KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Tuesday, August 31, 2010

RESIPI HOMEMADE TAUFUFA dan CABARAN2 membuatnya


Oh taufufa!


Peringatan: untuk mencuba resipi ini.. sila baca entry sampai habis.


hohohohohohoho...
1st time dalam hidup rai...
buat sesuatu tak jadi2....
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~
nak tahu?



actually rai buat taufufa.....
selalunya selama nie buat alhamdulillah jadi...
rai belajar buat taufufa ni dari auntie ina(mummy idzmi) masa rai balik bercuti dulu....
so resipi nie memang auntie yang bagi...
then masa lepas balik rumah....
rai ada cuba buat 2-3 kali...
memang menjadi ar....
mama pun siap belajar buat taufufa ni dengan rai...
pastu masa balik moscow ...rai ada cuba buat sekali...
tapi dah lama...
pun ok....
rai guna kacang soya yang auntie kirimkan...


so bulan2 pose macam nie...
rai teringin la buat kan.....
nak tau kisahnya???
rai cuba buat sampai 4 kali wokeh dalam satu hari!!!!!!
tak jadi2...
woihhh... ni bukan kingkong lagi tau...
dah jadik jurassic park tau????
perghhhhh..
rai nie jenis pantang buat benda tak jadi2 nie...
rai akan cuba juga sampai jadi..
tapi satu prinsip rai:
KALAU BUAT SOMETHING TAK JADI,
RAI TAKKAN SESEKALI SALAHKAN RESIPI.
sebab rai tau yang salah tu diri rai.
bukan salah resipi.


puas tau rai dok memikir... apa benda salah rai nie...
untuk pengetahuan semua,
rai gunakan kacang soya yang beli kat korean shop
+ tepung jagung beli kat kedai indian spices.
tapi rai tengok kacang soya tu kecil sket...
auntie ina de bagi rai kacang soya raja dlu..
kacang soya tu jenis besar plak!
tapi rai serius sayang nak gunakan...
sebab tu rai tak guna auntie bagi rai...


ok lah.. 1st time buat...
rai rasa sebab rai tak tutup bekas taufufa tu betul2...
2nd time improve bab tu...
tapi tak jadi jugak!!!! dia macam kental...tapi sebenarnya tak sangat..
kiranya tak berapa menjadi la...
eeeeeeeeeeeeeeeee....
salah kat mana lagi nie...
pening dah dok memikirkannya....
ok la.. maybe cara rai curah air soya tu tak betul.....
kali nie daku curah lagi tinggi....
ok... tak jadi jugak wokeh!!!!!!!!!!
kali nie lembik cam ubat gigi!!!!!
adoooooooooiiii adoiiiiiiiiiiii...hati rai retak seribu tau...
tapi rai takkan berputus asa..
selagi tak jadi..selagi tu ko kena buat RAI!!!
ok...kali ke-3 rai cuba lagi..
kali nie memandai tukar bekas ngan periuk nasi...
ha amek ko...
langsung tak beku!!!!!!
cam air soya je!!!
huwaaaaaa penat tau tak dok memerah soya berkali2..
then kena masak atas dapur lagi...
sumpah rasa sedih gila!!!!!!!!!
tak boleh jadi nie...
rai siap sms auntie tanya nape tak jadi...
then auntie kata maybe kena lebihkan tepung jagung.....
banyak kali rai google cari jawapan nape tak jadi tu...
dah macam buat assignment plak...


antara yang rai search..
"Tip membuat taufufa"
"Faktor taufufa tidak menjadi"
"Cara membuat taufufa yang betul"
"Teknik membuat taufufa"
ha..pasni kalau ada assignment nak buat taufufa... insyallah rai dah leh siapkan tesis sekali!
wakakakkakakakakkakaka....
siap save dalam microsoft word ok!



Kali ke-4 buat nie...
rai baca DOA QUNUT selawat banyak kali
dan bismillah berpuluh2 kali wokeh...
dalam hati siap bisik..
huwaaaaaaaaa..tolong ar jadi..taufufa....kesian wokeh kat daku nie ar......
kali nie rai nekad...
rai tak nak guna kacang soya beli kat korean shop tu..
rai nak guna kacang soya auntie bagi...
then rai siap tukar tepung jagung nya sekali...
rai guna yang rai bawa dari malaysia...
pastu rai gunakan tupperware yang tahan haba....
kiranya haba tu tak mudah meruap keluar....
then alhamdulillah....
JADI WEYHHHHHHHHHHHH~~~~~~~~
ok.rai dah lompat terkinja2...
sebab akhirnya usaha ku dari pukul 8 malam sampai 10 pagi membuahkan kejayaan.
4 kali sehari wokeh!!!
taufufa tak jadi tu daku buat mandi susu!!!!
wakakakkaaka..
hampas yang daku perah kacang soya tu...
daku dah siap buat scrub untuk mandi untuk 3 hari!!!!!!
kulit jadi licin gila then siap tenyeh kat muka..
hilang sume bintik2 hitam daku...
hahahhahahahahahhahahahahah....
nak sedapkan hati supaya tak membazir la tu....



kalau korang nak tahu..
serbuk magic untuk menjadikan taufufa nie namanya SEKKO...


rupa serbuk sekko nie


atau GDL.. glucono delta lactone..
dan kadang2 dikenali dengan nama GYPSUM powder...
atau taufufa curding powder...
ha...
SEKKO tu leh tanya kat kedai sensei.. kedai ubat cina..
cakap je kat apek tu nak beli sekko buat taufufa...
dlu rai cari satu PUCHONG tak jumpa2..
last2 masa kt KLIA auntie ina bagi rai sekilo!!!
Rai bagi 2 dengan mama....
Auntie beli dekat dengan rumah auntie kat port dickson..
keh2.. macey auntie. lebiu.


kalau nak cari nama2 lain tu..
boleh la pergi tanya kat kedai yang jual barang2 bakery..
contoh Bake with Yen... kat puchong ada satu cawangan..
takpun kat kedai BAGUS...
kat supermarket/kedai runcit memang confirm takkan jumpa!


Taufufa yang korang selalu beli kat pasar malam tu pun...
gunakan benda nie...
kalau tak... takkan jadi...
perlukan sedikit je...
kalau buh banyak2 nanti pahit...
lagipun kalau korang nak tau..
powder tu sebenarnya digunakan untuk membancuh simen patah tulang..
selain daripada itu kegunaan dia untuk finish wall/ceilings....
huhuhuhu...
takutla tu kan nak makan? hahahaha..
rai pun terkejut mula2 masa auntie ina bitahu... isk....
tapi ia tak memudaratkan dan halal...
sebab ia adalah sejenis mineral...
jangan risau..
sebab digunakan dalam kuantiti yang sgt2 sedikit..
nak baca artikel mengenainya...
click SINI


oklah... untuk yang nak membuat taufufa nie...
harap sangat berhati2 ketika nak membuatnya k....
nasihat rai... beli kacang soya+ tepung jagung yang berkualiti....
kemudian.... make sure guna bekas yang betul2 tahan haba...
macam thermos besar isi nasi/aiskrim/air baru tu ar...


oklah...
bahan2 yang diperlukan..

150gm kacang soya direndam 4 jam (jangan lebih masa nanti masam)
1000 ml air
1 sudu kecil serbuk sekko/GDL/gypsum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan air suam
sehelai daun pandan


kemudian buat air gula terpulang...
ikut suka gula merah/gula putih
didihkan 3 cawan air + 1 cawan gula...
atau ikut suka la ek manis camana....



Cara2 membuatnya:


1. Basuh kacang soya bersih2 dan rendam 4 jam..


2. Selepas 4 jam dia akan kembang camni.


3. Basuh sekali lagi dan toskan airnya.


4. Kisar kacang soya tadi bersama2 1000 ml air...



5. Tapis menggunakan penapis kain...



6. Buangkan hampas kacang soya.. nie la yang rai buat scrub badan + muka.. hahaha.
elok untuk licinkan kulit.


7. Masak air soya tadi di atas dapur. Masukkan daun pandan. Masak sehingga 20 min dan biarkan ia betul2 mendidih. Kacau selalu untuk mengelakkan hangit dan membuak.


8. Sementara itu, bancuh sekko + tepung jagung bersama air suam.



9. Masukkan bancuhan tadi ke dalam bekas.. (kalau boleh guna bekas tahan panas seperti thermos besar isi nasi/aiskrim malaysia/air batu tu..sebab haba sangat penting bagi proses nie)..rai kat sini takde benda tu..so rai guna tupperware je...


10. Bila air soya dah mendidih,tutup api.. dan angkat.



11. Kocak2 sket bancuhan dalam bekas tadi supaya ia tak mendak... Kemudian dengan segera... curahkan air soya tadi seperti nak buat teh tarik... mesti sekali lalu sahaja dan satu arah.kalau boleh curahkan kat tengah2... supaya ia sekata....



11. Buangkan buih yang terdapat pada permukaan tadi cepat2...



12. Segera tutup bekas dan biarkan selama sejam dan jangan buka2 + alihkan k.



13. lepas sejam.. bolehla buka bekas tadi.. magic. dia beku sendiri...kemudian sudu kan taufufa ke dalam bekas berisi air gula.lagi sedap dihidangkan sejuk2...


Puas hati sangat2 akhirnya jadi wokeh!!!!!...
kalau tak rai dah siap tulis kat wall facebook idzmi...
"abg.. kalau taufufa bby xjadi lagi... mmg daku akan bakar kete abg"
wakakakaka.nampak sgt stress. x pasal2 idzmi yang kena....



dah hilang kempunan kat taufufa...
ha.. tabah tak wanita ini???
wakakkakakariayamsedapdimakan.




kerana taufufa nie.. esok tu rai tidur sampai pukul 8 malam tau tak!!!!!!!
nampak sangat letih memerah soya sampai 4 kali!!!!!



nasib baik sedap. alhamdulillah~




pastu rajin plak nak buat air soya....
hehehe..
resipi rai pernah bagi..
click SINI


P/s: Tak lupa juga nak ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA!!! ok lah..rai tengah busy bakar kuih almond london... keh2.... selamat mencuba dan jangan berputus asa ok.. gagal sekali bukan bermakna gagal selama2nya.... esok insyallah rai bagi resipi taufufa perantau rai!!! hahahaha.. bagi sesapa yang teringin sangat2 nak makan taufufa tapi kekurangan bahan... leh guna resipi tu... bahan2 senang nak dapat.. buat pun sekejap je..dapat idea secara kebetulan.... mudah dan sangat2 senang... dan insyallah pasti jadi... nantikan esok.

Monday, August 30, 2010

Movie yang menyayat Hati + Restoran Sushi BUY 1 FREE 1 dan MANGGA yang MENGIURKAN

Alhamdulillah...
cuaca dah semakin sejuk kat sini...
malam nie je 9 celsius...
mana musim autumn nya?
macam terus nak pergi winter je..
adeyh.
tapi rai rasa bersyukur sekurang2 nya sekarang tak macam summer dlu 40 celsius..
pergh. beryogurt tau ketiak.
keh2...


tak sangka.. lagi 2 hari rai dah nak start sem baru..
huwaaaaaaaaaaaaaaaa..
nakmo pergi sekolah. hahahaha.
Rai dah masuk 4th year sem nie...
so dah masuk clinical! yeah....
tak payah susah2 nak buat colloq/control(test) tiap2 hari lagi.. keh2..
lepas ni mesti cepat masa berlalu kan...


weekend ritu rai manfaatkan sebaik mungkin.ceh.
hari jumaat adalah hari berfoya2 sedunia.
keh2..
sebab gi membantai makan sushi ngan 2 org member rai...
nak tengok pe kitorang makan?
ha jangan tak percaya..
nie sume kami habiskan!!!!
keh2.
sebab restoran nie best.
BUY 1 FREE 1..
dari semua jenis sushi sampai la air...
perghhh
untung camni..
tapi dari pukul 3 ptg sampai 6 ptg je promosi nie..
tapi ramai org...
nak dapatkan tempat susah juga...


pelbagai jenis sushi..



air pun buy 1 free 1...



sushi kesukaan kami~



Cheese cake nie sumpah sedap.rasa cam aiskrim....



huwaaaaaa bila nak pandai bake cake camni ni.... isk3...


Pastu malam pulak...
rai menghabiskan masa dengan menonton sebuah film....
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
gila sedih tau citer tu....
Nama movie tu : Hachiko A Dog's Tale....
dah la based on a true story....

The real Hachiko was born in Odate Japan 1923.When his master, Dr. Eisaburo Ueno a professor at Tokyo University died in May 1925, Hachi returned to the Shibuya Train Station the next day and for the next "NINE YEARS" to wait.. HachikĊ died on March 8, 1935. He was found on a street in Shibuya.His heart was infected with filarial worms and 3-4 yakitori sticks were found in his stomach. His stuffed and mounted remains are kept at the National Science Museum of Japan in Ueno,Tokyo.Today, a bronze statue of Hachiko sits in his waiting spot outside the Shibuya railroad station.... ='(


Jujur rai cakap...
rai menangis tak boleh nak berhenti....
cerita tu tol2 menusuk hati...
kalau korang nak tengok pun boleh..
sebab kat youtube je...
nanti click link kat bawah nie je k...

Trailer
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10


antara dialog2 menyentuh perasaan yang masih rai ingat...


"u re still waiting?? owh hachi... let me wait with u until the next train... "

"u dont have to wait anymore... he's not coming back.."


"its been a year hasn't it? i understand how u feel... Hachi,my friend,Parker is never coming home... but if Hachiko wants to wait.. then hachiko should wait... "


huwaaaaaaaaaaaa..sedihnya citer nie..
serius citer nie memang terbaik!!!
kasih sayang dan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya sangat2 mengkagumkan...
kalau nak baca mengenai anjing nie..
leh baca fact dia kat wikipedia
click SINI


antara komen2 penonton movie nie...


*I'm supposed to be a man but this shit tears me up...

*A roll of tissue is not enough for my tears.. you need a bath towel for your tears on the next parts.. :(


*Oh my!!!! why did i cried a lot....!!!:(


*Even he doesn't know Parker is dead he waited for him..T_T I really cried



*Cant stop crying.. i am deeply touched by this movie..


*Akita's are very protective of their owners and property, and this movie shows what akitas are supposed to be like. :)


*i could felt Hachi's pain . . . waiting for nothing. i know he knew that his Best Friend Died . but still he continues to believe that some day or some how.. his best friend will return.. and that they they could play again ...



amacam?ada rasa nak tengok tak? hehe..
kalau dah tengok bagitahu rai ek..
=)


sebenarnya dah lama rai mengidam nak makan buah mangga..
keh3...
uiiikkss.. tapi nie mengidam bulan ramadhan je..
xde kena mengena ngan ada isi ke pe ek..
sekeyh kang.dush2.
jom layan gambar yang mengiurkan nie...


sebiji 47.17 rouble. lebih kurang rm 5.


mcm traffic light dah.. ada merah,kuning hijau. haha


ok...kulit dah dibuang.. apa pulak proses seterusnya...



mangga nie dah siap potong kecik2....



cicah plak ngan kicap + gula + garam...



haha..rai tau. korang dah telan2 air liur kan... batal pose kang!!!! kih2.... gambar nie dah macam nak suap ke dalam mulut korang pulak ek.. hehe. =)



P/s: entry nie autopublish...rai makin kuat tidur ar sekarang.rasanya leh ganti jadi polar bear.hahahaha....samat pose semua.. buka pose ingat rai tau... =)


Friday, August 27, 2010

Resepi Nasi Ayam Madu Istimewa

dah 2 hari rai menyepi...
sebab pe tau..
sebab terlebih tidur!!!
wahahahahaha...
adeyh...
nape entah mata nie asyik nak melelap je...


perasan tak lagu kat page rai nie dah bertukar ngan lagu raya!!!
hihihi...
semalam layan perasaan oooo....
tangkap leleh dengar lagu2 sedih semua...
ni adalah raya ke-4 rai tanpa family di sisi...
mencari2 aidilfitri tahun depan untuk beraya bersama2 mereka...
hope so.
tipu la kalau kata tak sedih langsung raya di perantauan...
nak2 bila masa pagi raya tu dengar takbir raya..
memang ada la rasa sayu hati tu...


uihh..dah2.tak nak cakap pasal nie dulu..
pose pun tak habis lagi...
and aktiviti masak memasak rai dah kurangkan...
student2 dah beransur2 balik ke sini...
macam yang rai pernah cakap...
kitorang kena masak kat common kitchen..
common kitchen tu kiranya...sume orang kena masak kat situ la..
segan juga la kalau nak masak pape..
hahaha.. nak2 macam rai nie ar...
takkan nak snap gambar masakan beria2 depan orang kan..
malu ar.. kang org kata pe pulak.. hihihi...
ritu takde orang langsung..sebab semua balik malaysia bercuti kan..
tu yang rai tangkap gambar2 memasak step by step tanpa segan silu..
hihihihi...
and rai nak kena diet balik nie... kih2...
nak balik malaysia tahun depan!!!! huhuhu~
yer2 je semangat.


rai dah jawab soalan2 yang ditanya kat formspring..
kalau de pape nak tanya..
just click sini yer..
http://www.formspring.me/Raidzmi


nasi ayamku...


oklah..actually dah lama juga la picture2 rai tangkap untuk buat nasi ayam nie...
dah banyak kali buat so macam2 rupa picture ada....
actually nie resipi mama rai...
special sikit nasi ayam mama nie sebab menggunakan daun limau purut + serai dan sup bunjut.
makin wangi jadi nasi ayamnya....


tanpa membuang masa lagi.. jom tengok~


First... kita kena buat air rebusan ayam dulu k...
air rebusan nie kita akan gunakan untuk membuat nasi + sup.


bahan2 membuatnya:

1 ekor ayam
2 kiub pati ayam
10 cawan air(air secukupnya..kalau suka banyak kuah tambahkan lagi)
dan sedikit garam


Rebus ayam tadi bersama2 bahan2 di atas sehingga ayam empuk.... kemudian asingkan ayam tadi,toskan airnya.... so kita dah dapat air rebusan ayam.



Kemudian... kita perapkan ayam pula k... kalau nak lagi sedap... perapkan semalaman...



bahan2 yang kita perlukan:

Ayam yang telah direbus tadi
*2 batang serai
*sedikit halia
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
(Bahan2 bertanda * dikisar dengan sedikit air)



2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos barbeque
2 sudu besar kicap
sedikit garam


cara2 membuatnya:


Gaulkan semua bahan2 di atas bersama2 ayam yang telah direbus tadi...



Perapkan 3-4 jam. nak lagi sedap semalaman.



Kemudian, bolehlah kita buat nasi nya pula...


bahan2 nya:

4 helai daun limau purut
3 batang serai
4cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
*1/2 biji bawang besar
*sedikit halia
*3 ulas bawang putih
(bahan2 bertanda* ditumbuk halus)
2 kuntum bunga lawang
sedikit marjerin/mentega
3 cawan beras (cuci bersih dan ditoskan)
4 1/2 cawan air rebusan ayam
1 paket sup bunjut adabi
sedikit garam


cara2 membuatnya:


1. Panaskan marjerin di dalam periuk nasi di atas dapur...



2. Tumis bahan2 tumbuk,serai,daun limau purut,kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga garing dan naik bau.


3. Masukkan sup bunjut



4. Masukkan air rebusan ayam.


5. Masukkan beras.



6. Masukkan garam secukupnya



7. Kacau rata dan biarkan mendidih. Kalau nak nasi cantik, masukkan sedikit pewarna kuning.. Tutup api.



8. Kemudian angkat periuk tadi.. "On" kan periuk nasi dan masak seperti biasa.



Nak tunggu nasi masak.... kita buat sup dia pula yer...



Bahan2 yang diperlukan:

Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil2
air rebusan ayam secukupnya
1 paket sup bunjut
1 kiub pati ayam
*sebiji bawang besar
*sedikit halia
*3 ulas bawang putih
(bahan2 bertanda * dihiris halus/ditumbuk)
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit kulit kayu manis
sebatang carrot dihiris halus
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
garam secukupnya


cara2 membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak sahaja. Tumiskan bahan rempah,bawang putih,bawang besar,halia dan sup bunjut sehingga garing dan naik bau.



2. Bila dah garing,masukkan ayam.biarkan ayam kecut.



3. Masukkan air rebusan ayam.



4. Masukkan kiub pati ayam.



5. akhir sekali masukkan daun sup,daun bawang dan carrot. Biarkan mendidih dan pastikan ayam dan carrot empuk. Tutup api.



sup siap~


dan kita buat sos cili nya..


bahan2 nya:


5 tangkai cili hidup
4 ulas bawang putih
sedikit cuka
sedikit gula
sedikit garam
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar air panas


Kisar semua bahan2 di atas.



dah siap sos cili.


kemudian goreng ayam yang kita dah perap tadi... tak payah goreng lama2..



hidangkan bersama2 salad,timun dan tomato.


hiaskan ikut citarasa masing2



nie rai buat masa berbuka haritu...


Yang gambar2 kat bawah nie pula...
versi masa rai menjual nasi ayam kat sini sem lepas....
tapi rai jual bubuh dalam polistrin...
sebungkus 120 rouble...
nasi dia colour kuning sebab rai bubuh sedikit pewarna....


ayam cekci.keh3




fuh~








before~


after... hehe.








selamat mencuba~