KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Thursday, July 29, 2010

RESEPI BURGER MALAYSIA/PAU SAMBAL YANG GEBU~ sedappppp.


Pau sambal/Burger Malaysia


huhuhu... kalau pergi pasar ramadhan/malam, kuih nie memang best kan..
nak2 kalau sambal dia sedap dan banyak....
ha.. so pekata kita try buat pula...
leh dapat banyak...
makan pun puas....
leh letak sambal banyak mane pun yang kita nak
hehehe. =)



Jom tengok camana nak buat kuih nie....


Bahan2 Membuat Sambal Goreng:



2 biji bawang besar (sebiji untuk dikisar,sebiji lagi dihiris), 3 ulas bawang putih, sedikit belacan (rai ada belacan serbuk je)..




Kisar semua bahan2 di atas




ikan bilis secukupnya(rai cuci bersih2)




15 tangkai cili kering.direndam dan dikisar halus. (kalau tak suka pedas kurangkan)



2 sudu besar air asam jawa

sedikit garam

sedikit gula



Cara2 membuatnya:



1. Tumis bahan2 kisar tadi hingga garing dan naik bau.



2. Bila dah garing, masukkan cili.




3. Masukkan bawang besar yang telah dihiris.




4. Bila dah terbit minyak, masukkan ikan bilis. Kecilkan api. Masukkan air asam jawa.
Masukkan garam + gula secukup rasa.
Tumis sehingga sambal garing + kering.




5. Sejukkan.



Untuk dohnya pula...rai ambil dari resipi Yani kat myresipi.com
Buat masa ni website tu tak leh buka... so bila dah leh buka rai akan link kan k...



Bahan2 untuk membuat Doh(8 biji):
bergantung juga pada saiz yang anda buat



*200g tepung gandum
*140ml susu/ air (guna air/susu pada suhu bilik)
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam


*2 sudu kecil dry yeast (rai guna mauripan)


minyak untuk menggoreng
timun (dihiris)


Cara2 membuatnya:



1. Satukan bahan2 yang bertanda *. Satukan sekali tau. Jangan tambah air/susu sket2 sampai habis.Nanti kuih keras. So,masuk je semua bahan * tu sekaligus.. Kemudian uli sampai sebati dan adunan tidak melekat pada tangan. kalau lembik, tambahkan sedikit tepung. Buat bulat besar camni.




2. Tutup besen tadi ngan kain lembap (supaya doh tak kering)
dan biarkan doh naik 2 kali ganda




3. Ha.. tadi tak penuh kan permukaan besen nie..
sekarang dah penuh. maknanya doh dah naik.




4. Kemudian tumbuk2 doh tadi untuk keluarkan angin. jangan la korang bertinju cam sapok biki sukan komanwel pula tau.. hehe. cukup tumbuk sket2...




5. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian.Buat bentuk bulat..




6. Pastikan buat bulat tu kan, mesti kemas.. nak2 permukaan dia.. kalau leh licinkan masa gentel tu. nanti kalau tak kemas, korang nye kuih leh ternganga/pecah permukaan dia dan tak jadi bulat lawa. Biarkan bulat2 ni naik 2 kali ganda lagi.




7. Ha... leh juga buat camni... bulatkan then tekan ngan garfu. lepas goreng golek2kan kat atas gula... Jadi macam donat yang org cucuk kat lidi macam jual kat bakery tu...sedap juga tau!




8. Goreng doh tadi dalam minyak yang betul2 panas... sebab kalau minyak anda kurang panas.. kuih akan meresap banyak minyak.... Bila makan nanti tak sedap macam rasa muak2....tapi pastikan selalu balik2kan dia.. nanti hangus pula...



Tolong hati2 yer masa menggoreng. kalau tak jadi macam daku.
abeh dah melecur tangan sebab cuai.



9. Tos dan ketepikan kuih tadi.... Bila dah sejuk, belah 2 macam ala2 batu belah batu bertangkup.... tapi jangan putus tau.....letak sambal tadi... kemudian letak pula timun...



ha... dah siap pun.. boleh la dimakan =)







Selamat mencuba....

13 budak2 comel:

♥♥ eija ♥♥ said...

alaaa kesian nyer..

tak pee melecur sikit tak pee hehe...

yang penting adik dah pandai buat burger malaysia nie...

Chilabaey's Spot 2 said...

Aduiii satu lagi my favorite dish... senang dan mudah dimakan... lagi2 kalau sambal dia pedas2 sikit... :)

Nazifa said...

bestnye!
ifa dh la suka gila sambal ikan bilis...

tp kuih pau ni selain ikan bilis, boleh ganti dgn sardin :)

Razana Adam Lee said...

oh saya sangat suka makanan ni!

ade satu makcik kat section 6 shah alam selalu jual sedap gileee
xtau skrg ade lg ke x

neway,thanks for the recipe!
;)

[z@ck] said...

hebat la you ni..semua benda tahu buat..i bab2 dough ni fail.

nabilazhar said...

salam kenal rai....thanks bg resepi nih...my feveret... :)

Cik Sha said...

kenapa kena buat garisan2 tu ye?
tp bila dah goreng hilang plak..

kak limah said...

salam rai,

made this pau semalam... best2 tp once i put the pau in the hot oil..trus pau tu jadik hitam.... hahhahah.... minyak tu bukan setakat panas tp dah over over over over heated.... mmg hitam legam pau tu... anyway tq bebanyak

Arien Ellisa said...

kak..gune susu cair ker susu pekat?saya baru blaja=)

nazurahcma said...

thanx for the recipe..jadi la i buat..slalu beli je, tp skarang i kat uk, terpaksa la inisiatif buat sndiri, my fevret ni

Mas Michiko said...

I pon dh buat ikut resepi rai... mmg superb! Hubby ckp sdp sgt2... seronok coz baru 1st time fh mnjadi... tq rai sbb sharing resepi kt sini...

Yeen said...

Thank you Rai.. Tetibe ngidam nak makan bege malaysia bulan2 puase ni hehe

mummy said...

tq rai..sedap nyee