk membuatnya...
1 jam setengah je boleh siap dah...
Thanx aya sebab bagi resipi ko yang mabeles nie.. hihi~
so rai sharekan di sini yer...
Bahan2 membuatnya:
250 gram cornflakes2 sudu besar madu
Cashew nuts/kacang tanah yang ditumbuk kasar
(Rai tambah.kalau korang tak suka tak yah letak pun takpe k. boleh juga tambah kismis/ceri kalau suka)
3 sudu besar golden syrup
50 gram/1 senduk gula pasir1 senduk marjerin
choc rice/manik warna warni/ceri sebagai hiasan
acuan kertas secukupnya
Cara2 membuatnya:
1. Satukan marjerin + golden syrup+ madu+gula pasir di dalam satu bekas.
2. Panaskan bahan2 di atas dengan api yang sederhana sehingga larut kesemuanya. Tutup api.
3. Ramaskan cornflakes + kacang di dalam satu bekas.
4. Curahkan campuran yang masih panas tadi ke dalam bekas yang berisi cornflakes + cashew nuts tadi.. Gaul rata sehingga sebati.
5. Masukkan cornflakes madu ke dalam acuan kertas menggunakan sudu.
6. Hias mengikut kreativiti masing2... Rai guna manik warna warni.. hehe.
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 160 celsius selama 5-8minit.
8. Selepas dibakar,biarkan ia sejuk dahulu pada suhu bilik kerana ia akan mengeras dengan sendiri.
yeay! dah siap...sebenarnya masa buat kuih nie...
2 sudu rai masukkan dalam acuan kertas...
tapi 6 sudu cornflakes madu MASUK DALAM MULUT RAI.
kua2...
sedap. Rai suka rasanya.... Thanx AYA...




Selamat mencuba...

Jauh di mata dekat di hati~






























